Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Friday, April 8, 2022

0 [Part 2] Berbuka Puasa

 Assalamualaikum WBT

Bulan ramadhan tahun ini, boleh dikatakan bulan kami berjinak-jinak berbuka puasa di masjid. 'break fast hunting' orang kata. kami dapati kami sangat menikmati suasana berbuka puasa beramai-ramai. sambil menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak.

Inshaalah tidak akan pernah terlepas untuk solat magrib berjemaah. 

Masjid terbaik bagi kami ialah Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.Pengurusan yang sangat teratur dan harus dipuji. ruang yang selesa untuk semua jemaah terutama mereka yang berkeluarga. 

Inhsaallah tahun depan panjang umur kita repeat lagi dan hunting masjid lain pulak.


Masjid Bandar Baru Bangi

Masjid Machang N.Sembilan

Masjid Bandar Baru Bangi

Masjid KLIA

Tidur dlm kereta selepas berbuka. esok sekolah

Hari minggu, lepas terawikh. ajak jalan-jalan beli barang




p/s: antara masjid yang tiada dalam gambar Masjid Sendayan

Friday, April 1, 2022

0 [Part 1] - Berbuka Puasa

Assalamualaikum WBT

Setelah rehat sebulan. marilah kita sama-sama update aktiviti sepanjang ramadhan tahun ini. alhamdulillah, secara am nya, untuk ramadhan kali ini, kami merancang untuk berbuka puasa di seberapa banyak masjid yang boleh.

Bagi melaksanakan rancangan ini, kami target setiap minggu, kami akan keluar berbuka dimasjid. kadang-kadang juga ada berbuka dimasjid pada hari biasa. bukan hari minggu. memandangkan Madam masih lafi work from home.

Alhamdulillah, hari pertama puasa dapat berbuka bersama-sama dengan keluarga di kampung. tahun ini inshaallah bagi peluang untuk Adam belajar berpuasa. separuh hari pun kira okay dah.

Part 2 akan menyusul. inshaallah


Hari puasa pertama - adam rabak teruk harini. 1st day full puasa

Berbuka di Masjid Sendayan N.Sembilan

Berbuka di Masjid Bandar Baru Bangi

Berbuka di Masjid Cyberjaya

Berbuka di Masjid Bandar Baru Bangi

Berbuka di Masjid Negeri, Seremban

 

Monday, June 27, 2016

0 Ramadhan - Last Lap

Assalamualaikum. alhamdulillah. diberi kesempatan untuk sampai ke penghujung ramadhan. kalau dalam race, last 10 laps dah nih. setiap pelumba semestinya tidak mahu tercicir dalam persaingan. malah terus menerus berusaha untuk memperbaiki kedudukan masing-masing.

sumber: google

Fasa pertama sepuluh hari awal Ramadhan sebagai fasa rahmat, sepuluh di tengahnya sebagai fasa maghfirah dan sepuluh akhirnya sebagai fasa pembebasan dari api neraka

Bagaimana pula sitauasi kita dalam bulan ramadhan nih? ada macam serupa race jugak kah? hahaha. supposedly macam tu laa kan. menigkatkan amalan untuk 10 malam terakhir nih.  berlumba-lumba kita mencari malam lailatul qadar.

Dalam tazkirah ramadhan, penyakit orang kita nih. mereka suka mencari tanda lailatul qadar. "macam tenang je pagi ni. mendung je cuaca. mesti semalam turun lailatul qadar". habis, apa yang kita buat semalam? balik tarawikh. moreh dan tidur sampai bangun sahur. amatlah rugi kalau macam tu. nabi sendiri pun tak tau bila malam lailatul qadar. cuma apa yang dipesan adalan 10 malam terakhir dan malam ganjil. selebihnya kita berusaha untuk dapatkan malam lailatul qadar. inshaallah.

Sama-sama kita tingkatkan amal ibadat kita. sebelum sahur tu. bangun awal sikit. buat solat-solat sunat. tahajjud. hajat dan sebagainya. tak lupa jugak bersedekah. berganda-ganda pahalanya kan. inshaallah.

Bapa-bapa, jangan lupa zakat fitrah. bayar awal-awal. karang lambat, ramai pulak orang nya nak membayor nya. hahaha.







p/s:  aku pun belum bayar lagi zakat fitrah.hahahaha

p/s/s: tahun ini untuk tiga orang. alhamdulillah.


Thursday, June 23, 2016

0 Ramadhan - Nuzul Quran

Assalamualaikum. salam 17 ramadhan. sudah separuh perjalanan kita dibulan ramadhan nih. hopefully amalan yang kita kerjakan diterima Allah SWT. ini juga bermakna kita sudah masuk fasa kedua untuk bulan ini, dimana Allah menganugerahkan keampunan kepada hamba-hambanya yang berusaha memohon keampunan.

sumber: google
Fasa kedua bulan ramadhan atau fasa 10 hari pertengahan ramadhan dimana keutamannya adalah Allah banyak memberikan maghfirah atau ampunan kepada hambanya. Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita yang telah dilakukan dengan memperbanyak zikir dan meminta ampunan kepadaNya, meminta agar semua dosa-dosa kita di maafkan dan diterima taubat kita.

Nuzul Quran pula dimana turunnya Al-Quran sebagai petunjuk kepada umat islam. Nabi Muhammad menerima wahyu Allah secara berperingkat melalui malaikat Jibril. maka setiap kali ramadhan. menurut kebanyakkan hadis. Nabi Muhammad akan bertadarus dengan malaikat Jibril bertujuan untuk 'memeriksa' bacaan nabi serta segala isi kandungan Al-Quran.

Allahuakhbar. sungguh teliti perancangan Allah. sudah-sudah. jom sambung bertadarus. dan jangan lupa untuk bersedekah tak kira berapa pun nilai nya. semoga dipermudahkan. ameen





Tuesday, June 7, 2016

0 Ramadhan 1437

Assalamualaikum. alhamdulillah. tahun ini Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah lagi rahmah. kami mensyukuri kerana diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk sekali lagi bertemu bulan ramadhan tahun ini.



Apa perancangan kita sepanjang bulan ramadhan ini? strategi mesti diatur. bulan ini seharusnya diisi dengan ibadah-ibadah. alim ulamak berpesan. jangan dipersiakan bulan ramadhan ini. ini kerana Allah menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda. Kalau solat harian dicatat oleh malaikat. namun puasa ni Allah sendiri yang akan nilai dan beri ganjaran kepada kita. tak ke special tu untuk hambaNya.

Jangan nak susun jadual juadah berbuka pulak. membazir je. nak jelajah pasar ramadhan. kalau boleh setiap hari berbeza lokasi. masak kau.

Pada 10 hari pertama ramadhan telah diriwayatkan sebagai turun nya rahmat dari Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini kita akan banyak mendapatkan limpahan pahala dari berbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.

Jom perbanyakkan amalan kita pada bulan ini. dan seterusnya konsisten untuk bulan-bulan seterusnya. ameen





p/s: lama gila tak post. hahahah

p/s/s: bukannya lama tak menulis. cuma tulis sikit lepastu simpan kat draft. tak mengapa. nanti aku keluarkan sikit-sikit post tu yee. harap bersabar

p/s/s/s: madam takzabar nak membaca ni hoiii. hahahaha


Thursday, July 16, 2015

3 29th of Ramadhan

Assalamualaikum. dah 29 hari kita berpuasa. malam ini merupakan malam terakhir untuk ramadhan tahun ini. sungguh. bila habis terawikh, perasaan sayu itu hadir tanpa dijemput. sayu bila kita tahu 'tetamu' ini akan meninggalkan kita. panjang umur, bertemulah kita tahun hadapan. kalau tidak dipanjangkan umur, sudah pasti ini adalah yang terakhir buat kita kan.

Apa yang paling penting, istiqamah dengan apa yang ditarbiahkan oleh 'tetamu' kita disepanjang bulan mulia ini. titik tolak nya adalah bulan-bulan yang seterusnya. bagi mengekalkan momentum ibadah kita.

Kalau disemak semula setiap genap ibadah kita bulan ini. adakah kita berpuas hati dengan amalan yang telah dilakukan? justeru itu, harus berdoa pada Allah, agar Dia menerima segala amalan yang kita lakukan. ameen


Alhamdulillah, bagi pecutan yang terakhir ini, kami sempat bertarawikh di Masjid Wilayah Jln Duta. walaupun tiba agak lewat. namun sempat menghabiskan terawikh bersama imam. kemudiannya tidak lupa juga untuk menunaikan tanggungjawab sebagai suami: zakat fitrah untuk keluarga. alhamdulillah. syukur juga kerana Allah memberi kesihatan yang baik kepada madam. berupaya untuk bersama-sama bertarawikh. bukan kome tak tau, berperang dengan budak dalam tuu. boleh tahan aktif katanya. berombak perut. hahahah.

Inshaallah, tahun depan jumpa lagi ye 'tetamu'. harap dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta kelapangan masa untuk berjumpa semula dengan ramadhan.

Ameen.




Friday, July 25, 2014

2 Jubli Perak

Assalamualaikum. salam 27ramadhan. alhamdulillah, masih diberi kesempatan hingga saat ini untuk beribadat, hidup dimuka bumi yang hanya sementara dan menulis untuk sekali lagi pada hari ini. walaupun ianya suda berlalu minggu lepas. aku masih ingat apa yang dilalui. lagipun aku outstation bohh!hahaha

Umur ku sudah selayaknya diberi pengiktirafan jubli perak. alhamdulillah, masih muda namun usia nya semakin bertambah. terlalu sedikit pengalaman kalau nak dibandingkan dengan mereka2 yang seusia dengan aku. terlalu sedikit achievement yang sudah dicapai kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sebaya dengan ku.

Dari segi kematangan hidupnya, dari segi pencapaian hidup, arghh. just a little little sahaja. belum lagi bab berkeluarga dan sebagainya. aku sangat cemburu pada mereka yang sebaya aku sudah mencapai pelbagai pengalaman, pencapaian tertinggi dan memiliki something yang unbelievable to achieve. pengalaman aku? inshaallah mampu membawa diri dalam dunia hari ini. bukan nya susah pun. kebergantungan itu hanya lah kepada Allah.

Gambar Hiasan :: sumber google

Contohnya thomas muller, player German main untuk world cup. umur dah sebaya dengan aku, tapi dah wakil negara, menyumbang kepada negara dan menang pulak world cup. power habis. ada pulak yang build up business sendiri dan sudah membawa jenama masing2 dengan bangganya. ada rumah sendiri, kereta sendiri dan yang paling penting aset2 sendiri. which is aku sangat mengkagumi orang-orang jenis macam ni. muda-muda lagi dah berjaya mengumpul aset. tapi aku? duduk depan computer dan komplen dengan hidup sendiri. *sigh*

Oleh itu, macam mana nak sedapkan hati kau tu dari komplen tak tentu pasal? dengan cara, ini semua rezeki Allah. Allah menangguhkan rezeki kau sebab kau selalu lupa pada dia. baru sedikit Allah bagi nikmat, kita kadang-kadang lupa dengan pemberian Allah itu. selalu komplen apa yang kita tidak ada. itu ini dan sebagainya. bagaimana pula dengan apa yang kau ada ziq? sudah kah kau bersyukur denga apa yang dia bagi kat kau selama ini. rezeki Allah itu bukan lah semata terletak pada harta dan kebendaan. cuba kau tengok sekeliling kau. itu juga adalah satu nikmat dari Allah. dikelilingi dengan orang yang menyenangkan. nikmat sihat yang kau boleh bantu kedua ibu bapa kau kesana sini.

Alhamdulillah, being inspired from my love one. walaupun kite hanya berbincang kosong, namun aku sudah nampak kemana kita nak tuju lepas ini. please hold a second and wait for our next plan. the first step is always the hardest one. belajar inersia kelas fizik tak?ni mesti monteng pergi debate!hahaha

Dikesempatan ini. terima kasih ibu abah serta abang2. kalian adalah terbaik dalam hidup aku. we are nobody in here but inshaallah, we are somebody in hereafter. our family is the coolest ever. to the love, thanks for always be the PA in every field. you can be anything just in time. just pull the button and change the position and role. yaAllah, kurniakan lah kesejahteraan dan kebahagian kepada mereka2 ini didunia dan akhirat. ameen


  
 p/s: xda wish apa.wish semoga plan bulan12 berjalan lancar.tu jer

p/s/s: tapi klo dapat lasut lunarglide 6 power gak. nike flyknite ke. hahah

p/s/s/s: gambar hiasan. orangnya kecil tetapi berjiwa besar ingin menakluk dunia. #respect

Friday, July 4, 2014

0 7 Langkah Khusyuk dalam Solat

Assalamualaikum. salam ramadhan. semoga berjaya dan sabar menempuh ramadhan sehingga hari ini. alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk terus hidup bagi mengerjakan ibadah puasa tahun ini. siang nya menahan lapar dan dahaga serta menjaga segala pancaindera. manakala malam nya kita berduyun-duyun solat terawikh berjemaah inshaallah. 

Dalam mengerjakan solat terawikh itu, seharusnya ada pengertian dan khusyuk sepanjang terawikh. apa erti solat yang khusyuk? khusyuk adalah solat yang tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat. semasa solat, seseorang itu berhubung direct dengan Allah. Sepanjang mendirikan solat, seseorang hamba berdoa terus dihadapan-Nya.

Hubungan dengan Allah ini akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di dalam hati yang kemudian membentuk hati itu akur, taat dan patuh kepada Allah.

sumber google ::: credit owner gambar
1. MENCARI PENGERTIAN (FAHAM)
Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan dalam solat. Apabila mengucapkan takbiratulihram dan membaca surah al-Fatihah misalnya, makna setiap kalimahnya perlu diketahui satu per satu.

2. MEMUSATKAN FIKIRAN (FOKUS)
Tahap kedua ialah pemusatan fikiran. Menghindarkan gangguan hal-hal lain, sehingga fikiran, perbuatan dan ucapannya seiring – yakni terfokus sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat. Mungkin kita telah memahami makna bacaan, tetapi oleh sebab tidak fokus, seseorang yang membacanya hanya umpama “orang mengigau” dalam tidur.
Sekiranya seketika kita terfikir juga hal-hal lain, tapi ingatan dan fikiran tetap terikat pada tujuan solat (mengingati Allah)

3. MEMBESARKAN ALLAH (RASA ‘HAIBAH’)
Perlu diingat, pemusatan fikiran bukan ditujukan kepada bacaan itu sahaja tetapi pada makna di sebalik bacaan itu. Apabila orang yang kenal Allah mengucapkan kalimah “Allahuakbar” misalnya, dia bukan sahaja tahu maknanya (Allah Maha Besar) malah hatinya turut merasai betapa hebatnya kuasa Allah yang telah mencipta dirinya, alam semesta, akhirat dan segala makhluk.
Oleh itu pada peringkat permulaan, cubalah untuk merasakan kita sedang berhadapan seorang raja yang sangat berkuasa dan kita perlu fokus dihadapanNya. senang cakap iibarat kau nk present sesuatu benda depan2 bos besar ataupun untuk promote naik pangkat. mesti kau akan buat habis baik. dalam solat, bayangkan Allah hantar malaikat sebelah kau tgh tgk kau solat.

4. KAGUM DAN TAKUT AKAN KEAGUNGAN ALLAH (RASA KHAUF)
Hasil daripada merasai kebesaran Allah, maka timbul pula rasa takut dan kagum kepada-Nya. Rasa takut dan kagum kepada Allah ini tidak sama dengan rasa takut dan kagum kepada perkara-perkara lain. Rasa takut akan timbul apabila seseorang gerun akan kemurkaan Allah dan Neraka-Nya. Rasa takut ini diterjemahkan dalam solat dengan perbuatan berdiri betul, menundukkan kepala, mata melihat ke tempat sujud (tidak berani mendongak), rukuk serta sujud.

5. RASA MENGHARAP KEPADA ALLAH (RASA RAJA’)
Rasa mengharap ialah pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah.
Jika rasa takut sahaja dibiarkan mendominasi jiwa, dikhuatiri akan timbul sangka buruk dan jahat sangka terhadap Allah. Padahal dalam realiti, Allah lebih suka mengampunkan dosa berbanding menyeksa hamba-Nya yang berdosa.
Oleh sebab itu, ulama berpesan dalam keadaan biasa seseorang hendaklah menyeimbangkan rasa  takut dan harapnya umpama dua sayap pada burung yang membolehkannya terbang dengan stabil dan selamat.
Jangan terlalu takut, nanti timbul sangka buruk kepada Allah. Jangan terlalu harap, nanti terjadi sikap sambil lewa serta “berangan-angan” akan keampunan Allah.

6. RASA MALU DAN HINA DIRI (RASA HAYA’) DALAM SOLAT
Rasa malu dan hina diri ialah kemuncak segala rasa yang timbul sebelumnya. Oleh itu PERLU ditimbulkan rasa berdosa kepada Allah. Apabila ada rasa berdosa maka barulah timbul rasa malu. Cara untuk menimbulkan rasa berdosa ialah dengan menimbulkan kesedaran (insaf) akan kelalaian diri, lemah melaksanakan tanggungjawab, kurang ikhlas, banyak prasangka buruk, tidak sabar dan reda dengan takdir dan banyak “berhutang” kepada Allah.
Sewaktu sujud, kita meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa berada “di atas” (sentiasa dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat sujud).
Manakala dubur yang sentiasa disorokkan dibawah, ketika sujud telah dijongketkan ke atas sebagai cara meleburkan kesombongan dan kebesaran diri!

7. MEMAKAI PAKAIAN YANG PALING SELESA DAN PALING CANTIK KETIKA SOLAT
Nampak macam remeh, namun ia juga adalah salah satu langkah yang boleh dipraktikkan untuk mencapai khusyuk di dalam solat. Sebolehnya pilihlah pakaian yang paling selesa, suci dan khas untuk solat. bak kata ustaz, kau nak jumpa makwe pun pakai sebotoi perfume, tak kan nak mengadap pencipta kau, kau pkai singlet dengan kain lusuh. cuba rasa malu sikit. cubalah, pkai baju yang terbaik kau ada, telekung paling bersih kau ada, material tahap tertinggi. yang xda dalam pasaran *hanya leh dapat pree dari th je* hihihi. pkai jubah kain gajah tertunggeng. pkai haruman sultan brunei. perghh. feel like a boss. duduk pulak saf depan sebelah tok siak. bederau darah itu punya feel. meremang bulu tengkuk.hahahah
sumber google
Sebagai manusia biasa, kita tak leh terlepas dari lalai dan tak khusyuk dalam solat. namun kita masih boleh mencari kesempurnaan dalam solat. dan untuk cover perkara yang mencacatkan solat nih, of course perkara-perkara sunat mampu menutup segala kelemahan kita. usah kata oramg, aku sendiri pun kekadang kelaut. masyaallah, sila cepat-cepat beristigfar.

Selamat bertarawikh dan berpuasa. result yang besar dan mapan bermula dengan langkah yang kecil yang bermula dari sekarang. sehingga berjumpa lagi. zasss!

sumber artikal ::: ada olahan sikit2

p/s: kali ini ada sebab ada pesanan. harini bkn lah macam yang selalu. because she's missing in action

p/s/s: hope esok masih seperti sedia kala. miss #madam

Monday, June 30, 2014

2 Ramadhan Kareem

Assalamualaikum. alhamdulillah, syukur sangat2 kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi ramadhan tahun ini. ini bermakna Allah masih memeberi kita peluang untuk terus beribadat kepadanya dan terus menyiapkan diri untuk hari akhirat sana. ketahui lah bilamana mereka yang menantikan bulan ramadhan ini adalah mereka dikalangan orang2 yang beriman yang pastinya tidak akan mensia-siakan peluang bertemu bulan mulia ini.

sumber: google
Walaupun hari ini sudah 2 Ramadan, aku mahu pengucapkan selamat berpuasa kepada semua. sudahkah kita mengatur strategi sepanjang bulan ramadhan ini dengan pelbagai ibadah. bulan dimana Allah menggandakan semua ganjaran amalan hambanya yang beribadah. khatam alquran dan bertadarus, bersedekah, solat sunat tarawikh, qiammullai dan sebagainya. menjauhi perkara yang mengurangkan pahala puasa

Tidak tahu ini kebetulan atau sengaja diaturkan - fifa world cup 2014 vs ramadhan kareem. tak salah kalau nak melayan bola pukul 2-3 pagi. tp make sure ibadah itu seiring dengan duniawi. alahh, bukannya susah pun, masa Half time tuh, hangpa p amik wudhuk dan dirikan solat sunat 2 rakaat. sunat tahajjud ke, taubat ka, terpulang pada sedagha sedaghi. pepandai lah amik kesempatan rakan2. let's recharge our iman inshaallah.

sumber: google
Bulan ini juga ada target masing-masing. dengana amalannya, dengan proses nyak lemak nya. hahaha. harap bulan ini membantu hendaknya. hahahah. 

Oke, selamat berpuasa. selamat menjalani ibadah puasa. jom sama-sama tingkatkan amalan bulan nihh. dan agar ia berterusan hendaknya. amin.


Wednesday, August 7, 2013

2 Sadness

Assalamualaikum. salam 29ramadhan. last post merupakan diawal bulan ramadhan.bagaimanakah amalan kita sepanjang bulan barakah ini? ad pasang surut. atau terus mengekalkan momentum kecemerlangan dalam melakukan ibadah? tepuk dada tanya lah iman masing2.

Laksanakan lah tuntutan ini dengan sehabis baik yg mungkin. kerana apa, Allah swt besabda, puasa lah engkau demi kerana Tuhanmu. maksudnya disini, ganjaran puasa itu sendiri dinilai dan diberi oleh Allah itu sendiri.

Teringat dalam satu ceramah sebelum solat tarawikh di sebuah surau di P.Pinang, semasa manusia dihisab, Allah akan meneliti semua amalan manusia, hasil dari penelitian itu. semuanya dari catatan malaikat Raqib dan Atib. dari sini segala amalan akan dinilai oleh malaikat kiri dan kanan berdasarkan amalan masing2 kecuali puasa. puasa org mukmin ini akan dinilai dan diberi ganjaran sendiri oleh Allah swt.

Sedih apabila memikirkan kita bakal meninggalkan ramadhan. adakah amalan kita mampu mengecapi apa yang ditawarkan oeh Allah sepanjang bila ramadhan ini. dan apa yang lebih penting, adakah kita mampu bertemu ramadhan yang akan datang? Allahuakbar.

Sedih aku juga apabila memikirkan apa yang akan berlaku selepas ramadhan ini. selain ramadhan, ak btol2 merindukan orang yg separuh dari aku. i miss every single thing of her. whatever i did. it always come out his image inside.

You are irreplaceable. you'r totally my other half. please stay with me - mdm





p/s: yaAllah, janganlah ko ambil nyawaku sebelum ak sempat bertaubat pada mu yaAllah

p/s: biarpun ko melupakan segala kebaikan ak. namun pada ak, ak tetap xkan melupankn segala jasa baik itu. you'r one in a million

Wednesday, July 10, 2013

2 Ahlan Ya Ramadhan Kareem





Assalamualaikum. alhmdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bertemu dengan bulan penuh barakah - ramadhan kareem.

Allah berfirman, artinya: “Katakanlah, 'Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Karunia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (QS. Yunus: 58) 

Bulan dimana umat Muhammad berlumba-lumba  melakukan amalan wajib mahupun sunat. dengan ganjaran yang dijanjikan oleh Nya yang hanya ada pada bulan ramadhan, sesiapa pun tidak mahu melepaskannya. inshaallah.

Jangan lupa perbanykkan amalan sunat tau. solat tarawikh,  solat2 sunat, dhuha, bersedekah, khatam al-quran. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnnya. dan jadikan ramadhan ni 'kick-start' untuk segala perubahan ke arah kebaikan.

Ramadhan kali ini sudah semestinya berbeza dari tahun lepas. kalau tahun lepas, berpuasa sebagai intern student. dan kali ini as a freelancer. bajet!..hahhah

Jaga kesihatan sepanjang ramadhan ye. semoga dapat melalukan ibadat dengan lancar dan penuh kekusyukkan. jom turunkan berat badann....gyeahhh!





sumber: google



p/s: selamat berpuasa untuk semua.

Friday, August 10, 2012

0 10 Ramadhan Terakhir


"Lailatul Qadar malam yang lebih baik dari seribu malam"


Lebih baik daripada 1000 bulan? sebab Lailatul Qadar itu diberikan?

Rasulullah sayang akan umatnya. Lailatul qadar diberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W atas sebab kita ini tidak punya masa yang panjang seperti umat terdahulu untuk beribadah sebenarnya. Mesti ramai yang tahu umat Islam terdahulu hidup beratus-ratus tahun berbanding dengan kita sekarang tetapi istimewanya kita diberikan satu malam yang penuh rahmat. 2 imam besar ada menghuraikan dengan ringkas mengapa terjadinya Lailatul Qadar.

Imam Malik,
“ Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka “

Imam Al-Qurtubi,
“Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w. “




gambar: google
artikel: here



p/s: jom hidupkan 10 malam terakhir. minta pengampuan sebanyak nya.insyaallah

Monday, July 30, 2012

0 Bersabarlah . . .







Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)



Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.


Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.


lebih ramai orang yang lebih hebat cabarannya, dugaannya dari kita. apa yang perlu kita lakukan bersyukur dengan keadaan sekarang dan berdoa kepadaNya agar dijauhi perkara yang boleh melemahkan jiwa.




credit: gambar = google
artikel = iluvislam.com




p/s: bersabarlah. sabar,sabar,


p/s/s: Katakanlah:"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar ayat 53)

Saturday, July 21, 2012

0 Ramadhan 1433H/2012





Gembira dengan sebab semakin dekatnya kedatangan bulan yang agung ini.
Sesungguhnya sempat dengan bulan Ramadan termasuk dalam nikmat Allah yang agung bagi seorang hamba yang muslim kerana bulan Ramadan termasuk dalam musim kebaikan, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Ia adalah bulan Al-Qur’an serta bulan terjadinya peperangan-peperangan dalam sejarah Islam. 

Allah berfirman, artinya: “Katakanlah, 'Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Karunia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (QS. Yunus: 58) 
 
alhmdulillah, kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan ramadhan tahun ini. sama2 meningkatkan amalan yok! 




p/s: kalau tahun lepas puasanya sebulan dirumah and as a student, kali ni puasanya insyaallah as a intern!


Sunday, August 28, 2011

3 Part 3 - Pelepasan dari Api Neraka ~ Done

Alhamdulillah . . .

Inilah fasa terakhir bulan Ramadhan. Fasa dimana mereka yang melaksanakan puasa dengan sungguh-sungguh akan diselamatkan dari api neraka. Kita seharusnya perbanyakkan ibadah kita, mencari lailatul qadar. namun segelintir masyarakat kita dimana amalannya makin menurun. tak payah tengok jauh-jauh. hampir di semua tempat pelaksanaan tarawih,jumlah safnya makin sedikit. Mungkinkah ini lumrah?

Pejam celik pejam celik, mlm ni dah terawikh yang terakhir. personally, ak rasa sedih bila ramadhan tahun ni dah sampai ke penghujungnya. amalan nth banyak mana yg diterima oleh Allah. *sigh*

Rasullullah pernah bersabda "Barang siapa yang mengetahui ganjaran yang besar yang ada pada bulan ramadhan, pasti dia mahukan bulan ramadhan itu sepanjang tahun".

Oleh itu, marilah sama2 kita berdoa agar kita dipanjangkan umur utk ditemukan sekali lagi pada tahun hadapan. amin.

Kawan2 dapat cari tak malam lailatul qadar? ak ase pada mlm 25ramadhan aritu. hahaha. dan2 je. hahaha. itu hanya pendapat ak je. tp alhamdulillah lah, Allah kurniakan kekuatan utk bangun malam utk beribadat terutama 10 malam terakhir.

Bila daging dah dicari, daun nyoir dah dicari, ketupat dah di anyam. makna nya dah hampirnya Syawalkan. bila dah besar ni, persiapan raya main ala kadar je. xyah laa nk beria - ria nk raya, iye dok. ustaz pesan yang penting amalan di bulan puasa ni diteruskan walaupun sikit.



Gambar - gambar last trawikh ~ saf still lagi penuh













p/s: sok balik kampung yaw!


Sunday, August 21, 2011

2 Part 2 - Pengampunan ~ Done



Alhamdulillah . . . hopefully

Officially dah masuk ramadhan yg ke 21.maknanya dah overdue nk tulis pasal fasa kedua.tapi xpe lah.nk tulis gak.xkira.ahhaha.

Sekali lagi kena panjatkan kesyukuran kerana ak mampu mengharungi hingga sekarang kan. sejauh mana amalan kita, hanya Dia yg menentukan nya.

Sejujurnya, target nk tadarus alquran dalam masa setengah bulan alhmdulillah accomplished. sebenarnya dah lama target nk buat macam ni. so, dah namanya pon cuti kan, banyak laa masa utk tadarus alquran.

Ustaz ceramah pernah berpesan, sesungguhnya Allah itu maha pengampun. selalai mana pon hambanya, Allah sentiasa membuka pintu keampunan untuk umatnya. harapannya kita tak putus2 memohon keampunan kepada Allah.

Solat terawikh kat tempat korang camna? makin ramai ke makin berkurang? mesti makin 'ramai' kan. maklum laa ramadhan dah makin ke penghujungnya. MasyaAllah.


dah ready nak kejar 10 malam terakhir??


terawikh lepas isyak - masjid Ladang~Kuala Terengganu



terawikh lepas 8 rakaat - masjid Ladang~Kuala Terengganu



pegi dengan 'awek' saya~hahaha



p/s: currrently at Kuala Terengganu

p/s/s: dah masuk 10 ramadhan terakhir. jom kawan2 kejar malam yang lebih baik dari seribu malam a.k.a malai lailatul qadar



Thursday, August 11, 2011

2 Part 1 - Rahmat ~ Done



Alhamdulillah.masih diberi peluang hingga saat ini oleh Nya untuk terus hidup.Syukur jugak kerana diberi kesempatan melalui hari-hari di bulan ramadhan yg berkat nih. dah10 ramadhan berlalu.sejauh mana amalan kita terhadapnya?bulan yang menjanjikan gajaran yang cukup hebat yang tidak ada pada bulan2 yang lain.

cepatkan masa berlalu?masih byk amalan2 yang pending.hahaha.kalo setakat tadarus al-quran, solat trawikh, alhmdulillah.follow the schedule ape yang dirancang.




sesungguhnya 10 malam pertama merupakan rahmat yang dijanjikan oleh Allah. kalo kat tempat ak, solat trawikh masih lagi penuh sampai ke belakang. mungkin masjid negeri kot. tu yang ramai tu. remaja2 pon ramai gak. tp ak nk highlightkan sini, aweks2 pon ramai gak. ~ dah alang2 sudah trawikh tu, ter 'usha' awek laa plak kan.hahahah

stakat ni, xpernah lagi pergi bazar ramadhan. ckup laa ape yang mak kita masak kan. bersih, jimat lagii. compom sedap punya punn. hahaha. berbuka mkn nasi. sahur makan nasi. bak kata membe ak, dah xjadi badan drogba aa cmni.hahahaha. fyi, ak maintain oke.power x?hahahha

oke - next 10days of ramadhan, semoga dipermudahkan *amin*


p/s: selamat berpuasa rakan2 yang duk uia - org2 bujang laaa katakan. ( ^.^)

p/s/s: time ni laa ko xda kredit kan.aisemen


Sunday, July 31, 2011

2 Incoming . . .

"3o days of ramadhan"






"semua syaitan dah dirantai, and we can see our true color"


"malamnya kite solat terawikh.let's gooo . . . "



p/s: welcome to da 'club' angry bird.hahaha
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates