Friday, February 9, 2018

0 Mirage: 2013 - 2018 Part 3 (Last)

Assalamualaikum. pertama tama sekali. kami sangat bersyukur kepada Allah SWT. dengan kuasa dan perlingdungan Nya. kami masih disini dan masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan dimuka bumi ini. apa yang bakal aku kongsi kan ini adalah macam mana pengalaman kami terlibat dengan kemalangan tempoh hari. yang baik boleh dijadikan panduan manakala yang buruk boleh dijauhkan ye.

Bismillah.




190118 - Pada malam tu, semuanya settle tepat pukul 1230 tengah malam. terima kasih diucapkan kepada Abang Jamil dan Kak Eda. keluarga belah ummi yang turun dari Ipoh bagi memberi bantuan kepada kami. terima kasih sebab bagi tumpang bermalam di Ipoh. Maaf susahkan Abang Yus dan Kak Era dan Mak Abah yang kena datang Ipoh dari Gerik dan Sg Petani. mudah mudahan Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian kepada keluarga kami.

Apa yang aku nak share dekat sini setelah terlibat dengan kemalangan ini:

1) TOLONG letak anak-anak kita dalam CARSEAT. please please and please. ini mampu menyelamatkan nyawa anak-anak kita. kalau laa anak-anak kami tak pakai CARSEAT? mahu melayang keluar.

2) Bila dah berlaku kemalangan. cool dan jangan panic. call pihak lebuhraya (PLUS,LPT) untuk bantuan kecemasan. jangan sesekali terima tawaran dari tow truck haram tu. sebab pihak lebuhraya ada memang memberi kemudahan tow truck mereka. at least dia akan tarik kereta kau ke exit yang berhampiran. sementara dia uruskan kereta kau tu, kau call pihak insuran. suruh mereka hantar tow truck mereka untuk pick up kereta kau dekat exit berdekatan.

3) Buat laporan polis dengan segera. supaya kau dapat cerita secara details kejadian yang berlaku.

4) Lastly. ini dah selalu orang pesan dah. jaga jarak kenderaan ada. sebab apa kau tahu tak? supaya kau ada masa untuk membuat keputusan dan tindakan refleks kau untuk keadaan tertentu. Faham?!

Dan of course insan yang banyak membantu yakni ummi adam nuh. bertindak tangkas tegas dan precise. Respect!!

Semoga cerita aku ini dapat memberi pengajaran kepada sesiapa sahaj yang membacanya. nanti ada apa-apa update. inshaallah aku akan share kat sini. last but not least, Mirage dalam kenangan. *sob sob*






p/s: tamat dah kisah ni. takda sambungan dah. serius

p/s/s: kereta kesayangan kami - Mirage

Thursday, February 1, 2018

0 Mirage: 2013 - 2018 Part 2

Mirage: 2013 - 2018 Part 2

Assalamualaikum. pertama tama sekali. kami sangat bersyukur kepada Allah SWT. dengan kuasa dan perlingdungan Nya. kami masih disini dan masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan dimuka bumi ini. apa yang bakal aku kongsi kan ini adalah macam mana pengalaman kami terlibat dengan kemalangan tempoh hari. yang baik boleh dijadikan panduan manakala yang buruk boleh dijauhkan ye.

Bismillah.



190118 - kesan dari kemalangan ini. traffik sesak 10km. bantuan kecemasan tiba dengan masa yang singkat. kami agak pelik, bila kereta berhenti berpusing. tak sampai 5minit bomba dan ambulan tiba ditempat kejadian. ohh, rupanya dah ada kereta terbabas sebelum kemalangan yang melibatkan kami berlaku. dan Jazz putih tu cakap dia tak perasan kereta depan dan terlibat dengan kemalangan. sebab tu dia emergency break dan belok kekiri secara tiba-tiba.

Kisah kami tidak berhenti disitu. sekarang apa yang patut kami buat? kereta dah teruk dan menghalang lalu lintas.jadi dengan tak semena-mena, ada brader mamak ni dengan willingly ingin membantu kami dengan offer tow truck nya untuk tarik kereta kami ke bengkel. dengan keadaan terkejut campur blur. oke lah dah ada orang offer. terima je lah.

"abang jangan risau, kami tarik kereta abang masuk bengkel kami. sebab bengkel kami panel kepada insuran kereta abang. semua free of charge"

"saya dah telephone insuran abang, dia cakap just tarik kereta masuk bengkel kami. cost baiki pun kami akan deal dengan pihak insuran"

"dah dah, abang boleh naik kereta runner saya ni. kita jumpa kat balai. buat polis report sama-sama dengan mangsa yang lain" maka berkemas laa aku ambil barang-barang berharga masuk dalam kereta runner. dan menuju ke balai polis berhampiran yakni balai polis Gopeng. itu pun sesat nak sampai. bangang

wah wah wah.senang betul kerja diaorang. semua free bagi dia. bingai. settle buat laporan polis. rupanya 5 biji kereta terlibat dalam kemalangan ni. dan kereta kami antara yang worst. budak Myvi belakang kereta kami pun akui yang dia bawak laju. memang dajjal punya budak. pada mulanya dah setuju nak hantar kereta masuk bengkel brader mamak tu. tapi persoalan bermain difikiran?!

Kalau kau bukan bengkel mitshubishi, kau boleh claim spare part ori, tapi kau pasang yang local punya. sapa yang tahu kan? at least kalau hantar centre, sebarang kesulitan berkenaan spare part ataupun warrenty terjamin. cancel nak hantar bengkel mamak tu. kuncu-kuncu mamak tu tak mahu turunkan kereta dari tow truck mereka kecuali kau kena bayar rm600. ini satu lagi perangai serupa yahudi. mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain. nego punya nego. meninggi suara laa jugak dengan mamak tu. last dia kasi rm500 baru dia turun kan kereta. dah tak boleh buat apa dah.terpaksa deal jugak.

Lepas kereta turun dari tow truck mamak tu. baru boleh call tow truck insuran punya dan hantar ke center mitshubishi Ipoh tanpa sebarang bayaran. Jadi apa yang aku nak share kat sini? kita sambung next post boleh ke kawan-kawan? hahahahaha

To be continued . . . .






 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates