Monday, February 25, 2013

2 Al - Fatihah

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. – Aali ‘Imraan (3) : 185

Hafizi Jasni atau kami team hoki panggil arwah dengan nama manggis tau pun eteq telah kembali ke rahmatullah pada 23 February 2013,  jam 3.00 pm dalam satu kemalangan jalan raya. kemalangan berlaku semasa arwah dan seorang lagi rakan hoki kami dalam perjalanan ke Sepang. namun rakan kami lagi sorang hanya luka dan cedera ringan.

Ak terima berita ini pun sbaik saja ak sampai rumah dari Melaka. berita ini sangat mengejutkan sebab ak dh lama tak jumpa dia. last ak jumpa time training untuk masum tahun lepas.

Arwah ni aktif dalam sport, espaciallly lam Palapes dan riders 135LC V2.

Arwah selamat dikebumikan pada 24 February 2013 selepas solat zohor di Tanah perkuburan kampung Tengah, Tualang Kedah

Antara komen2 dari rakan fb arwah:

"..pohon korg semua yg mne terbaca post ni, sedekahkan al-fatihah kepada Hafizi Jasni.. beliau meninggal dunia ptg td akibat kemalangan... semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org yang beriman... dia ni adalah junior aku dalam palapes udara di uiam..."




"..Arwah seorang yang kawan yg baik, ketua yg bagus, batchmate yg bertanggungjawab. Ajal maut tk kenal usia. Semoga arwah di tempat kn dalam kalangan orang2 yg beriman. Insyaallah. Tenang la kau disana etek.."



Kami halal semua makan minum dan salah silap kalau ada. semoga ko aman disana. al-fatihah

 

training untuk masum 2011



p/s: dalam kita bergembira, sentiasa ingat malaikat maut tu jenguk kita banyak kali dalam sehari



 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates