Assalamualaikum. salam ramadhan. semoga berjaya dan sabar menempuh ramadhan sehingga hari ini. alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk terus hidup bagi mengerjakan ibadah puasa tahun ini. siang nya menahan lapar dan dahaga serta menjaga segala pancaindera. manakala malam nya kita berduyun-duyun solat terawikh berjemaah inshaallah.
Dalam mengerjakan solat terawikh itu, seharusnya ada pengertian dan khusyuk sepanjang terawikh. apa erti solat yang khusyuk? khusyuk adalah solat yang tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat. semasa solat, seseorang itu berhubung direct dengan Allah. Sepanjang mendirikan solat, seseorang hamba berdoa terus dihadapan-Nya.
Hubungan dengan Allah ini akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di dalam hati yang kemudian membentuk hati itu akur, taat dan patuh kepada Allah.
sumber google ::: credit owner gambar |
1. MENCARI PENGERTIAN (FAHAM)
Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan dalam solat. Apabila mengucapkan takbiratulihram dan membaca surah al-Fatihah misalnya, makna setiap kalimahnya perlu diketahui satu per satu.
2. MEMUSATKAN FIKIRAN (FOKUS)
Tahap kedua ialah pemusatan fikiran. Menghindarkan gangguan hal-hal lain, sehingga fikiran, perbuatan dan ucapannya seiring – yakni terfokus sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat. Mungkin kita telah memahami makna bacaan, tetapi oleh sebab tidak fokus, seseorang yang membacanya hanya umpama “orang mengigau” dalam tidur.
Sekiranya seketika kita terfikir juga hal-hal lain, tapi ingatan dan fikiran tetap terikat pada tujuan solat (mengingati Allah)
3. MEMBESARKAN ALLAH (RASA ‘HAIBAH’)
Perlu diingat, pemusatan fikiran bukan ditujukan kepada bacaan itu sahaja tetapi pada makna di sebalik bacaan itu. Apabila orang yang kenal Allah mengucapkan kalimah “Allahuakbar” misalnya, dia bukan sahaja tahu maknanya (Allah Maha Besar) malah hatinya turut merasai betapa hebatnya kuasa Allah yang telah mencipta dirinya, alam semesta, akhirat dan segala makhluk.
Oleh itu pada peringkat permulaan, cubalah untuk merasakan kita sedang berhadapan seorang raja yang sangat berkuasa dan kita perlu fokus dihadapanNya. senang cakap iibarat kau nk present sesuatu benda depan2 bos besar ataupun untuk promote naik pangkat. mesti kau akan buat habis baik. dalam solat, bayangkan Allah hantar malaikat sebelah kau tgh tgk kau solat.
4. KAGUM DAN TAKUT AKAN KEAGUNGAN ALLAH (RASA KHAUF)
Hasil daripada merasai kebesaran Allah, maka timbul pula rasa takut dan kagum kepada-Nya. Rasa takut dan kagum kepada Allah ini tidak sama dengan rasa takut dan kagum kepada perkara-perkara lain. Rasa takut akan timbul apabila seseorang gerun akan kemurkaan Allah dan Neraka-Nya. Rasa takut ini diterjemahkan dalam solat dengan perbuatan berdiri betul, menundukkan kepala, mata melihat ke tempat sujud (tidak berani mendongak), rukuk serta sujud.
5. RASA MENGHARAP KEPADA ALLAH (RASA RAJA’)
Rasa mengharap ialah pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah.
Jika rasa takut sahaja dibiarkan mendominasi jiwa, dikhuatiri akan timbul sangka buruk dan jahat sangka terhadap Allah. Padahal dalam realiti, Allah lebih suka mengampunkan dosa berbanding menyeksa hamba-Nya yang berdosa.
Oleh sebab itu, ulama berpesan dalam keadaan biasa seseorang hendaklah menyeimbangkan rasa takut dan harapnya umpama dua sayap pada burung yang membolehkannya terbang dengan stabil dan selamat.
Jangan terlalu takut, nanti timbul sangka buruk kepada Allah. Jangan terlalu harap, nanti terjadi sikap sambil lewa serta “berangan-angan” akan keampunan Allah.
6. RASA MALU DAN HINA DIRI (RASA HAYA’) DALAM SOLAT
Rasa malu dan hina diri ialah kemuncak segala rasa yang timbul sebelumnya. Oleh itu PERLU ditimbulkan rasa berdosa kepada Allah. Apabila ada rasa berdosa maka barulah timbul rasa malu. Cara untuk menimbulkan rasa berdosa ialah dengan menimbulkan kesedaran (insaf) akan kelalaian diri, lemah melaksanakan tanggungjawab, kurang ikhlas, banyak prasangka buruk, tidak sabar dan reda dengan takdir dan banyak “berhutang” kepada Allah.
Sewaktu sujud, kita meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa berada “di atas” (sentiasa dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat sujud).
Manakala dubur yang sentiasa disorokkan dibawah, ketika sujud telah dijongketkan ke atas sebagai cara meleburkan kesombongan dan kebesaran diri!
7. MEMAKAI PAKAIAN YANG PALING SELESA DAN PALING CANTIK KETIKA SOLAT
Nampak macam remeh, namun ia juga adalah salah satu langkah yang boleh dipraktikkan untuk mencapai khusyuk di dalam solat. Sebolehnya pilihlah pakaian yang paling selesa, suci dan khas untuk solat. bak kata ustaz, kau nak jumpa makwe pun pakai sebotoi perfume, tak kan nak mengadap pencipta kau, kau pkai singlet dengan kain lusuh. cuba rasa malu sikit. cubalah, pkai baju yang terbaik kau ada, telekung paling bersih kau ada, material tahap tertinggi. yang xda dalam pasaran *hanya leh dapat pree dari th je* hihihi. pkai jubah kain gajah tertunggeng. pkai haruman sultan brunei. perghh. feel like a boss. duduk pulak saf depan sebelah tok siak. bederau darah itu punya feel. meremang bulu tengkuk.hahahah
sumber google |
Selamat bertarawikh dan berpuasa. result yang besar dan mapan bermula dengan langkah yang kecil yang bermula dari sekarang. sehingga berjumpa lagi. zasss!
sumber artikal ::: ada olahan sikit2
p/s: kali ini ada sebab ada pesanan. harini bkn lah macam yang selalu. because she's missing in action
p/s/s: hope esok masih seperti sedia kala. miss #madam
0 comments:
Post a Comment