Showing posts with label ellyhzq. Show all posts
Showing posts with label ellyhzq. Show all posts

Saturday, August 6, 2022

0 Center of Foundation Studies (CFS) IIUM || JR

 Assalamualaikum WBT




Harini rombongan keluarga dari Perak berkelana ke Kuantan untuk sesi pendaftaran pelajar baru di Pusat Asasi UIA Gambang Pahang.

Wah, ramai betul ye. sekali datang 4 biji kereta. sewa homestay 5 bilik ye dekat area Semambu. bukan kaleng-kaleng trip kali ni.

Kami sebagai alumni UIA mengucapkan selamat menghadapi liku-liku kehidupan pelajar universiti ye. ini juga adalah kali pertama kami menjejakkan kaki ke Pusat Asasi Uia Gambang. Kami dulu Pusat Asasi UIA PJ. sekarang dah tutup dan diserahkan kepada pihak UKM kalau tak silap.

Selamat maju jaya. tak lama. setahun je dekat sini. selepas setahun, result cemerlang. boleh terus sambung dekat Main Campus UIA Gombak.

Saturday, June 4, 2022

0 [Part 1] Mantin - Kluang - Kuantan - Mantin

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, sekali lagi kami berkesempatan untuk travel. kali ini kita buat road trip pula. kalau ikut rancangan asal, road trip kami sepatutnya cover seluruh semenanjung Malaysia, utara selatan, timur barat. namun akibat kekangan masa, kami cover dua tempat utama yakni Kluang dan Kuantan.

Road trip ini mengambil masa selama 4h3m.

map Road Trip

Road trip kami bermula dari Mantin menuju ke Kluang menggunakan lebuhraya PLUS. kenapa Kluang? sangat random kan? tapi kami pernah melalui pekan Kluang ketika trip to Desaru beberapa bulan dahulu. memandangkan kami tak pernah sampai daerah ini, kami menanam cita-cita untuk kembali explore Kluang.

Dan hari ini kami tiba di Kluang. ada beberapa tempat yang menarik yang sempat kami lawati seperti kilang Kluang Coffee, Laman Seni yakni mural-mural disekitar bandar Kluang dan makan makanan tempatan.

Insyaallah untuk posting seterusnya akan aku kongsi kan tempat-tempat yang sempat kami singgah. 


depan hotel








 

Saturday, February 12, 2022

0 Ipoh

Assalamualaikum WBT

Plan asalnya nak balik kampung. tapi baru lagi balik haritu. jadi weekend macam free je. hah, apa lagi, pack travel bag. and here we go. IPOH here we come. Les goooooo

Hotel mahal? tiada masalah. sauk je hotel OYO. amik family room. nahhh. dia punya luas lari boleh sesat woo. semat aaa. macam mana dia buat. hahahah

Biasanya tu lah strategi kami. hotel mahal kalau last minutes, memang tuju ke OYO je senang. dapat pulak area town. lagi best. walking distance untuk ke tempat-tempat menarik.


adam nuh


Next location? Victoria Bridge

Aku pernah sampai sini. boleh selak balik post-post yang lepas. cuma time tu aku bujang lagi. pergi dengan member hoki. pergi lepas dari tengok Sultan Azlan Shah Cup kalau tak silap aku.

Harini aku bawak madam dan adam nuh pulak. walau depa berdua tak tahu apa-apa. aku harap satu hari nanti, dia datang lagi sini. dia ingat ummi abah pernah bawak kami visit sini dulu. hahaha


Jambatan Victoria atau lebih dikenali sebagai Victoria Bridge di Seberang Karai, dibina merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Kuala Kangsar.

Dua orang jurutera yang bertanggungjawab mereka cipta jambatan ini ialah G.W Fryer dan C.R Hanson. Pembinaan jambatan ini bertujuan untuk memudahkan pengangkutan bijih timah pada ketika itu.

Semasa Perang Dunia Kedua, jambatan ini pernah dibom dan menurut cerita penduduk setempat, jambatan ini terbelah dua. Betapa pentingnya jambatan ini sebagai laluan pengangkutan suatu ketika dahulu.

sumber: orangperak.com

Victoria Bridge


Victoria Bridge


Victoria Bridge



Next location? Menara Jam Memorial Birch

Personally. aku tak pernah sampai kawasan ni. tapi geng instagramerrrr sangat laa suka port amik gambar dekat sini.

Sejarah untuk kita fahami dan hayati. Orang melayu lemah? korang boleh nilai sendiri. renungkan


Menara Jam Memorial Birch yang terletak di sebelah Masjid Negeri Perak dibina pada tahun 1909 sempena memperingati ulang tahun kematian ke 34 Residen British Perak yang pertama iaitu J.W.W Birch.

Beliau juga merupakan anak sulung kepada J.W.W Birch dan menjadi Residen Perak dari tahun 1904 hingga 1910. Sir Ernest Woodford Birch juga mengingatkan Sultan dan pembesar-pembesar Melayu diketika itu agar tidak melupakan kisah pembunuhan bapanya itu dan berharap agar hubungan baik diantara pihak British dengan Perak selepas peristiwa tersebut dapat diteruskan demi pembangunan pesat negeri Perak.

Disekeliling menara jam tersebut diletakkan 4 patung terakota yang mengambarkan 4 prinsip pentadbiran British iaitu Kesetiaan (digambarkan dengan patung yang memegang pedang dan perisai), Keadilan (digambarkan dengan patung buta yang memegang neraca), Kesabaran (digambarkan dengan patung yang tiada senjata) dan Ketabahan (digambarkan dengan patung dengan riak muka tenang dan memegang tombak).












p/s: penat woiiii

p/s/s: semoga kekal dalam ingatan anak-anak. hahaha




Wednesday, January 26, 2022

0 Madam 2022

 AssalamualaikumWBT

lil monster for madam

Kalau dulu dia crime partner. sekarang lebih kepada dia comfort shoulder that we can lay off. hahaha. betul ke perumpamaan itu? entah lah. hanya aku dengan madam je kot yang tahu. hahaha.

Selamat ulang tahun sayang. demi Allah, kami doakan agar madam mendapat lindungan Allah dunia dan akhirat. dimurahkan rezeki . juga disayangi dan dihormati selamanya. amin.

Segala penat lelah dan pengorbanan ini mudah-mudahan dibalas diakhirat sana. ganjaran yang hanya Allah saja yang mampu berikan.

Thanks for everythings.

our real hero



p/s: i love you . xoxo

p/s/s: adam nuh sayang ummi

Friday, March 26, 2021

1 Coffee Session

Assalamualaikum WBT

Hari yang indah. selesai hantar adam nuh sekolah. kebetulan madam cuti pulak harini. haa. dah lama tak coffee session dengan madam. even madam bukan kaki coffee pun. tapi tak apa. kita ajak je lepak coffee. hahaha.

gambar pinterest

Even madam tak mengopi, dia layan je bakeries dekat cafe. hahaha. green tea pun dia layan. kalau aku memang wajib laa coffee.

Bermula dengan topik serius. perancangan tahun ini. new business dan so on. inshaallah, segala idea bercambah dari sini. memang 2-3jam tu sekejap sangat laa. kes covid pun masih tinggi. tak ada harapan lagi buat masa ni. sama-sama laa kita berdoa.

Sedar tak sedar, dah pukul 12. dah nak kena amik adam pulak. hahah, jangan harap laa nak berjalan mana-mana. hahaha. inshaallah next time kita cari masa pula.




Gtg now. Bye



p/s: gtg = got to go

p/s/s: we miss our coffee session

Friday, March 19, 2021

1 [Camping] Hulu Tamu

 Assalamualaikum WBT

Minggu ni kami repeat lagi camping. hahah. cuma kali ini lokasi lain pula. macam tiada erti rehat dan penat. kami sekali lagi berkaktiviti. hahaha. pedulikan keletihan. janji kita enjoy. hahaha

gambar pinterest


Hulu Tamu - Batang Kali Selangor.

Kali ini berkesempatan camping dikawasan Batang Kali, Selangor. camp site yang baru dibuka kira-kira beberapa bulan yang lalu. kiranya baru sangat la campsite beroperasi.

Campsite ni kalau aku boleh review. sangat mesra keluarga. segala kemudahan asas tersedia dan lengkap. kebersihan toilet, plug point, parking dekat dengan campsite dan juga campsite yang sangat dekat dengan sungai. sungai bersih, sesuai untuk kanak-kanak.

Pihak pengurusan yang cekap dan tegas. tegas disini aku maksudkan macam mana diaorang manage booking. oh ya, dekat sini campsite kena booking ye. dia kira RM150/tapak. kalau nak datang 2-3 family, pihak pengurusan akan bagi campsite yang dekat-dekat. bukan terpisah jauh gitu. hahah.

Overall tempat terbaik. sangat recommended. kami bagi 5 bintang.











p/s: campsite paling best so far

Friday, March 12, 2021

0 [Camping] - Kami Kembali Bercamping

Assalamualaikum Wbt. semoga yang membaca dilindungi dan dirahmati selalu. jaga diri dan terus patuh kepada SOP ye dikala musim-musim covid ni.

Camping - pembuka bicara dan event kita untuk family kami untuk tahun ini. untuk yang pertama kali nya tahun ini selepas berbulan dah tak bercamping. anak-anak pun dah kerap bertanya bila lagi kita nak pergi camping.



gambar pinterest


Kalau tak silap aku, last kami bercamping tahun lepas bulan November kot dekat Port Dickson (PD). Wild camping kau. hahaha. alhamdulillah we survived. macam mana boleh jadi wild camping? panjang ceritanya. hahaha. 

Kami memang plan nak bercamping  dekat PD. memandangkan kami pergi hari weekdays. konon nak tengok campsite dulu laa baru decide. sekali bila dah sampai, hah kau, sume pakat bercamping hari weekdays. pekejadah! hahaha

Owner campsite offer pacak je khemah dekat mana yang kosong. jenis campsite yang takda booking tempat. free to park your tent. so kesudahannya, penuh rapat-rapat orang pacak khemah. nganga la kami sekalian alam. hahah. last-last pacak khemah dekat tepi pantai tanpa keperluan asas seperti punca air. tinggal lagi tapak khemah tu dekat dengan masjid. berangkut la kami kesana. 

Please jangan tiru plan ini ye semua especially kalau bawak family. kurang selesa untuk family anda. kalau nak buat juga, please bawa keperluan asas, seperti air yang cukup. inshaallah boleh. the best part is,  malam tu sangat laa tenang dan damai tanpa orang ramai. sebelum hujan melanda. hahaha

Cukup cerita last camping, plan kali ini kami ke kawasan Serendah. tapi bersama rakan madam dan family. cukup 2 family. kami stay 2 hari 1 malam. boleh dikatakan ramai laa juga yang datang bercamping. rata-rata datang dengan family. dan ada la 2-3 khemah datang dengan kawan-kawan.

Jadi mostly aktiviti nya aktiviti family mcm bbq, mandi sungai dan sebagainya. cukup tenang dan sunyi bila malam menjelma. mahukan tidak, hujan mula turun selepas asar membawa ke malam. hahaha. nasib kami baik kerana kami mula bbq sebelum asar.  sebab masing-masing lapar lepas mandi sungai.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. anak-anak pun seronok. madam lagi laa seronok. bukan apa, berehat tenangkan minda dalam hutan ni lain macam feel dia. tak tahu nak describe.tenang dia tu lain macam. kena feel sendiri. hahaha. pada masa sama anak-anak turut belajar ilmu camping. bukan anak-anak je, bapak dia pun banyak belajar dari madam. kemon, madam macgyver kot. hahahaha

Inshallah next time kita camping lagi tapi destinasi yang lain laa pulak.

See you guys soon . Kbye


nampak cool kan? tapi sebenarnya aku lupa cara nak pasang khemah ni woi. hahahahah






pagi pukul 8 dah ajak berendam~ate ke gile sejuk nak oiiiii




p/s: aku lupa nama campsite ni sebenarnya.nanti update dengan madam. hahahaha

p/s/s: mesti madam hangin dengan aku, nak cerita dkt orang. kena laa tahu details. hahahah

 


Friday, February 5, 2021

0 Next Project

 Assalamualaikum WBT

Dah masuk bulan 2 dah kita ye. rasa baru je semalam new year. sungguh cepat masa berlalu.tambah lagi musim covid19 ni. dah tak tahu dh hari ni hari apa. weekend ke weekdays ke sume sama. hahaha

Diharap anda diluar sana masih bertahan denga situasi sekarang. inshaallah jaga diri jaga SOP. nak harap orang politik yang jaga kita? tak payah. lagi menyusahkan ada lah.

Next Project?

Entah lah. dah berapa kali next projek dah ni. dah laa baru bulan 2. tak terkira dah berapa plan dah dijalankan. Plan A - Z sume dah ada dalam kepala.

Kalau rasa plan ni tak jalan. kita switch plan lain. if it not workable, find something else. tu je untuk kelastarian kehidupan kita sekarang ni. bertahan selagi mampu.






p/s: inshaallah own company ondaway. doakan.amin

Monday, September 9, 2019

0 All The Best

Assalamualaikum wbt. alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada hambanya. dan harini hari pertama untuk madam disini. setelah beberapa lama merancang, Allah membuka pintu rezekinya untuk madam.

Maka bermula lah routine yang lain untuk kami. tapi madam jangan risau, you got full support from us okay. dont worry. just follow the flow. we wish you all the best and achieve you dream. betulkan niat. niat kerana Allah dan seterusnya Allah will take care of the rest. inshaAllah. Setiap permulaan pastinya ada pengakhirannya. semoga g.o.t hendaknya.


"Don't be a afraid of failure, fall 10 times, wake up 11 times. " Denzel Washington 











p/s: from now,  tak boleh panggil madam dah. kita panggil 'sistur'

p/s/s: hai sisturrrr..... hahahah

Wednesday, November 21, 2018

0 Day 10 & 11 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. harini hari terakhir kami dibumi Mekah. pukul 3 pagi dah siap untuk ke masjid. semangat sampai awal dan buat seberapa banyak solat sunat. dapat pulak solat di dataran Kaabah. syukur alhamdulillah.

Usai solat subuh, kami tak terus balik hotel. memandangkan hari terakhir, kami cari sedikit buah tangan untuk orang malaysia. wah orang malaysia gituuu. hahahah. shopping for last lap sebab lepas tawaf wida' kita tak dibenarkan untuk shopping lagi. nak amik gambar pun tak boleh. bagi menghormati tawaf wida'. tawaf wida' ni simbolik kepada tawaf selamt tinggal dan diharuskan meniggalkan tanah haram secepat mungkin.







Sebelum ke masjid untuk solat zohor, jemaah semua telah bersedia dengan bagasi masing - masing dan berkumpul di lobi hotel. selepas solat zohor, kami lakukan tawaf wida'. masa ni yaAllah panas dia. berpeluh seluruh anggota wei. sumpah tak tipu. pada mulanya. memandangkan cuaca panas, kami tawaf ditingkat 1. wah, mula - mula okay laa sebab sejuk. masuk 2nd round, baru rasa jauh dia amat. terus turun balik tawaf di dataran Kaabah.

Bas kami tiba tepat jam 1700 bas kami sampai. selesai angkat bagasi, terus bergerak ke airport Jeddah. selesai check in luggage, dapat air zam - zam 5lter sorang. alhamdulillah segala urusan imigresen berjalan lancar.

Flight boarding pukul 0100 pagi. alhamdulilah rezeki jemaah. ada 2 kumpulan jemaah je dalam flight balik KL ni. haaa, amik kesempatan boleh pindah seat lain. hahaha. kami pilih seat paling depan dekat pintu Airbus. ada ruang depan yang luas. sedap selesa sebab luas. tapi sejuk pulak duduk dekat pintu ni. frozen kaki. 

Saat ketika ini. perasaan mula rindu. rindu moment - moment dekat Madinah dan Mekah. pada masa yang sama, sangat - sangat rindu dekat adam dan nuh. syukur yaAllah kerana menjemput kami ke rumah mu yaAllah. pengalaman ini sangat berharga buat kami. terima kasih juga kepada madam sebab banyak membantu dan mencari peluang ini kepada kita.

Umrah series Done . . . . .





p/s: thanks madam for everything. i love you

p/s/s: untuk sahabat - sahabat, pasang laa impian untuk buat umrah diusia muda. serius seronok. dengan tenaga dan kuderat yang ada. inshaallah dapat membantu jemaah yang lain. amal ibadat pun inshaallah dapat dilakukan dengan sempurna. tahan dulu nafsu nak travel tempat lain.

p/s/s/s: boleh roger aku kalau nak tahu details dan harga umrah ni. kami berdaftar dengan KRS Travel.

Tuesday, November 20, 2018

0 Day 9 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. alhamdulillah, harini jemaah ada sedikit kelapangan waktu. makna kata acara bebas dan beribadat. siapa nak beriktikaf sampai malam, dipersilakan. siapa nak window shopping pun dipersilakan juga. tapi muttawif kami ajak ziarah dalam, yakni sekitar Masjidil Haram.

Selesai breakfast, ustaz bersama beberapa jemaah ready untuk ziarah dalam. antara tempat - tempat yang akan dituju seperti tapak rumah asal Rasullullah, tapak rumah Abu Bakar, dan juga beberapa tempat bersejarah disekitar Masjidil Haram.

Boleh tahan berjalan jugak laa sekitar Masjid ni. namun ini semua sejarah - sejarah yang tinggal. apa yang kita boleh tengok hanyalah tinggalan tapak - tapak rumah. digantikan dengan bangunan baru untuk memperbesankan kawasan Masjidil Haram. apa yang kita perhatikan, tapak - tapak rumah Rasulullah dan para sahabat betul - betul mengelilingi Masjidil Haram. termasuklah rumah Abu Jahal. namun tapak rumah Abu Jahal ini sudah digantikan dengan toilet muslimin dan muslimat.











Malam ni malam terakhir kami dibumi Mekah. memang malam ni kami balik lewat dan amik masa yang lama duduk dekat masjid. tak tahu laa, perasaan sayang nak tinggal bumi barakah ni. wei, sayu dia lain macam dengar azan magrib dan isyak yang terakhir malam ni. balik hotel kemas barang supaya esok tak kelam kabut nak turunkan barang.




to be continued . . . . .


p/s: we already miss the moment we are here. baik ibadah mahupun relationship. hihihi

Monday, November 19, 2018

0 Day 8 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. hari ini hari ke-8 untuk perjalanan kami. alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan dan kesihatan kepada kami untuk terus berpeluang untuk menunaikan ibadah umrah ini. segala nikmat darinya alhamdulillah. masih berbaki beberapa hari lagi untuk kami berada disini, dengan harapan dapat memberi sepenuh hati dan perasaan dan juga peluang yang ada untuk kekal fokus dalam beribadah.



Alhamdulillah, untuk aktiviti harini, kami dijadualkan untuk menunaikan ibadah umrah yang ke-3. inshaallah harini ini kami akan bermiqat di Hudaibiyah.

Usai solat subuh berjemaah di Masjidil Haram dan bersarapan pagi. jemaah berkumpul untuk bergerak ketempat miqat. dan tempat ini juga mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. dimana antara sejarah yang terpenting juga apa yang berlaku di Hudaibiyah.

Hudaibiyah - sebuah tempat yang berlaku nya turning point bagi seluruh umat islam. disinilah berlakunya Perjanjian Hudaibiyah bersempena nama tempat tersebut. kalau tak silap aku, subjek ini ada dalam sukatan tingkatan 5. sebab - sebab berlakunya perjanjian dan apa kesan dan implikasi terhadap perjanjian ini. dan bagaimana perjanjian ini berlaku dan bagaimana ia memberi kesan kepada perkembangan ajaran islam.

Pada mulanya, Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar kepada "Perjanjian Hudaibiyah" untuk menuntut bela atas kematian Uthman. Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".






Alhamdulillah, sebelum masuk solat fardhu zohor, kami selesai semua rukun umrah. dan harini juga rezeki dapat solat zohor di dataran Kaabah. selalu kalau zohor, kebiasaannya kami akan bersolat di tingkat 1 disebabkan cuaca panas terik. tapi harini bersolat didataran pada waktu zohor. perghh dia punya panas. tetapi lantainya sikit pun tak panas. unik wei.

Umrah ini juga umrah yang terakhir bagi kami. sebab lusa kami dijadualkan untuk berakgat ke tanah air. Allahu, cepatnya masa berlalu.






to be continued . . . . .




p/s: malam lepak dengan ustaz sampai pukul 12. seronok bertul lepak dengan orang berilmu ini. dan rasa diri ni sangat kerdil dan jahil dengan ilmu-ilmu agama. tapi ustaz sempoi bak hang

Sunday, November 18, 2018

0 Day 7 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. hari ini aktiviti free and easy. harini jugak jemaah akan berpindah hotel yang lebih dekat. syok nyaa. dah tak payah risau kena tinggal dengan bas. hahahahha

Lepas subuh dan brekafast, dalam pukul 1100. semua jemaah diminta untuk kemas begasi dan berkumpul di lobi hotel. walaupun bas sampai agak lambat ketika itu. bas yang sampai pun bas inter city. bukannya bas ekspress. hadoi, memang kena pergi separuh - separuh laa cerita dia.

Urusan untuk cek in hotel baru selesai pukul agak lewat. balik dari solat zohor pun belum settle lagi. nak dekat dengan asar jugak lah baru settle. teerpaksa solat asar dihotel. memandangkan beg pun sampai lewat.



Hotel yang baru cek in ni pun tak kurang jauhnya. kira - kira 600m jugak dari Masjidil Haram. kalau nak ke masjid, syok laa sebab dia macam menuruni bukit. tapi kalau balik hotel, menapak jugak laa especially warga emas. kesian. anak muda pun kadang - kadang patah pinggang. tapi mereka ni kuat semangat tau. tiap kali balik je mesti selisih dengan depa. prinsip depa 'sayang laa nak tinggal solat fardhu, tak tau bila boleh sampai sini lagi'

Malam ini kami dah start cari port solat di dataran Kaabah. masyaallah, lain dia punya feel. dan malam ni jugak orang kurang sikit dari yang biasa. selalu penuh je sebelum azan fardhu. dapat solat di dataran ni memang kira rezeki lah. apatah lagi dapat solat di belakang makam nabi ismail. usai solat fardhu isyak, aku ajak madam untuk tawaf sunat. kami tukar strategi sikit malam ni. madam yang pimpin aku. hahahaha. bukan apa, supaya aku dapat membaca doa sambil diamin kan oleh madam. alhamdulillah, Allah swt memudahkan urusan tawaf kami. tawaf kami kali ini sangat dekat dengan Kaabah. masyaallah alhamdulillah allahuakhbar. seronok betul lah hati dan syukur kepada Nya. Allah bagi kami peluang untuk berdoa sambil memegang Kaabah. tanda syukur kepada Mu yaAllah. dan malam ni perasaan kasih dan sayang aku kepada madam makin bertambah. terima kasih yaAllah kerana hadirkan perasaan ini. malah semoga ia kekal sampai bila - bila.







to be continued . . . . .




p/s: love her until jannah

Saturday, November 17, 2018

0 Day 6 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. hari ke-6 untuk perjalanan kami. aktiviti harini ialah melawat sekitar kota Mekah.



Selesai solat subuh dan breakfast. bas tiba untuk bawa kami dalam lawatan ke sekitar tempat - tempat bersejarah dan penting disekitar kota Mekah. tempat kawatan kami yang pertama ialah Jabal Thur dan Jabal Nur.

Jabal Thur ni terkenal dengan kisah sejarah dimana Allah swt memerintahkan Rasullullah dan umat islam berhijrah ke Madinah. dan Jabal Thur ni mejadi saksi dimana peristiwa Rasullullah dan saidina Abu Bakar bersembunyi dari golongan Quraisy. disini kita dapat lihat bagaimana pengorbanan seorang sahabat demi mempertahankan Rasullullah dari dijumpai kaum Quraisy dan juga dari haiwan berbisa.

Jabal Nur merupakan bukit dimana peristiwa Rasullullah menerima wahyu pertama dari Allah swt dan terletaknya Gua Hira'. malah disini merupakan tempat baginda menyendiri sebelum menerima wahyu dari kejahilan penduduk kota Mekah ketika itu. kalau kita tengok struktur bukit ini. tinggi dan berbatu. sangat kagum bagaimana nabi boleh naik sehingga ke puncak. malah pintu Gua Hira'juga sangat sempit dan hanya muat untuk seorang. apa yang lebih istimewa, pintu gua ini betul - betul mengadap Kaabah dan kota Mekah. kiranya dari bukit ni kita akan nampak top view of Kota Mekah.





Seterusnya kami ke Padang Arafah dan Jabal Rahmah. selain musim haji. kawasan Arafah ni sunyi laa dari sebarang aktiviti. Padang Arafah merupakan rukun haji bagi mereka yang menunaikan haji. berada disini juga memberi peringatan kepada kita bagaimana keadaan Padang Masyar kelak.



Jabal Rahmah pula diyakini merupakan bukit dimana tempat bertemunya kembali Nabi Adam dan Siti Hawa setelah dipisahkan dan diturunkan dari Surga nya Allah. selain itu Jabal Rahmah juga merupakan salah satu bukit yang menjadi tempata diturunkannya wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW tatkala beliau melakukan wukuf. Wahyu tersebut termuat dalam QS Al-Maidah (5) : 3

” Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku ridhai Islam itu jadi agama bagimu.”

Kami sempat singgah dan turun disekitar Jabal Rahmah. tapi tiada antara jemaah kami yang naik kemuncak. maklum lah semua senior citizen. hihihi.

Kami seterusnya melawat ke Muzdalifah dan Mina. ini juga kawasan musim haji. tempat jemaah haji bermalam sebelum rukun melontar. jemaah malaysia antara jemaah haji yang paling hampir dengan tempat melontar.

Selesai lawatan. kami singgah ke Masjid Jaaranah. untuk miqat umrah ke-2. namun memandangkan dah ada  wudhuk masing - masing, just niat dalam bas. nak kejar solat zohor punya pasal. kami memilih untuk balik ke hotel dulu dan mengerjakan umrah sebelum asar.

Malam alhamdulillah dapat berjemaah di rootop dengan madam. inshaallah esok pindah hotel dengan lebih dekat dengan Masjidil Haram.







to be continued . . . . .





Friday, November 16, 2018

0 Day 5 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. sambungan dari post sebelum ni. alhamdulillah selesai semua rukun umrah lebih kurang jam 0330 pagi. maka berehat sekejap sambil minum air zam - zam free flow. saat ketika ini. masih tak nampak lagi bayang bini aku dekat area tempat sa'ie ni. kemana la pulak dia ni menghilang. sambil berejat sambil memerhati madam.




Jam menunjukkan dah dekat dengan waktu azan subuh. takpa lah tak jumpa sekarang ni pun. aku terus ke kawasan solat level 1 untuk menunggu azan subuh sambil mengerjakan beberapa solat sunat. time ni mata rabak gila. tuhan saja yang tahu. since aku tak biasa lagi, aku follow sorang pakcik dari jemaah aku. dia dah ada pengalaman datang buat umrah.

Selepas subuh, aku dah blur tak tahu nak tunggu kat mana bini aku. asal nya nak tunggu dekat pintu masuk mula - mula ustaz bawak jemaah tadi. uish, dekat 10 minit aku tunggu, macam takda harapan je. masalahnya pintu keluar masuk banyak kat sini. aku terus amik keputusan untuk tunggu dekat bus stop. sekurang - kurang nya mesti dia akan datang sini untuk balik ke hotel.

Aku tengok first trip jemaah dah naik bas dan balik. tapi takpa, aku tunggu lagi. ada sinar harapan dihujung terowong. dari jauh nampak kelibat bini aku sedang menolak wheelchair sambik sengih - sengih. (nampak laki dia laa tu. hahahaha) alhamdulillah, dah jumpa pun bini aku. kiranya dah 2 kali hilang bini ni. hahahaha

Balik hotel untuk breakfast dan rehat sekejap. memandangkan hari ni hari Jumaat, alhamdulillah dapat menunaikan solat jumaat di Masjidil Haram.










Wah, ramai sungguh waktu solat jumaat ni. usai solat jumaat. kami tak terus balik hotel. kami jalan - jalan sekitar kedai Masjidil Haram. sambil cari kedai gunting rambut. memandangkan semalam bertahallul dengan guntung 3helai rambut, harini kita kasi botak terus. rezeki selepas gunting rambut. dapat nasi arab dan shawarma orang sedekah. makan lah kami berdua di dataran Masjidil Haram. selepas solat asar baru kami pulang ke hotel. alhamdulillah.

Malamnya, aku ke masjid tanpa ditemanni madam. sakit kepala katanya. takpa, rehat dulu, kita banyak hari lagi dekat mekah. jaga kesihatan untuk ibadat - ibadat yang lain. aku follow sorang bro dari jemaah kami ni. mutawif TH. dia ajak solat dekat rooftop. wah, menarik. apa lagi. i follow je lah. sampai atas, pehh dia punya view. magnificient and awesome. balik terus share dengan madam dan i said to her, we should be there tomorrow.





to be continued . . . . .




p/s: dekat tv ada live Masjidil haram. buka sepanjang malam. hue hue hue
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates