Thursday, July 16, 2015

3 29th of Ramadhan

Assalamualaikum. dah 29 hari kita berpuasa. malam ini merupakan malam terakhir untuk ramadhan tahun ini. sungguh. bila habis terawikh, perasaan sayu itu hadir tanpa dijemput. sayu bila kita tahu 'tetamu' ini akan meninggalkan kita. panjang umur, bertemulah kita tahun hadapan. kalau tidak dipanjangkan umur, sudah pasti ini adalah yang terakhir buat kita kan.

Apa yang paling penting, istiqamah dengan apa yang ditarbiahkan oleh 'tetamu' kita disepanjang bulan mulia ini. titik tolak nya adalah bulan-bulan yang seterusnya. bagi mengekalkan momentum ibadah kita.

Kalau disemak semula setiap genap ibadah kita bulan ini. adakah kita berpuas hati dengan amalan yang telah dilakukan? justeru itu, harus berdoa pada Allah, agar Dia menerima segala amalan yang kita lakukan. ameen


Alhamdulillah, bagi pecutan yang terakhir ini, kami sempat bertarawikh di Masjid Wilayah Jln Duta. walaupun tiba agak lewat. namun sempat menghabiskan terawikh bersama imam. kemudiannya tidak lupa juga untuk menunaikan tanggungjawab sebagai suami: zakat fitrah untuk keluarga. alhamdulillah. syukur juga kerana Allah memberi kesihatan yang baik kepada madam. berupaya untuk bersama-sama bertarawikh. bukan kome tak tau, berperang dengan budak dalam tuu. boleh tahan aktif katanya. berombak perut. hahahah.

Inshaallah, tahun depan jumpa lagi ye 'tetamu'. harap dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta kelapangan masa untuk berjumpa semula dengan ramadhan.

Ameen.




3 comments:

ejasmi said...

Alhamdulillah ..

Kite posa penuh
nk duit raya!!!

haziq said...

kite pose penuh rilek ajee.hahahahaha

ejasmi said...

eeieieiieieieei ..awak x posa penuh, biar ibu sebat bontot tuh....
eleh

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates