Saturday, September 7, 2024

0 Jurulatih || Coach

 Assalamualaikum WBT

Posting ini untuk mereka yang baru belajar terutama kepada mereka yang baru nak bermula dalam bermain sukan termasuk lah untuk Adam dan Nuh


sumber google


Coach juga dikenali sebagai guru. tak kira la dia mengajar apa, sukan, industri, macam - macam lah. beliau tetap dipanggil guru.

Coach lebih sinonim dengan sukan. makna kata, setiap dari kita yang baru hendak bermula, kita wajid sekurang-kurangnya mempunyai coach. kalau dalam online atau amibil dari sumber internet, juga dikira coach. tapi lebih afdal laa kalau kita ada personal coach.

Coach lebih memahami selok belok dan keupayaan kita dalam sesuatu perkara. oh, Amir kau ada kelebihan diposisi ini. Mat, kau pula ada kelebihan dalam teknik ini.

Untuk coach mengenal pasti potensi ini, dia dah melalui pelbagai pengalaman untuk menjadikan dia harini ini.

Jangan sesekali kita mempersoalkan credibility coach itu sendiri "eh, betul ke coach ini ajar, macam tak sama je dalam internet"...eh jangan guys jangan.

Please Respect your Coach

Macam mana kau letih pun, macam mana kau penat pun, macam mana kau fed up dengan latihan coach bagi. jangan lah kau hilang respect pada coach. ini adalah perkara yang dilakukan oleh coach untuk mempersiapkan diri kau untuk menjadi atlit yang berjaya dan champion. kalau tidak berjaya pun, at least dia mampu mendidik kau jadi seorang individu yang berdisiplin dalam kehidupan kau.

Apatah lagi kau membentak-bentak depan coach. jangan sampai satu masa, coach kau dah tak heran dangan player macam kau. rugi ooo rugi.

Ingatlah kita semua, especially Adam Nuh, macam mana kau berjaya sekali pun, itu adalah hasil dari didikan, latihan serta doa dari seorang coach selain dari doa ibu bapa kita.

Once coach dah percaya dekat kau untuk berjaya, inshaallah, kamu pasti akan berjaya.

Train more, Trust the Process, Dream Big, Focus, Strong Mental/Emotion = road to Champion

Adam Nuh. You guys are next CHAMPIONS. ameen


sumber: Pinterest






p/s: "I'm tired....." said Adam

p/s/s: "You better not to do this attitude to me next time...." Coach Jon

p/s/s/s: coach Adam sangat garang. thanks coach

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates