Saturday, May 14, 2022

0 Kuala Perlis

Assalamualaikum WBT

Hujung minggu tempoh hari, kami merancang untuk berjalan-jalan sambil bercuti. namun destinasi masih lagi samar-samar.

Aku terfikir, macam mana kalau aku bawak keluarga aku ke Perlis? memandangkan mereka masih belum pernah menjejakkan kaki disana. Madam pun sudah lama merancang untuk kesana. namu faktor masa membataskan perjalanan kami.

Okay. boleh. driver sentiasa on je. terus bersiap-siap dan gerak ke sana. perjalanan memakan masa selama 6 jam termasuk beberapa kali berhenti rehat dan solat.

wajib singgah - Masjid Kuala Perlis


To be specific, kali ini aku membawa mereka merasai Ikan Bakar sebenar di Kuala Perlis. memandangkan aku pernah kerja dan tinggal beberapa hari di Kuala Perlis dulu, ada laa beberapa port yang harus aku repeat.

Namun hampa, kedai akak tu rasanya sudah tutup. kawasan food court tepi pantai pun agak penuh. mungkin akak tu sudah berpindah kedai.

Penantian berbaloi. Kami jumpa Kedai Dhiya Ikan Bakar. harga berpatutan, seafood segar dan kawasan yang luas. untuk mereka yang bawa keluarga atau group yang besar. sangat berbaloi.

Madam puas hati. erti sebenar ikan bakar. anak-anak mengerti rasa ikan segar yang sebenar. asyik duk cari ayam saja. rugi lah kalau datang sini tak try makan ikan bakar.

Inshaallah next time kita repeat lagi ikan bakar.

Oh ya, kami tak tidur Kuala Perlis pun. kami singgah Sg.Petani dan tidur rumah PakUde. terima kasih bagi servis terbaik.


we're here


 

Sunday, May 1, 2022

0 Selamat Hari Raya - Terkejut

Assalamualaikum WBT

Selamat Hari Raya Semua Muslimin dan Muslimat.Maaf Zahir dan Batin. sekiranya ada tersalah menaip dan terkasar bahasa ketika menulis (walau sorang je pembaca setia - Madam. hahahaha).

Tahun ini kita digemparkan dengan raya sehari awal dari tarikh dalam kalender. kami laa tu antara orang yang terlibat dengan 'kejutan' ini. apa tidaknya. malam raya pun masih lagi mengecat rumah Gerik. ateee. malam tu hampir tidur pukul 3 pagi. sudahnya nasib tak terlepas solat raya.

Nasib baik juga abah Jasmi cekap dalam menyediakan segala bahan-bahan untuk masakan dipagi raya. seluruh genap kampung dia cari bahan. jumpa pulak tuu. hebakk!




mercun dass

selamat hari raya dari KAMI

 

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates