Wednesday, September 30, 2015

2 [Part 2] - Road to Junior

Assalamualaikum. kisah yang bakal dikongsi ini mungkin sedikit syok sendiri untuk para pembaca. ini kerana penulis mungkin akan terlebih memuji character dalam kisah ini. namun, niat sebenar penulis tidak lain selain hanya ingin berkongsi sedikit kisah yang dialami oleh penulis itu sendiri. "ëkeleh, macam bagus je bini kau kan?" eish, bukan macam tu. aku percaya, setiap daripada ibu mengandung, pasti akan mengalami pengalaman yang berbeza. jadi maksudnya disini, kau nak berkongsi cerita dan pengalaman aku je. hahaha.


Tanggal 18 September 2015, Jumaat barakah, dengan rahmat mu yaAllah. segala puji dan syukur kami panjatkan kepadaMu. kami memilih Hospital Selayang sebagai tempat madam bersalin. seorang putra kami selamat dilahirkan dengan berat 4.1kg. wah, semangat sungguh beliau. segala dugaan dan cabaran terbalas dengan seketul putra ini. putera kami genap usia 40 minggu 10 hari. dia keluar tepat pada due date nya. good boy!




Terlalu banyak dugaan yang dihadapi madam. segala kepayahan dan kesusahan turut dirasai aku. yaAllah, bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. sekarang baru kau tau betapa besar pengorbanan seorang yang bernama ibu/mak/ummi. mana mungkin kau sanggup buang mereka pabila mereka sudah tua. mana mungkin kau sangguh derhaka dan melawan cakap mereka. kalau laa kau dapat rasai kepayahan mereka. aku pasti kau juga menatang ibu kau bagai minyak yang penuh,

Biarlah madam, aku , family dan Allah saja yang tahu saat-saat yang dihadapi oleh madam. kesakitan melebihi 12jam sesuatu yang sangat sukar untuk dibayang apatah lagi untuk mengharunginya. namun alhamdulillah, dengan izin Allah, segalanya selamat akhirnya.

Semoga menjadi anak yang soleh. menjadi hamba yang sujud kepada Allah. taat kepada kedua ibu bapa dan keluarga. serta berbakti kepada masyarakat. make us proud son . madam berpantang dengan baik disana oke. love you







p/s: pemgorbanan ibu sememangnya tiada tolak banding

p/s/s: madam, seketul tu dah minum susu belom?hihi

p/s/s/s: madam baca laa sambil2 berpantang tuu.hihihi

p/s/s/s/s: dulu berdua sekarang bertiga esok berempat pulak.jajajaja


2 comments:

@isHaH@but@lib said...

Letak la Road to Haziq Jr.

eheh. Tahniah alhamdulillah sehat semangat sume ada.

Semoga jadi parents yg awesome utk anak kome.

:D

p/s:- nak gambo Haziq Jr plis

haziq said...

sorry laa yer. baby juga berpantang katanya. hahahah

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates