Wednesday, November 21, 2018

0 Day 10 & 11 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. harini hari terakhir kami dibumi Mekah. pukul 3 pagi dah siap untuk ke masjid. semangat sampai awal dan buat seberapa banyak solat sunat. dapat pulak solat di dataran Kaabah. syukur alhamdulillah.

Usai solat subuh, kami tak terus balik hotel. memandangkan hari terakhir, kami cari sedikit buah tangan untuk orang malaysia. wah orang malaysia gituuu. hahahah. shopping for last lap sebab lepas tawaf wida' kita tak dibenarkan untuk shopping lagi. nak amik gambar pun tak boleh. bagi menghormati tawaf wida'. tawaf wida' ni simbolik kepada tawaf selamt tinggal dan diharuskan meniggalkan tanah haram secepat mungkin.







Sebelum ke masjid untuk solat zohor, jemaah semua telah bersedia dengan bagasi masing - masing dan berkumpul di lobi hotel. selepas solat zohor, kami lakukan tawaf wida'. masa ni yaAllah panas dia. berpeluh seluruh anggota wei. sumpah tak tipu. pada mulanya. memandangkan cuaca panas, kami tawaf ditingkat 1. wah, mula - mula okay laa sebab sejuk. masuk 2nd round, baru rasa jauh dia amat. terus turun balik tawaf di dataran Kaabah.

Bas kami tiba tepat jam 1700 bas kami sampai. selesai angkat bagasi, terus bergerak ke airport Jeddah. selesai check in luggage, dapat air zam - zam 5lter sorang. alhamdulillah segala urusan imigresen berjalan lancar.

Flight boarding pukul 0100 pagi. alhamdulilah rezeki jemaah. ada 2 kumpulan jemaah je dalam flight balik KL ni. haaa, amik kesempatan boleh pindah seat lain. hahaha. kami pilih seat paling depan dekat pintu Airbus. ada ruang depan yang luas. sedap selesa sebab luas. tapi sejuk pulak duduk dekat pintu ni. frozen kaki. 

Saat ketika ini. perasaan mula rindu. rindu moment - moment dekat Madinah dan Mekah. pada masa yang sama, sangat - sangat rindu dekat adam dan nuh. syukur yaAllah kerana menjemput kami ke rumah mu yaAllah. pengalaman ini sangat berharga buat kami. terima kasih juga kepada madam sebab banyak membantu dan mencari peluang ini kepada kita.

Umrah series Done . . . . .





p/s: thanks madam for everything. i love you

p/s/s: untuk sahabat - sahabat, pasang laa impian untuk buat umrah diusia muda. serius seronok. dengan tenaga dan kuderat yang ada. inshaallah dapat membantu jemaah yang lain. amal ibadat pun inshaallah dapat dilakukan dengan sempurna. tahan dulu nafsu nak travel tempat lain.

p/s/s/s: boleh roger aku kalau nak tahu details dan harga umrah ni. kami berdaftar dengan KRS Travel.

Tuesday, November 20, 2018

0 Day 9 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. alhamdulillah, harini jemaah ada sedikit kelapangan waktu. makna kata acara bebas dan beribadat. siapa nak beriktikaf sampai malam, dipersilakan. siapa nak window shopping pun dipersilakan juga. tapi muttawif kami ajak ziarah dalam, yakni sekitar Masjidil Haram.

Selesai breakfast, ustaz bersama beberapa jemaah ready untuk ziarah dalam. antara tempat - tempat yang akan dituju seperti tapak rumah asal Rasullullah, tapak rumah Abu Bakar, dan juga beberapa tempat bersejarah disekitar Masjidil Haram.

Boleh tahan berjalan jugak laa sekitar Masjid ni. namun ini semua sejarah - sejarah yang tinggal. apa yang kita boleh tengok hanyalah tinggalan tapak - tapak rumah. digantikan dengan bangunan baru untuk memperbesankan kawasan Masjidil Haram. apa yang kita perhatikan, tapak - tapak rumah Rasulullah dan para sahabat betul - betul mengelilingi Masjidil Haram. termasuklah rumah Abu Jahal. namun tapak rumah Abu Jahal ini sudah digantikan dengan toilet muslimin dan muslimat.











Malam ni malam terakhir kami dibumi Mekah. memang malam ni kami balik lewat dan amik masa yang lama duduk dekat masjid. tak tahu laa, perasaan sayang nak tinggal bumi barakah ni. wei, sayu dia lain macam dengar azan magrib dan isyak yang terakhir malam ni. balik hotel kemas barang supaya esok tak kelam kabut nak turunkan barang.




to be continued . . . . .


p/s: we already miss the moment we are here. baik ibadah mahupun relationship. hihihi

Monday, November 19, 2018

0 Day 8 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. hari ini hari ke-8 untuk perjalanan kami. alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan dan kesihatan kepada kami untuk terus berpeluang untuk menunaikan ibadah umrah ini. segala nikmat darinya alhamdulillah. masih berbaki beberapa hari lagi untuk kami berada disini, dengan harapan dapat memberi sepenuh hati dan perasaan dan juga peluang yang ada untuk kekal fokus dalam beribadah.



Alhamdulillah, untuk aktiviti harini, kami dijadualkan untuk menunaikan ibadah umrah yang ke-3. inshaallah harini ini kami akan bermiqat di Hudaibiyah.

Usai solat subuh berjemaah di Masjidil Haram dan bersarapan pagi. jemaah berkumpul untuk bergerak ketempat miqat. dan tempat ini juga mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. dimana antara sejarah yang terpenting juga apa yang berlaku di Hudaibiyah.

Hudaibiyah - sebuah tempat yang berlaku nya turning point bagi seluruh umat islam. disinilah berlakunya Perjanjian Hudaibiyah bersempena nama tempat tersebut. kalau tak silap aku, subjek ini ada dalam sukatan tingkatan 5. sebab - sebab berlakunya perjanjian dan apa kesan dan implikasi terhadap perjanjian ini. dan bagaimana perjanjian ini berlaku dan bagaimana ia memberi kesan kepada perkembangan ajaran islam.

Pada mulanya, Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar kepada "Perjanjian Hudaibiyah" untuk menuntut bela atas kematian Uthman. Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".






Alhamdulillah, sebelum masuk solat fardhu zohor, kami selesai semua rukun umrah. dan harini juga rezeki dapat solat zohor di dataran Kaabah. selalu kalau zohor, kebiasaannya kami akan bersolat di tingkat 1 disebabkan cuaca panas terik. tapi harini bersolat didataran pada waktu zohor. perghh dia punya panas. tetapi lantainya sikit pun tak panas. unik wei.

Umrah ini juga umrah yang terakhir bagi kami. sebab lusa kami dijadualkan untuk berakgat ke tanah air. Allahu, cepatnya masa berlalu.






to be continued . . . . .




p/s: malam lepak dengan ustaz sampai pukul 12. seronok bertul lepak dengan orang berilmu ini. dan rasa diri ni sangat kerdil dan jahil dengan ilmu-ilmu agama. tapi ustaz sempoi bak hang

Sunday, November 18, 2018

0 Day 7 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. hari ini aktiviti free and easy. harini jugak jemaah akan berpindah hotel yang lebih dekat. syok nyaa. dah tak payah risau kena tinggal dengan bas. hahahahha

Lepas subuh dan brekafast, dalam pukul 1100. semua jemaah diminta untuk kemas begasi dan berkumpul di lobi hotel. walaupun bas sampai agak lambat ketika itu. bas yang sampai pun bas inter city. bukannya bas ekspress. hadoi, memang kena pergi separuh - separuh laa cerita dia.

Urusan untuk cek in hotel baru selesai pukul agak lewat. balik dari solat zohor pun belum settle lagi. nak dekat dengan asar jugak lah baru settle. teerpaksa solat asar dihotel. memandangkan beg pun sampai lewat.



Hotel yang baru cek in ni pun tak kurang jauhnya. kira - kira 600m jugak dari Masjidil Haram. kalau nak ke masjid, syok laa sebab dia macam menuruni bukit. tapi kalau balik hotel, menapak jugak laa especially warga emas. kesian. anak muda pun kadang - kadang patah pinggang. tapi mereka ni kuat semangat tau. tiap kali balik je mesti selisih dengan depa. prinsip depa 'sayang laa nak tinggal solat fardhu, tak tau bila boleh sampai sini lagi'

Malam ini kami dah start cari port solat di dataran Kaabah. masyaallah, lain dia punya feel. dan malam ni jugak orang kurang sikit dari yang biasa. selalu penuh je sebelum azan fardhu. dapat solat di dataran ni memang kira rezeki lah. apatah lagi dapat solat di belakang makam nabi ismail. usai solat fardhu isyak, aku ajak madam untuk tawaf sunat. kami tukar strategi sikit malam ni. madam yang pimpin aku. hahahaha. bukan apa, supaya aku dapat membaca doa sambil diamin kan oleh madam. alhamdulillah, Allah swt memudahkan urusan tawaf kami. tawaf kami kali ini sangat dekat dengan Kaabah. masyaallah alhamdulillah allahuakhbar. seronok betul lah hati dan syukur kepada Nya. Allah bagi kami peluang untuk berdoa sambil memegang Kaabah. tanda syukur kepada Mu yaAllah. dan malam ni perasaan kasih dan sayang aku kepada madam makin bertambah. terima kasih yaAllah kerana hadirkan perasaan ini. malah semoga ia kekal sampai bila - bila.







to be continued . . . . .




p/s: love her until jannah

Saturday, November 17, 2018

0 Day 6 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. hari ke-6 untuk perjalanan kami. aktiviti harini ialah melawat sekitar kota Mekah.



Selesai solat subuh dan breakfast. bas tiba untuk bawa kami dalam lawatan ke sekitar tempat - tempat bersejarah dan penting disekitar kota Mekah. tempat kawatan kami yang pertama ialah Jabal Thur dan Jabal Nur.

Jabal Thur ni terkenal dengan kisah sejarah dimana Allah swt memerintahkan Rasullullah dan umat islam berhijrah ke Madinah. dan Jabal Thur ni mejadi saksi dimana peristiwa Rasullullah dan saidina Abu Bakar bersembunyi dari golongan Quraisy. disini kita dapat lihat bagaimana pengorbanan seorang sahabat demi mempertahankan Rasullullah dari dijumpai kaum Quraisy dan juga dari haiwan berbisa.

Jabal Nur merupakan bukit dimana peristiwa Rasullullah menerima wahyu pertama dari Allah swt dan terletaknya Gua Hira'. malah disini merupakan tempat baginda menyendiri sebelum menerima wahyu dari kejahilan penduduk kota Mekah ketika itu. kalau kita tengok struktur bukit ini. tinggi dan berbatu. sangat kagum bagaimana nabi boleh naik sehingga ke puncak. malah pintu Gua Hira'juga sangat sempit dan hanya muat untuk seorang. apa yang lebih istimewa, pintu gua ini betul - betul mengadap Kaabah dan kota Mekah. kiranya dari bukit ni kita akan nampak top view of Kota Mekah.





Seterusnya kami ke Padang Arafah dan Jabal Rahmah. selain musim haji. kawasan Arafah ni sunyi laa dari sebarang aktiviti. Padang Arafah merupakan rukun haji bagi mereka yang menunaikan haji. berada disini juga memberi peringatan kepada kita bagaimana keadaan Padang Masyar kelak.



Jabal Rahmah pula diyakini merupakan bukit dimana tempat bertemunya kembali Nabi Adam dan Siti Hawa setelah dipisahkan dan diturunkan dari Surga nya Allah. selain itu Jabal Rahmah juga merupakan salah satu bukit yang menjadi tempata diturunkannya wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW tatkala beliau melakukan wukuf. Wahyu tersebut termuat dalam QS Al-Maidah (5) : 3

” Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku ridhai Islam itu jadi agama bagimu.”

Kami sempat singgah dan turun disekitar Jabal Rahmah. tapi tiada antara jemaah kami yang naik kemuncak. maklum lah semua senior citizen. hihihi.

Kami seterusnya melawat ke Muzdalifah dan Mina. ini juga kawasan musim haji. tempat jemaah haji bermalam sebelum rukun melontar. jemaah malaysia antara jemaah haji yang paling hampir dengan tempat melontar.

Selesai lawatan. kami singgah ke Masjid Jaaranah. untuk miqat umrah ke-2. namun memandangkan dah ada  wudhuk masing - masing, just niat dalam bas. nak kejar solat zohor punya pasal. kami memilih untuk balik ke hotel dulu dan mengerjakan umrah sebelum asar.

Malam alhamdulillah dapat berjemaah di rootop dengan madam. inshaallah esok pindah hotel dengan lebih dekat dengan Masjidil Haram.







to be continued . . . . .





Friday, November 16, 2018

0 Day 5 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. sambungan dari post sebelum ni. alhamdulillah selesai semua rukun umrah lebih kurang jam 0330 pagi. maka berehat sekejap sambil minum air zam - zam free flow. saat ketika ini. masih tak nampak lagi bayang bini aku dekat area tempat sa'ie ni. kemana la pulak dia ni menghilang. sambil berejat sambil memerhati madam.




Jam menunjukkan dah dekat dengan waktu azan subuh. takpa lah tak jumpa sekarang ni pun. aku terus ke kawasan solat level 1 untuk menunggu azan subuh sambil mengerjakan beberapa solat sunat. time ni mata rabak gila. tuhan saja yang tahu. since aku tak biasa lagi, aku follow sorang pakcik dari jemaah aku. dia dah ada pengalaman datang buat umrah.

Selepas subuh, aku dah blur tak tahu nak tunggu kat mana bini aku. asal nya nak tunggu dekat pintu masuk mula - mula ustaz bawak jemaah tadi. uish, dekat 10 minit aku tunggu, macam takda harapan je. masalahnya pintu keluar masuk banyak kat sini. aku terus amik keputusan untuk tunggu dekat bus stop. sekurang - kurang nya mesti dia akan datang sini untuk balik ke hotel.

Aku tengok first trip jemaah dah naik bas dan balik. tapi takpa, aku tunggu lagi. ada sinar harapan dihujung terowong. dari jauh nampak kelibat bini aku sedang menolak wheelchair sambik sengih - sengih. (nampak laki dia laa tu. hahahaha) alhamdulillah, dah jumpa pun bini aku. kiranya dah 2 kali hilang bini ni. hahahaha

Balik hotel untuk breakfast dan rehat sekejap. memandangkan hari ni hari Jumaat, alhamdulillah dapat menunaikan solat jumaat di Masjidil Haram.










Wah, ramai sungguh waktu solat jumaat ni. usai solat jumaat. kami tak terus balik hotel. kami jalan - jalan sekitar kedai Masjidil Haram. sambil cari kedai gunting rambut. memandangkan semalam bertahallul dengan guntung 3helai rambut, harini kita kasi botak terus. rezeki selepas gunting rambut. dapat nasi arab dan shawarma orang sedekah. makan lah kami berdua di dataran Masjidil Haram. selepas solat asar baru kami pulang ke hotel. alhamdulillah.

Malamnya, aku ke masjid tanpa ditemanni madam. sakit kepala katanya. takpa, rehat dulu, kita banyak hari lagi dekat mekah. jaga kesihatan untuk ibadat - ibadat yang lain. aku follow sorang bro dari jemaah kami ni. mutawif TH. dia ajak solat dekat rooftop. wah, menarik. apa lagi. i follow je lah. sampai atas, pehh dia punya view. magnificient and awesome. balik terus share dengan madam dan i said to her, we should be there tomorrow.





to be continued . . . . .




p/s: dekat tv ada live Masjidil haram. buka sepanjang malam. hue hue hue

Thursday, November 15, 2018

0 Day 4 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. hari ini hari terakhir kami berada dibumi Madinah. selesai solat subuh. bersama madam ziarah sekitar perkarangan Masjid Nabawi. since semalam jemaah lelaki bersama ustaz je yang ziarah luar. maka lepas subuh hari terakhir ni aku bawa pulak madam ziarah disekitar kawasan masjid ni. ziarah makam nabi buat kali terakhir. serius sedih dan sayu. aku tak reti nak erita macam mana perasaan nya. memang dia datang sendiri rasa sedih dan hiba sebab kita rasa kita akan tinggal kan bumi barakah ni. lagi - lagi meninggalkan tempat suci rasul kita ni. hurm






Selesai ziarah sekitar jam 0900 pagi, kami singgah kedai untuk shopping untuk yang terakhir. breakfast shawarma adalah harus bagi kami. hahaha

Sekitar jam 1100 pagi, siap kemas semua barang untuk diturunkan di lobi. seterusnya ustaz membawa jemaah kami untuk ziarah selamat tinggal. memandangkan kami dah selesai ziarah makan pagi tadi. jemaah berdoa beramai - ramai semoga ibadat diterima dan diberi rezeki lagi untuk menziarah bumi mulia ini.







Tepat jam 1600, bas bertolak untuk masuk ke Mekah. tika ini, jemaah sudah berpakaian ihram. kerana kami akan singgah di Masjid Bir Ali untuk miqat umrah. selesai bermiqat, kami terus bertolak ke Mekah. perjalanan dari Madinah ke Mekah kami ini lebih kurang 6 jam.

Alhamdulillah. tepat jam 0000 tengah malam, kami tiba di Aziziyah. kenapa Aziziyah? kerana jemaah kami diberi peluang untuk merasai pengalaman jemaah haji sekiranya mereka menunaikan haji bermasa agensi KRS. Aziziyah ni kalau jarak nya dari Masjidil Haram, lebih kurang 8km. which is kami disediakan bas tiap kali waktu fardhu untuk kesana. namun, jika musim haji, aziziyah ni dekat dengan kawasan melontar dan Mina. Selesai check in di hotel Aziziyah, kami terus ke Masjidil Haram untuk melakukan umrah wajib.

For the first time we are here and watched Kaabah in front of us with this eyes. subhanallah,  pandang dengan penuh rasa hina pada diri ini. malu nak angkat muka. sepanjang tawaf 7 kali, kami rasa sangat - sangat hiba dan tak tahu bila air mata ni jatuh dan bergenang sepanjang tawaf. allahu. syukur yaallah kerana beri peluang dan jemput kami ke sini.

Selesai tawaf, terus ke rukun seterusnya iaitu sa'ie. 7 kali sa'ie pada awalnya agak meletihkan. namun gagahkan diri untuk habiskan jugak. orang berkerusi roda pun mampu, macik - macik bertongkat pun mampu. takkan kau yang muda sihat walaafiat pun tak mampu kan. alhamdulillah.

Ketika ini, jemaah semua dah berpecah mengikut pace masing - masing. termasuk lah madam. madam lagi laa pulak, sa'ie sambil pimpin tangan macik bertongkat. memang cabaran untuk dia. tapi inshaallaj, semoga mendapat ganjaran oleh Nya.

Habis, jumpa tak bini tu bang dh berpecah tu?? hahahaha. nanti akan sambung ye


to be contined . . . . .




p/s: macam mana rasa tgk Kaabah? Allahu, rasa sayu dan hiba menguasai segalanya

p/s/s: kami doakan semua akan dijemput untuk ke sini. ameen

Wednesday, November 14, 2018

0 Day 3 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. hari ke dua di Madinah. subuh pagi ini jam 0515. namun seawal jam 0430 kebanyakkan jemaah sudah pun siap sedia untuk bergerak ke masjid. wah awal betul. dan aku yang terakhir untuk bersiap. wah, awal betul jemaah bilik aku ni siap. untuk makluman, bilik yang aku duduk ni adalah berlima. satu bilik menempatkan 5 jemaah. boleh tahan laa memandangkan bilik hotel ni sekadar tempat untuk kita tidur dan mandi. selain dari itu, jemaah kebanyakkannya tiada di bilik.

Bangun dan cepat - cepat untuk bersiap. dan baru sempat check handphone. baru dapat berita madam yang 'hilang'semalam. hahahaha. rupanya pergi raudah. biasalah, lost contact memandangkan masing - masing tak beli simkad disana. but it's okay je.

Aktiviti untuk harini ialah ziarah luar. makna kata ziarah disekitar kawasan Madinah. sambil - sambil ziarah kami juga sempat menambah ilmu mengenai sirah - sirah nabi yang berkaitan dengan peristiwa - peristiwa yang berlaku disekitar bandar Madinah ini.

Antara tempat - tempat yang sempat kami kunjungi seperti Masjid Quba', Jabal Uhud dan Makam para Penghulu Syuhada', medan peperangan Khandaq dan tak lupa juga Pasar Kurma.









Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganajarannya adalah satu pahala umrah.

Masjid Quba’ dibina pada tahun 1 Hijrah atau 622 Masihi. Ia terletak di sebelah tenggara kota Madinah dan hanya kira-kira lima kilometer dari Masjid Nabawi. Ia menjadi lokasi pertama dalam setiap ziarah luar di kalangan jemaah haji dan umrah.





Jabal Uhud ni sangat dikenali dengan Perang Uhud, yang berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb. sahabat - sahabat boleh dengar ceramah atau baca artikel - artikel untuk lebih details.





Alhamdulillah. setelah selesai ziarah luar di Madinah. jemaah masing - masing melakukan acara bebas dan beribadat. kami sempat mengabil masa antara solat fardhu untuk jalan - jalan sekitar perkarangan masjid nabawi dan tempat shopping sekitar bandar Madinah.

Alhamdulillah. tamat untuk hari ketiga. to be continued . . . . .





p/s: hujan rahmat turun di bumi Madinah sewaktu kami ziarah Jabal Uhud.










Tuesday, November 13, 2018

0 Day 2 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. untuk hari ke 2, kami tiba dibumi Madinah tepat jam 0900. suasana nyaman dan sejuk menyelubungi bumi Madinah. suhu sekitar 23'C dapat kami rasakan. segalanya indah dan tenteram.




Alhamdulillah. siapa sangka, kami sekarang berada dibumi Madinah. toleh ke kanan. dari kejauhan sudah nampak masjid nabawi. masjid rasullallah saw. subhanallah. sangat indah. tapi kami sabar je dulu. biar settle kan urusan check in hotel dan breakfast. then kita masuk masjid nabawi.

Hotel di Madinah yang kami check in sangat dekat dengan masjid. diakui ada lagi hotel yang lebih dekat. tapi bagi kami yang masih muda, jarak sekitar dalam 250m dari hotel ke masjid boleh dikira dekat. sesudah breakfast roti dan telur, kami terus ambil kunci untuk kemas barang - barang - (breakfast pun berebut dengan jemaah indonesia. hahah).





Siap check in, siap - siap terus berjalan ke masjid nabawi. allahu, sampai saja di perkarangan masjid, satu perasaan datang dalam diri. perasaan syukur dan sayu sebab tak sangka dapat jejak kaki disini. tanpa lengah, mintak madam tunggu sekejap kat luar, biar saya masuk untuk solat dhuha dan tahhiyatul masjid dulu. tergamam tengok keindahan dalam masjid ni. saya terus menuju paling hadapan masjid. wow, macam ni keadaan orang nak tunggu masuk raudah. masyaallah, ramai sungguh orang tunggu que untuk masuk. dalam hati, aku mesti sekurang - kurang nya solat dalam raudah ni. tapi bukan sekarang, sebab madam tengah tunggu kat luar. Kemudian bagi peluang madam pulak untuk settle kn solat dhuha dan tahhiyatul masjid. (keluar masjid terus slipar kena rembat)

Tepat jam 1100, sejam sebelum masuk waktu solat zohor, Alhamdulillah, dengan izin Allah aku berkesempatan untuk duduk diraudah.alhamdulillah sempat solat sunat dan fardhu zohor. perasaan dia time tu? datang perasaan sayu dan sedih sebab diri kita yang banyak dosa ni, allah masih beri peluang untuk solat di raudah. Allahu.

Raudah ni ialah kawasan dimana antara rumah nabi dan mimbar nabi. ini dinamakan raudah, antara taman - taman syurga. dan didalam kawasan raudah ni. ada hadis nabi menyatakan ada satu tempat/spot dimana bila berdoa, dia tiada hijab. terus sampai pada allah. dan hadis tu sampai situ sahaja. para sahabat tertanya - tanya dimana spot tu? lalu ditanya pada Aisyah. Aisyah pun tak jawab persoalan sahabat. namun, sahabat beranggapan bahawa ada satu spot dimana Aisyah selalu duduk untuk beribadat dan beriktikaf. itu yang dinamakan Tiang Aisyah. salah satu tiang didalam raudah.






Pada sebelah petang pula. jemaah dibawa untuk ziarah luar masjid nabawi. disamping ziarah, banyak kisah - kisah sirah nabawi yang sempat ustaz kongsikan. antaranya tempat berkumpul kaum ansar dan khawarij bermesyuarat untuk memilih pemimpin mereka setelah rasulullah saw wafat. sekitar masjid nabi juga terdapat masjid abu bakar. yang mana reka bentuk nya seolah - olah beralun seperti awan kejadian ini bersempena awan yang memayungi rasulullah ketika solat ditempat berkenaan. selain itu, kami ditunjukkan 2 pintu masjid yang tak akan pernah ditutup yakni Bab Assalam dan Pintu abu bakar. selesai ziarah, kami terus sambung untuk solat magrib dan isya'.

Pada sebelah malam pula, para jemaah muslimat pula dibawa ziarah raudah. untuk pengetahuan semua, untuk muslimat. dia ada waktu - waktu tertentu. berbeza dengan muslimin.






Alhamdulillah. tamat untuk hari kedua. to be continued . . . . .




p/s: malam ni ak hilang bini oii. tunggu punya tunggu. rupanya dia bawak macik - macik sesama jemaah p raudah.

Monday, November 12, 2018

0 Day 1 - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. today is the day. flight kami 12 Nov 2018 jam 1815. dan peserta umarah dikhendaki berada di airport 4 jam sebelum. which is pukul 1400. flight dari KL - Jeddah. mengambil masa perjalanan 9 jam. flight dijadual sampai pukul 2150 waktu tempatan.

Untuk ke airport, kami menggunakan public transport. dari station LRT W.maju ke KL Sentral. kemudian kami menaiki bas airport untuk ke KLIA. tambang baru RM12/pax. saving sikit disini. hahaha. perjalanan dari KL Sentral ke KLIA mengaambil masa selama 45minit - 1jam. kami memilih untuk menggunakan public transport kerana mudah, jimat dan ingin mengelakkan kejadian tumpahnya air mata di airport. kikiki.




Flight MH8014 airbus A380 2 tingkat special chartered untuk hajo dan umrah. serius exclusive. makanan pun sedap. 2x meal sepanjang perjalanan. dalam flight ni, bermacam - macam agensi dan travel agent ada dari serata malaysia. antara yang terkenal - andalusia, rayha dan agensi kami KRS.

Sebelum cek in gate for boarding. kami diberi taklimat ringkas oleh ustaz bertugas. serba sedikit tatacara dan perjalanan yang bakal ditempuhi. ustaz berpesan "niatkan dalam hati, banyak kan berdoa. ini adalah perjalanan yang mulia. bermusafir menuju rumah allah ditanah Haram".

Taklimat Hj Hisham kepada para jemaah


Oleh kerana perjalanan kami memasuki Madinah dulu. kami tak perlu untuk memakai ihram semasa di airport. tetapi kepada sesiapa yang memasuki Mekah dulu. maka mereka memakai ihram lebih awal dan berniat ihram semasa didalam flight. captain akan membuat pengumuman untuk mereka berniat ihram apabila melintasi kawasan miqat.

Kami selamat sampai airport Jeddah tepat jam 2200 waktu tempatan. proses imigresen dan luggage claim mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. which is faster than our expectation. sebab apa? melalui perkongsian meraka yang berpengalaman, urusan dekat imigresen di airport Jeddah sangat rumit dan leceh. kadang - kadang mengambil masa 3-5jam untuk settle. alhamdulillah, allah memudahkan urusan jemaah KRS disini.

Di airport Jeddah. kami disambut oleh pengawai KRS yang sedia menanti disini. Ust Khairullah. ustaz ni nanti aku cerita details macam mana kami sangat attach dengan beliau. hahaha. settle urusan bagasi dan bas. kami terus bertolak ke Madinah. perjalanan ini mengambil masa selama 8 jam. sambung tidur untuk adjust time disini pula.

Alhamdulillah. tamat untuk hari pertama. to be continued . . . . .

Saturday, November 10, 2018

0 Pre - Madinah & Mekah

Assalamualaikum wbt. yang pertama sekali kami mengucapkan syukur ke hadrat Illahi. kerana telah menjemput kami ke bumi Madinah dan Mekah. semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan selamat perjalanan pergi dan balik.




Perasaan? Masya-allah, it's mix feeling. macam - macam persoalan bermain difikiran. dan bila kau start baca orang berogsi pengalaman, lagi laa kau tak keruan. boleh ke aku lalui nya nanti. dan paling difikirkan. nak kena tinggal anak - anak ni. personally, aku tak pernah tinggal budak - budak selama ni. apekebendaaa.

Persiapan? tak banyak. cuma banyak dapat nasihat dari parents dan banyak membaca dari perkongsian pengalaman orang ramai. tak lupa juga attend krusus umrah dan haji yang disediakan oleh pihak Tabung Haji. yang ni siaapa - siapa pun boleh attend. kami attend dekat surau menara TH. seronok jugak dengar perkongsian dari ustaz - ustaz dekat sini.

Agensi? KRS. HQ di Senawang N. Sembilan. namun kami berurusan di branch mereka di Ampang. dan untuk makluman kami suami isteri dah berdaftar secara sah untuk menjadi Ketua Jemaah (KJ). inshaallah lepas ni sebarang urusan dan pertanyaan mengenai pakej haji dan umrah, boleh berurusan dengan kami.

Friday, February 9, 2018

0 Mirage: 2013 - 2018 Part 3 (Last)

Assalamualaikum. pertama tama sekali. kami sangat bersyukur kepada Allah SWT. dengan kuasa dan perlingdungan Nya. kami masih disini dan masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan dimuka bumi ini. apa yang bakal aku kongsi kan ini adalah macam mana pengalaman kami terlibat dengan kemalangan tempoh hari. yang baik boleh dijadikan panduan manakala yang buruk boleh dijauhkan ye.

Bismillah.




190118 - Pada malam tu, semuanya settle tepat pukul 1230 tengah malam. terima kasih diucapkan kepada Abang Jamil dan Kak Eda. keluarga belah ummi yang turun dari Ipoh bagi memberi bantuan kepada kami. terima kasih sebab bagi tumpang bermalam di Ipoh. Maaf susahkan Abang Yus dan Kak Era dan Mak Abah yang kena datang Ipoh dari Gerik dan Sg Petani. mudah mudahan Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian kepada keluarga kami.

Apa yang aku nak share dekat sini setelah terlibat dengan kemalangan ini:

1) TOLONG letak anak-anak kita dalam CARSEAT. please please and please. ini mampu menyelamatkan nyawa anak-anak kita. kalau laa anak-anak kami tak pakai CARSEAT? mahu melayang keluar.

2) Bila dah berlaku kemalangan. cool dan jangan panic. call pihak lebuhraya (PLUS,LPT) untuk bantuan kecemasan. jangan sesekali terima tawaran dari tow truck haram tu. sebab pihak lebuhraya ada memang memberi kemudahan tow truck mereka. at least dia akan tarik kereta kau ke exit yang berhampiran. sementara dia uruskan kereta kau tu, kau call pihak insuran. suruh mereka hantar tow truck mereka untuk pick up kereta kau dekat exit berdekatan.

3) Buat laporan polis dengan segera. supaya kau dapat cerita secara details kejadian yang berlaku.

4) Lastly. ini dah selalu orang pesan dah. jaga jarak kenderaan ada. sebab apa kau tahu tak? supaya kau ada masa untuk membuat keputusan dan tindakan refleks kau untuk keadaan tertentu. Faham?!

Dan of course insan yang banyak membantu yakni ummi adam nuh. bertindak tangkas tegas dan precise. Respect!!

Semoga cerita aku ini dapat memberi pengajaran kepada sesiapa sahaj yang membacanya. nanti ada apa-apa update. inshaallah aku akan share kat sini. last but not least, Mirage dalam kenangan. *sob sob*






p/s: tamat dah kisah ni. takda sambungan dah. serius

p/s/s: kereta kesayangan kami - Mirage
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates