Tuesday, June 7, 2016

0 Ramadhan 1437

Assalamualaikum. alhamdulillah. tahun ini Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah lagi rahmah. kami mensyukuri kerana diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk sekali lagi bertemu bulan ramadhan tahun ini.



Apa perancangan kita sepanjang bulan ramadhan ini? strategi mesti diatur. bulan ini seharusnya diisi dengan ibadah-ibadah. alim ulamak berpesan. jangan dipersiakan bulan ramadhan ini. ini kerana Allah menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda. Kalau solat harian dicatat oleh malaikat. namun puasa ni Allah sendiri yang akan nilai dan beri ganjaran kepada kita. tak ke special tu untuk hambaNya.

Jangan nak susun jadual juadah berbuka pulak. membazir je. nak jelajah pasar ramadhan. kalau boleh setiap hari berbeza lokasi. masak kau.

Pada 10 hari pertama ramadhan telah diriwayatkan sebagai turun nya rahmat dari Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini kita akan banyak mendapatkan limpahan pahala dari berbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.

Jom perbanyakkan amalan kita pada bulan ini. dan seterusnya konsisten untuk bulan-bulan seterusnya. ameen





p/s: lama gila tak post. hahahah

p/s/s: bukannya lama tak menulis. cuma tulis sikit lepastu simpan kat draft. tak mengapa. nanti aku keluarkan sikit-sikit post tu yee. harap bersabar

p/s/s/s: madam takzabar nak membaca ni hoiii. hahahaha


0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates