Monday, March 30, 2015

8 [UK Series] Bath

Assalamualaikum. alhamdulillah, masih dibering ruang dan peluang untuk menulis dan berkongsin kisah kami travel to UK. baiklah, untuk post kali ini, aku akan berkongsi kisah kami melawat suatu tempat yang dimana kami pun tak pernah terpikir untuk ke sini. setelah beberapa hari stay di Bristol, mereka-mereka menyarankan kami untuk ke sini. this is Bath brodahhh!. hahaha. serioously, this is also my first time to hear this kind of place. what do they have here? let's go and follow us.


Kami melawat Bath pada hari yang sama kami jalan-jalan ke Stonhenge. seusai disana, lebih kurang pukul3, kami terus bergerak ke Bath. masa perjalanan dari Stonehenge ke Bath adalah lebih kurang 1jam lebih. kalau boleh kita recall post yang lepas, aku ada nyatakan untuk ke Stonehenge, kita akan melalui bandar Bath.

Sampai Bath city, terus cari kedai untuk isi perut. ada sebuah kedai halal yang mana tokey nya berasal dari thailand. disana juga kami sempat berjumpa dan lunch bersama rakan-rakan yang tinggal di Bath yang berasal dari malaysia. we got special service and treatment over there. masakan yang dimasak sendiri oleh tuan kedai. kedai tomyam thailand yang sepatutnya dibuka hanya untuk breakfast dan dinner. namun, dengan kehadiran kami, tuan kedai sanggup melayan dan masak special untuk kami. alhamdulillah. kenyang. as usual, tomyam is marvelous. thanks a lot guys. abeHaa sebagai tourist guide kami disini. wow!




Apa yang menarik kat Bath ini? Bath ini dinamakan sempena tempat dimana The Roman mandi manda disini. terdapat kolam air panas didalam. maka disini lah tempat mereka lepak mandi hot tub. hahaha. The Romans discovered Bath’s hot spring waters over 2000 years ago – see just how they enjoyed them at the world-famous Roman Baths. oleh kerana kami lewat tiba di Bath, selesai lunch yang agak lewat, kami hanya jalan-jalan sekitar bandar Bath. kedai dan tempat-tempat menarik pun dah nak tutup. melepas! uishh. feel bad sebab tak dapat nak masuk dan tengok roman bath nih. ermm. takda rezeki lah tuuu.

Disini juga terkenal dengan bangunan-bangunan  lama yang terpelihara. A designated UNESCO World Heritage Site and one of Britain’s Heritage Cities, Bath is home to some of the finest architectural sights in Europe, including the stunning Royal Crescent, the Circus and Pulteney Bridge – one of the most beautiful bridges in the world.
Bath Cathedral
Bath Cathedral
Bath Cathedral
Bath Cathedral

Sesudah disana, kami ke kawasan The Royal Crescent, Regency buildings in Bath. salah satu rumah / bilik disini dikhabarkan milik Jonney Depp. wow!lawa. namun, kami tiba disana sudah lewat malam. gelap dan tak nampak apa-apa. baikk, mungkin boleh share gambar dari google later. hahahah, kawasan lapang di depan kawasan rumah ni, kalau musim summer, akan dipenuhi mat saleh berjemur. yelah kan, waktu sebegini je diaorang boleh keluar lepak berjemur. kalau dapat tengok gambar dibawah. seni bina nya seakan-akan berbentuk 'keys'

Royal Crescent, the Circus
Destinasi last sebelum pulang ke Bristol ialah University of Bath. wah, sempat buat lawatan ke university. memandangkan tourist guide kami alumni university berkenaan, maka segala pergerakan adalah lancar. alhamdulillah. pada pemerhatian aku, disini sangat lengkap dengan kemudahan untuk student. sama ada tempat beriadah, library dan kolej mereka. namun library a little bit old dan malaysia sesetengahnya jauh lebih baik. *proud* hahaha







Walaupun sampai Bristol pukul 10 malam, sangat berpuas hati dengan trip hari tersebut. at least dapat cover banyak tempat menarik. malah tempat yang tak tahu sebelum ini pun sempat cover. alhamdulillah. abeHaa sempat lepak penginapan kitaorang sebelum proceed to their home. thanks a lots guys.


Pulteney Bridge

Bath Cathedral

street 


p/s: serius tempat ini sangat nyaman dan tenang

p/s/s: nanti pencen nak bawak mem besar hijrah sini. hahahaha

p/s/s/s: besar cita-cita kau.hahahaha







Sunday, March 29, 2015

3 [UK Series] Stonehenge

Assalamualaikum. untuk entry kali ini. aku akan bercerita pasal satu tempat yang kami lawati ketika beeada di Bristol. alhamdulillah, tak sangka berkesempatan untuk kesana. dengan bantuan abg Hafeez&Kasma. sampai juga kami disana. this is Stonehenge brodahh!! hahahaha

Stonehenge

Stonehenge merupakan monumen prasejarah yang terletak di Wiltshire, England, kira-kira 2 batu (3 km) barat Amesbury dan 8 batu (13 km) utara Salisbury. untuk ke Stonehenge yang terletak di Wiltshire, ia mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 1jam30minit dari Bristol. kami gerak dari penginapan tepat jam 9pagi waktu tempatan. melalui beberapa kawasan seperti Bath. lokasi Stonehenge ini boleh digambarkan terletak ditengah-tengah kawasan lapang. so seperti sedia kita maklum, salah satu historic mengapa stonehange ini dibini adalah bagi tujuan untuk pencerapan mahupun sesetengah mengatakan tempat untuk ritual agama mereka disana.

Stonehenge adalah sudah semestinya ikon negara terbesar di Britain, yang melambangkan misteri, kuasa dan daya tahan. Tujuan asalnya pembinaan ikon ini adalah tidak jelas kepada aku, namun ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah kuil yang dibuat untuk penyembahan dewa-dewa bumi purba. atau juga dikenali sebagai tempat pencerapan bulan dalam bidang astronimi mengikut kepercayaan agama purbakala.





Batu-batu yang kita lihat hari ini yang mana sudah banyak berubah dari bentuk asal. banyak batu telah terhakis sama ada berubah bentuk disebabkan oleh kejadian semula jadi mahupun buatan tangan-tangan manusia. oleh kerana terlalu banyak kerosakan, dan jugan mahu memelihara dari terus rosak, mereka telah menutup kawasan berhampiran batu-batu tersebut. they build some barrier from people to enter near the stone. maka pelancong hanya dapat lihat dari jauh sekitar dalam 10 meter dari kawasan berhampiran. jika dulunya kita masih boleh memegang dan merasai stuktur batu tersebut. namun sekarang kita hanya dapat lihat dari kawasan yang dibenarkan. which is good for protect their iconic history.

ternakan biri-biri penduduk setempat
panorama Stonehenge

Tiba kami di Stonehenge center, tiket harus dibeli. fees sebanyak 15 pound  per person. kita juga diberikan pamphlet Stonehenge untuk informasi dan wireless audio sebagai guide sepanjang lawatan. dari center ke kawasan batu, kami harus menaiki shutter bas. nak jalan pun boleh, tapi jauhh bhai! jarak lebih kurang 5 km. cirit kau kat sana nanti. don't waste your energy. disana terdapat 7 batu dimana setiap satunya terdapat sejarah yang berlainan, sama ada bila ianya dibina dan langkah-langkah pembinaan batu berkenaan. alahh, tak dengar pun padahal. sibuk dengan ambil gambar. sapa yang nak terlepas dari capture the moment kan. kebetulan cuaca mentari yang terik serta berangin malah langit yang biru. alhmadulillah, so perfect. suhu ketika itu 5'C. sejuk telinga macam telinga kambing. hahaha.

Pengalaman kami sendiri ketika berada disana amat mengagumkan. masyarakat purba semestinya mempunyai teknologi nya tersendiri dalam menghasilkan monumen ini. dalam pada yang sama, kebesaran Allah itu berada dimana-mana. hanya dengan dua mata ini yang mampu menafsirkan sendiri bagaimana kewujudan sebegini monumen atas muka bumi ini. tanpa ketentuanNya, mana mungkin keajaiban ini mampu berlaku. wahh, masih tak percaya mata ini menjadi saksi apa yang dilihat ketika berada disana. alhamdulillah.

tourist amik gambar
me & wife ~ heee
center dia - tempat beli tiket


p/s: sejuk mengigit telinga

p/s/s: one of wonders of the world. great!

p/s/s/s: alhamdulillah, sampai juga tempat ini bersama teman travel

p/s/s/s/s: taknak pergi dah, pergi tempat lain pulak. hahaha

Saturday, March 28, 2015

2 [UK Series] Bristol City

Assalamualaikum. untuk post kali ini. aku nak sambung our UK series oke. alhamdulillah. selamat sampai di bumi Bristol. mendapat rehat yang secukupnya ala-ala bed and breakfast (B&B). maka, untuk kali ini, kita jalan laa sekitan bandar Bristol. then, kita cerita pulak sekitar bandar Bristol.

The Clifton Suspension Bridge

Bristol is the largest city in the south west of EnglandBandar ini diasaskan daripada persimpangan asal River Frome dengan River Avon, bersebelahan dengan Bristol Bridge pada abad kesebelas. alah, kalau kat KL ini persimpangan sungai Klang dan sungai Gombak. gituu. hahaha. sedikit pasal Bristol. boleh google details about Bristol nih.

Sepanjang keberadaan disini, untuk ke city, kami sepenuhnya menggunakan public transport. dan sudah semestinya kami menggunakan bus sebagai medium untuk kami travel pusing Bristol city. as expected, public transport disini sangat superb dan efficient. bak kata orang jawa 'you can reach all over the city by taking public transport.' dan inilah yang sepatutnya public transport should be kan.

tunggu bas lagi 5minit
street art - Bristol

How they manage, how they apply, how they operate. pada pendapat aku, this kind of question lah kan, menteri yang selalu pergi buat lawatan ke luar negara tu yang patut sambut segala persoalan ini. bukan semata nak berjalan kesana sini. tapi mereka harus bawak balik this kind of technology to our country. cuba bayangkan public transport di malaysia sehebat negara-negara seperti ini. kau rasa kau masih nak drive atau kau nak guna public transport?

And then, ada satu shopping complex yang setiap dari kita patut pergi. Primark. tak sah kalau rakyat malaysia datang ke sini kalau tak pergi Primark. harga sangat murah kalau diaorang buat sale. kadang sangat murah dari harga di malaysia. sesuai kalau nak cari souvenir yang lain dari yang lain. kalau selalu orang bagi fridge magnet, keychain. kat sini kau boleh borong baju dan bagi tiap sorang. no wonder mat saleh disini bergaya. sebab meraka mampu milik untuk memiliki pakaian seakan yang berjenama.
mem besar dan Primark
Bristol city center 

Dekat city ni juga, kita boleh cuba makanan halal. which is KFC dan Subway. unless, kalau nak makan kat kedai arab, jauh cikit dari bandar Bristol nih. a part of different street laa. disana juga muslim bagi kita berkesempatan untuk cari makanan sembelihan halal, yang disediakan oleh komuniti disana. 'chai' atau teh tarik dia kat sini thorbaikkk wooo. 50p je. murah. KFC dan Subway malaysia jauh lebih sedap dari sana. mungkin lidah kita dah biasa yang sana. hahaha

KFC - halal
subway - halal


Overall, seronok juga dapat berjalan dekat bandar Bristol. kita boleh tengok diaorang punya culture disini. banyak belajar. untuk 1st round berjalan sekitar bandar, hanya untuk usha-usha barang. 2nd round berjalan untuk shopping souvenir untuk orang-orang kampung. hahahah

street art
street art
Bristol center
community malaysia di Bristol


p/s: alhamdulillah dapat berjumpa sahabat baru disana.

p/s/s: jauh perjalanan luas persahabatan. kan mem? hahaha

Friday, March 20, 2015

0 [GST] Kesan Kenaikan

Assalamualaikum. isu semasa mengenai GST. tak lama lagi akan dilaksanakan yakni 1 April 2015. sudahkan anda, rakyat malaysia bersedia dengan segala kemungkinan ini. dari dulu lagi, kita sedia maklum bahawa GST ini bakal meningkatkan kos sara hidup. bukan itu sahaja, sebelum tarikh keramat tu lagi, sudah ada tanda-tanda awal dengan harga barang sudah naik.

Baru semalam, SPAD sudah menyenaraikan segala  kos pengankutan awan akan naik sehingga 67% kenaikan. hoi menteri, kau dah laa tak naik pengankutan awam. sapa yang menanggung? rakyat macam kami-kami semua. dem!

Disini aku nak share sedikit info kesan GST. sumber: here











Nampak tak kenapa rakyat menolak perkara ini? bukan saja-saja tau nak menolak. ini baru part anak-anak. belum masuk part groceries, public transport, dan macam-macam keperluan rakyat lagi. ye, kau berkemampuan kau tak rasa. habis orang yang tak sama macam kau. yang terkesan dari dulu lagi dengan kos sara hidup yang meningkat. sekarang kau nak bebankan lagi dengan pelaksanaan GST ni? bullshit!.

Dicananganya negara maju lain turut mengenakan GST kepada rakyat mereka. sebagai contoh singapore kalau tak silap. k fine. kau mari sini jap macai. pernah pergi singapore? tolong aku bandingkan antara malaysia dengan singapore, untuk public transport sahaja. itu pun dah cukup untuk malaysia ketinggalan jauh belakang. be fair lah kalau nak follow mana-mana negara dan make sure jangan laa amik separuh-separuh je perancangan dan matlamat negara tersebut.

Kami rakyat tak kisah kalau GST ini betul-betul memberi manafaat utk pengguna. kemudahan pengankutan awam rakyat menikmati. kemudahan kesihatan dan sebagainya kami rasai. serta ketulusan kerajaan sekarang dalam mengurus dan mentadbir kewangan negara. hasil dari kutipan cukai dari rakyat. jika sekiranya diurus dengan baik, siapa pun nak bangkang benda baik kan. ini tidak. tiris sana sini. boros sana sini. saloon rambut pun dah rm1200. arghh.rakyat stress.

Kalaulah PRU14 tu bulan depan. sama ada kerajaan sekarang ini lingkup. ataupun janji manis manifesto. ataupun GST takkan pernah wujud. HAHA





p/s: jangan stress ye baca. untuk kesedaran kita je. apa yang kita perlu buat untuk next PRU

p/s/s: macai dan bangang berpisah tiada

p/s/s/s: sapa yang tak mengundi PRU lepas? pukul kang.

Thursday, March 19, 2015

4 [UK Series] The Journey Begin

Assalamualaikum. perkongsian ini adalah berlaku sepanjang bulan February iaitu bulan lepas yang lalu. alhamdulillah, diberi kesempatan untuk travel bersama wife tersayang pada kali ini. kiranya 1st trip kot after married. syukur alhamdulillah sepanjang perjalanan ini dan sepanjang berada dinegara orang, segalanya berjalan dengan lancar.

view from window - syria atau iraq

Destinasi yang dituju kali ini ialah Bristol, United Kingdom (UK). selama beberapa bulan merancang destinasi untuk dituju, kami bersepakat untuk ke Bristol. Memandangkan disana seorang member wife yang sedang berkerja dan menetap disana. yakni abg Hafeez dan kak Kas. kami juga dijemput oleh mereka untuk tinggal bersama sekiranya melawat ke UK. grab that opportunity to stay with them. Pada awalnya, kami merancang untuk complete 'Europe Trip' bersama satu lagi pasangan Nina&Syauqi. namun, meraka tidak dapat cuti dan masing-masing busy dengan projek GST. so it's okay, we'll travel first and we choose to travel to Bristol UK. next time kami pasti akan complete our mission. inshaallah. ameen.

Bristol City

Tiket dibeli seawal 3minggu sebelum tarikh travel. tak berapa awal jugak tu sebab boleh dikira lewat jugak lah. alhamdulillah rezeki kami dapat tiket murah untuk return tiket. Untuk tarikh tersebut, Etihad menawarkan harga tiket yang paling murah berbanding flight yang lain. grab that ass. tada hal punya. hahaha.

passport check - ticket check

Maka perjalanan kami bermula dari KUL - Dubai - Heathrow, London. total hours of travel 16 hours. KUL - Dubai. flight time 7 hour, transit selama 2 hour. Dubai - Heathrow juga 7 hour flight time. makan 2kali sepanjang flight. alhamdulillah tak lapar. hahaha. transit 2 jam sangat memenatkan. kami sampai Dubai, waktu tempatan sedang subuh. selesai subuh, berlari cari gate pelepasan untuk next flight. airport Dubai agak crowded. sempit dan ramai orang. then tempat immigration pula slow dengan kaunter yang sedikit. dah tau airport tu tempat transit, buka laa banyak kaunter kan. lame. serius aku dengan wife berlari cari gate.

Dubai Airport
KUL - Dubai
Dubai - London

Ada satu kisah nak cerita ketika flight daru Dubai - London. oleh kerana kami antara beberapa orang yang masuk lambat untuk flight nih, belakang aku ada senior citizen. umur macam nenek2. tapi masih gagah untuk travel. k fine. kebetulan seat aku adalah depan dari seat dia. oke. masa ni takda masalah lagi. aku nak turunkan seat untuk better position dalam flight. aishh, sangkut pulak. rupanya ditahannya aku oleh nenek tu untuk aku turunkan seat. kuang hajaa. takpe, aku mintak elok-elok. 'madam, can i laydown a little bit my seat? ' 'no no no' jawabnya. aku tak tau laa dia jawab no tu sama ada dia tak bagi aku turunkan seat ataupun dia tak paham apa yang aku cakap. k fine. pesan kat wife aku, 'kalau nampak dia ke toilet, kejutkan aku' . oke. siap kau nenek. elok dia pergi toilet, aku turunkan seat perabiss sampai limit. then aku tukar mode: tido mampos. hahahaha. bila dia balik dari toilet, aku boleh perasan dia goncang seat aku tanda suruh aku naikkan seat aku. hahaha. talk to myhand nanny! hahaha. bukan setakat tu sahaja, dendam terbalas bilamana ketika sedang nak angkat turun barang dari cabin. standby and block the way. tido laa kau belakang aku. hahaha. misi terbalas. hahahaha.

mission on going - HAHA

Alhamdulillah, tiba di Heathrow London Terminal 2 jam 12tengah hari waktu tempatan. cuaca tempatan 5C. ambil angin sejuk sikit sambil hembusan berasap. then masuk balik tak tahan sejuk. hahaha. kami dijemput oleh abg Hafeez&Kas. untuk ke Bristol, perjalanan selama 2jam dari airport Heathrow London. terus ke Swindon. tempat shopping. since tema kami travel to see the world, shopping ni tak berapa nak layan sangat. hahaha. kalau jumpa yang berpatutan, rembat sajaa. itu satu bonus.haha. Swindon ini ada satu tempat shopping. kalau kat malaysia lebih kurang JPO. barang mostly harganya sama je dengan malaysia. tetapi, kalau cari yang tengah sale, sangat murah berbanding dengan harga di malaysia. sebagai contoh kasut adidas punya sale baru 30 pound. bersamaam lebih kurang rm180. tu yang design high cut. lawa siakkk. hahaha. rugi tak rembat awal2. hoiii. kata taknak shopping. hahaha

Heathrow Terminal 2 - London

Sampai Bristol lebih kurang jam 10 malam. penat. mengantuk. nak rehat. need to rest. memandangkan masih banyak tempat nak travel dan tempat untuk dilawati. aku update tempat menarik je laa kan. hahaha. inshaallah. wahh. cantik kawasan perumahan diaorang. nyaman. walau malam. serius. kau boleh bayang kalau kau pergi area putrajaya, kawasan perumahan yang takda pagar. cantik.



London - Bristol

Swindon Designer Outlet


Swindon Designer Outlet




p/s: throwback part1

p/s/s: seronok rembat selimut Etihad. hahaha. dalang = wife. hahaha

p/s/s/s: syg jgn stress. dah update dah nihhh. untuk bacaan dikala stress.hahaha
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates