Tuesday, September 16, 2014

2 [Part 2] KL - Hatyai - Yala

continued...

Assalamualaikum. ni nak sambung cerita yang lepas. hahaha. selepas selesai jamuan makan dekat Hasanah restaurant, kami saja lah yang bersurai. pengantin still lepak kat situ. tapi, alamak, macam mana nak balik nih. kalau nak datang tadi, boleh lah menumpang rombongan. so sekarang nih dah lost. damn!

'tuk-tuk' in action

Tapi tak mengapa. since tour leader ada. kome jangan risau. terus diajak nya ke jalan besar. kot-kot ada 'tuk-tuk' berlegar-legar kat jalan besar. alhamdulillah, sebaik saja sampai area jalan besar which is main road. kami boleh nampak dah public transport merata. it's takes about 5-10 minute dari Hasanah restaurant tadi ke main road. Terus tanya driver untuk dihantar ke Rama Hotel. dan selamat sampai ke Rama Hotel. oke. ini pengalaman baru naik 'tuk-tuk'. mission 'tuk-tuk' unlocked. samapi hotel, sepanjang petang kami berehat dihotel saja. since nak qada balik perjalanan semalam. hahaha

Lepas asar, bangun tido perut dah lapar. tak boleh jadi. pergi round sekitar hotel. dalam 1km berjalan untuk ke 7 eleven, masuk satu kedai runcit. pada mulanya agak tidak yakin dengan barangan yang dijual. makanan nya halal ke haram. kami perhati je orang keluar masuk kedai tuh. ramai orang muslim. maka dengan yakin masuk dan shopping sedikit barang yang nak alas perut. barang runcit dia murahh beb! atau duit malaysia mahal? separuh bakul gak duk shopping kat situ sahaja.

Pada malam nya. pengantin pick up kami dekat hotel. destinasi seterusnya ke rumah pengantin untuk dinner. oke. diet aku kelaut lagi. first our impression mesti rumah dia nih macam bapak menteri. but it was wrong. rumah nya macam biasa2 sahaja. cuma kawasan dia luas boleh buat wayang pacak. hikhikhik. lepas diner lepak berbual dengan pengantin. it was sharing moment and chit chat. sampaikan bapak dia join sekali cerita salasilah family dia. one word i can say, they are humble. doesn't matter who you are. as long as you are guest. they trait very well.. mak kasma pesan. sok pagi jangan lupa datang rumah. esok makan nasi kerabu. what what. nasi kerabu. deng! we must come. kahkahkah

sebelum nasi kerabu

Esok pagi nya. sekali lagi ke rumah kasma untuk breakfast. dan sekali lagi lagi tumpang orang. but this time tumpang rombongan lelaki laa pulakk. tak kisah janji kami sampai. hahaha. sampai sana disambut oleh family kasma dan nasi kerabu. damn. nasinya lebih kurang sama. cuma dia takda lauk macam ayam ke. daging salai ke. takda. yillek! nasi kerabu semata. tapi best laa jugak. sambal dia budu campur gula merah. hahahaha

Elok rombongan dah nak balik. kasma dan husband tolong hantar ke station van. sebelum tu, singgah pekena abc dan kueh tiaw sup. dari station van nak ke hatyai. van penuh lagi. arghh. kaki aku cram lagi. dah sampai nak beli tiket bas. sold out. semua jenis bas sold out. hadoii. tak kan nak spent lagi satu malam kat sini. esok dah nak kerja. kami decided to take van dan turun ke butterworth. dari butterworth naik bas ke KL.

van artis. hahaha

Dalam van, kami adalah penumpang kedua. terkejut bila buka pintu van. gologan makyah. shit! takkan nak sampai ke butterworth dengan gologan nih. seram broo. nasib baik van ni berenti pick penumpang lain which is satu family cina dari malaysia. dah. lega dan kami leh tidoqq nenyakk. *fuhhh. dekat boarder jem teruk. dalam 3 jam nak melepasi border danok. penuh dengan kereta dari malaysia.

Sampai butterworth jam 1130 malam. terus cari tiket bas jam 12mlm. sempat dinner kat terminal. since bas ni bas tambahan. mencapak tunggu bas sampai kul1. berebut naik bas to make sure dapat seat. lepak jam. tunggu bas jalan. pastu lena sampai KL. sampai KL jam 6 pagi. terus naik LRT kat masjid jamek. sampai sri rampai solat subuh. then terus ke wangsa maju tempat parking kereta. another story. cermin kereta kena pecah. barang takda yang hilang kecuali kotak handfon yang kosong. sorry pencuri. kau tak dapat apa2. but still menyusuahkan aku nak ganti cermin kereta.

Alhamdulillah. pada keseluruhannya. this short trip was awesome. sampai jugak kami ke Yala ye. terima kasih kasma dan hafezz serta keluarga kasma. semoga allah membalas jasa baik diatas pertolongan kalian. kepada geng trip. terima kasih banyak membantu. last minute plan always the best right?! ahahhaha. and the important is, the trip is always fun and enjoyable when it comes to travel with the one you loved. *blink*


tour leader usha line clear


p/s: bila lagi nak p trip nihh. syik kerja jerr.hahaha

p/s/s: always hope for the best decision. yaallah. kuatkan hati2 kami. jangan lah kau bolak-balik kan hati kami.

p/s/s/s: my prays always goes to you. don't be afraid. because you are deserve more.

Monday, September 8, 2014

2 [Part 1] KL - Hatyai - Yala

Assalamualaikum. masih belum terlambat nak ucap selamat pengantin baru untuk pasangan Kasma dan Hafezz. guess what, we're travel to their weeding. disebabkan weeding diaorang. kami sekali lagi berpeluang untuk travel but only for short time. but lots of fun. tapi plan macam nak pegi usa sebulan. hahaha. noob!

Majlis berlangsung di Yala, Thailand. untuk kesana, kami hanya menaiki bas ekspress dari KL - Hatyai. perjalanan kira-kira 6jam. tiket jam 1130 malam dan sampai boarder Bukit Kayu Hitam jam 5 pagi. boarder akan dibuka jam 6 pagi. jadi kalau bas tu sampai awal, diaorang kena laa tunggu boarder tu buka jam 6 pagi. macam biasa, sampai dekat imigresen turun naik bas untuk lepas. mula2 untuk imigresen malaysia dan kemudian imigresen thailand. bagi mereka yang i/c dari perak, perlis dan kedah. kalau tak silap, diaorang boleh apply untuk boarder pass sahaja. pun boleh juga. kami?of course laa passport. kami kan pelancong aka traveler. bawak pun bag pack je. hahaha. kami berserta rakan-rakan kasma dari malaysia berlepas tepat jam 1145 malam. bismillah on we go.

Dari imigresen thailand, kami ke destinasi yang pertama. 'Khon Song' (betul kot aku eja camni) asal kau sebut ada bunyi jaa. janji ada iras-iras. hihihi. khon song ni adalah stesen van. pengangkutan seterusnya yang kami kena ambil untuk ke Yala. kebetulan ada sorang macik nih yang naik bas ekspress sama dengan kami. dia juga mahu ke Yala. jadi just follow macik tuh. dan dia tolong jadi jurucakap kami. siap pesan kat driver tu 'jangan lupa hantar budak 2orang tu ke Rama Hotel'. thanks macik.

station khon song

Perjalanan dari stesen khon song ke Yala pula mengambil masa dalam 2jam setengah. hoiii lama. dah van penuh orang. menyempit naik cram kaki. hahah. lepastu ada pulak brader ni lentok kepale kat bahu aku. oke kau siap! mau kau akan kena siku dengan aku. haahah. oke fine! misi berjaya. sepanjang perjalanan, memang brader ni kena siku dengan aku 3x. hahahahah. puas hati aku. at last beralih tempat. hahahah

Sampai Yala jam 1130 pagi, penginapan kami di Rama Hotel. yup, hotel ni famous dekat Yala. sebut Rama Hotel, diaorang akan terus tahu. sampai hotel, terus check in bilik masing-masing dan terus untuk siap-siap ke majlis Kasma. siap mandi nak iron baju. diaorang tak sedia plak iron dan iron board plak. rupanya, diaorang akan gosokkan untuk korang. tapi kena charge laa cikit. that's the way how they make business.

tahniah Kasma & Hafezz

Destinasi kami seterusnya ke Hasanah Restaurant. majlis walimatulurus berlangsung kat situ. nak kesana, kena cari public transport. called 'tuk tuk'. ahh sudahh. dah kami dah lewat. nak mencari pulak public transport. turun hotel, kebetulan rombongan keluarga kasma baru nak gerak naik van. ini naiceee. kami tumpang je diaorang ke sana. yess! save time nak cari public transport.

lauk pauk - perkhh!

Sampai restaurant, amik gambar dengan pengantin. melantak. aku lapaq! hahahaha. tapi serius lauk dia da boom kebaboww. hahaha. of course lauk nya definitely different from malaysia. aku tak tauu specific nama dia. yang aku tau tomyam dia terbaik dan siakap dia masak black pepper. kerabu kacang botol. wehhh, heaven bhaiii. pada aku. ini pengalaman baru bila attend wedding macam ni. selalunya nasi minyak lauk ayam yang sama rasa walau berbeza caterer.  but 'this is Yala' .  tomyam, kerabu is always the best. thank you menjemput dan alhamdulillah diberi kesempatan utk merasai pengalaman ini.

untuk seterusnya. to be continued . . . .



p/s: kerja. sempat nak menulis ni je. choww



 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates