Tuesday, March 12, 2024

0 Pelajar yg Dicari

 Assalamualaikum WBT

Aku nak cerita pengalaman aku zaman sekolah dulu. aku ada seorang ustazah. tapi ustazah ni mengajar bahasa arab. bukan pendidikan islam. okay clear.


sumber: google

Aku mula belajar dengan dia sejak tingkatan 1 lah. macam mana akuu boleh belajar dengan dia? aku nak kata minta Arab memang jauh sekali lah. pada awalnya. aku masuk class dia sebab aku berminat dengan pilihan yang sekolah bagi saja. 

Okay. apa pilihannya yang menarik tu? okay. sekolah aku ada dua sesi. pagi dan petang. tingkatan 1 dan 2  semua sesi petang. sesi pagi pula dari tingkatan 3 - 6. aku ni pulak takminat sesi petang. nak tak nak aku paksa laa diri aku ambil arab. semata-mata nak bersekolah sesi pagi. Jauh betul niat tu saudara. hahaha

Tiba tingkatan 3, kami semua sesi pagi dan sibuk persediaan dengan PMR waktu itu. sekarang PMR dah mansih kan. okay ustazah pilih siapa yang berpotensi untuk cemerlang dalam Bahasa Arab. sekali nama aku naik. ahh sudah aku kata.

Belajar bahasa ni satu je tips dia. kau kena faham dan hafal tatabahasa dan perkataan dia. aku ni jenis payah menghafal. ini kira satu cabaran untuk aku. dan kalau boleh aku tak mahu ambil pun subjek tu dalam PMR. apakan dayaa. budak target kan. hahahaha

Ustazah ni rajin buat class tambahan dekat rumah dia. setiap jumaat pukul 4-5. dia akan adakan kelas tambahan. maka kau kena lah datang rumah untuk kelas tambahan. terima kasih ibu abah tolong hantar. jauh juga dari rumah tu. dalam 20-30minit perjalanan.

Nak dijadikan cerita, setiap kali aku tinggal kelas. setiap kali tu lah ustazah ni akan cari kau dekat sekolah keesokkannya. tak jumpa dekat kelas,kena panggil masuk bilik guru. dan sehingga satu masa, aku cakap dalam hati

"aku tak datang kelas kau cari, orang lain tak datang rilek je. selekkkk doooo (ayat budak-budak sekarag)"

Tapi aku kata dalam hati je lah. respect tetap respect ye kawan. kena panggil macam mana sekali pun. hahaha.

Dan hari ini. baru aku boleh sedar kenapa ustazah tu cari aku setiap kali aku tak datang kelas. bila aku dah melalui situasi yang sama macam ustazah aku. ohhh. macam ni perasaannya. maafkan saya ustazah mengata dalam hati.

Rupanya. bila aku ada student. ada sesetengah student yang tak datang, kau akan rasa "eh, kenapa kau tak datang. esok aku kena cari"

Bila dalam kelas. student ni boleh aku katakan memberi sedikit semangat untuk kau terus mengajar dan mengajar. aku harapa kehadiran aku dalam kelas ustazah tu dulu pun memberi semangat untuk dia lah. ameen.

Aku doakan ustazah tu dalam keadaah sihat walaafiyat bersama keluarga. ameen

Terima kasih. jumpa lagi.







p/s: result arab? faham- faham je laa result budak terget macam mana. hahahaha

Monday, February 19, 2024

0 Gagal

 Assalamualaikum wbt

Sebenarnya banyak gila hantaran aku dalam 'draft'. cuma tak sempat nak publish lagi. alasan paling mudah untuk aku beri kan. hahaha

Tetapi post kalini aku memang tak boleh nak tahan. aku tak pernah rasa down macam ni sepanjang aku kerja. 

sumber: google


Pertama sekali aku sangat menilai tinggi cikgu-cikgu zaman sekarang. macam mana mereka boleh mengawal keadaan murid-murid sekarang.

Pengalaman aku harini sangat mencabar. sepatah haram pelajar aku tidak ambil perhatian dalam  pembelajaran dalam kelas harini.

Tak tahu lah apa dalam fikiran mereka. nak kata gadget, aku dah arahkan untuk simpan. kelas tidak la ramai. 5 orang saja. ternyata aku masih gagal nak mengawal keadaan class.

Harini aku bawa topik Isra' Mikraj. topik paling best kot pada pandangan aku. atau aku perasan je topik ini menarik? aku kalau dulu bila cikgu cakap harini saya nak mengajar sejarah ataupun sirah. memang pasang telinga beb.

Kenapa? sebabnya nak harapkan kau membaca. sah-sah kau tu malas membaca. kau pergi duduk dalam ceramah ustaz-ustaz, memang jarang la cerita dia. jadi, dengar la orang nak bercerita ni. ambil la pengajaran setiap apa yang cikgu sampai kan. bukan kau pergi main tak tentu pasal. ahh. aku masih gagal mengawal kelas.

Aku harap aku dapat membaiki lagi diri ini supaya dapat mengawal kelas dengan baik. kau boleh bro!











p/s: aku kalau boleh carut. memang lama dah bagi sekali.

p/s/s: tapi kau ni pendidik. tunjuk contoh yang baik. tak kurang pun ilmu kan

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates