Friday, July 25, 2014

2 Jubli Perak

Assalamualaikum. salam 27ramadhan. alhamdulillah, masih diberi kesempatan hingga saat ini untuk beribadat, hidup dimuka bumi yang hanya sementara dan menulis untuk sekali lagi pada hari ini. walaupun ianya suda berlalu minggu lepas. aku masih ingat apa yang dilalui. lagipun aku outstation bohh!hahaha

Umur ku sudah selayaknya diberi pengiktirafan jubli perak. alhamdulillah, masih muda namun usia nya semakin bertambah. terlalu sedikit pengalaman kalau nak dibandingkan dengan mereka2 yang seusia dengan aku. terlalu sedikit achievement yang sudah dicapai kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sebaya dengan ku.

Dari segi kematangan hidupnya, dari segi pencapaian hidup, arghh. just a little little sahaja. belum lagi bab berkeluarga dan sebagainya. aku sangat cemburu pada mereka yang sebaya aku sudah mencapai pelbagai pengalaman, pencapaian tertinggi dan memiliki something yang unbelievable to achieve. pengalaman aku? inshaallah mampu membawa diri dalam dunia hari ini. bukan nya susah pun. kebergantungan itu hanya lah kepada Allah.

Gambar Hiasan :: sumber google

Contohnya thomas muller, player German main untuk world cup. umur dah sebaya dengan aku, tapi dah wakil negara, menyumbang kepada negara dan menang pulak world cup. power habis. ada pulak yang build up business sendiri dan sudah membawa jenama masing2 dengan bangganya. ada rumah sendiri, kereta sendiri dan yang paling penting aset2 sendiri. which is aku sangat mengkagumi orang-orang jenis macam ni. muda-muda lagi dah berjaya mengumpul aset. tapi aku? duduk depan computer dan komplen dengan hidup sendiri. *sigh*

Oleh itu, macam mana nak sedapkan hati kau tu dari komplen tak tentu pasal? dengan cara, ini semua rezeki Allah. Allah menangguhkan rezeki kau sebab kau selalu lupa pada dia. baru sedikit Allah bagi nikmat, kita kadang-kadang lupa dengan pemberian Allah itu. selalu komplen apa yang kita tidak ada. itu ini dan sebagainya. bagaimana pula dengan apa yang kau ada ziq? sudah kah kau bersyukur denga apa yang dia bagi kat kau selama ini. rezeki Allah itu bukan lah semata terletak pada harta dan kebendaan. cuba kau tengok sekeliling kau. itu juga adalah satu nikmat dari Allah. dikelilingi dengan orang yang menyenangkan. nikmat sihat yang kau boleh bantu kedua ibu bapa kau kesana sini.

Alhamdulillah, being inspired from my love one. walaupun kite hanya berbincang kosong, namun aku sudah nampak kemana kita nak tuju lepas ini. please hold a second and wait for our next plan. the first step is always the hardest one. belajar inersia kelas fizik tak?ni mesti monteng pergi debate!hahaha

Dikesempatan ini. terima kasih ibu abah serta abang2. kalian adalah terbaik dalam hidup aku. we are nobody in here but inshaallah, we are somebody in hereafter. our family is the coolest ever. to the love, thanks for always be the PA in every field. you can be anything just in time. just pull the button and change the position and role. yaAllah, kurniakan lah kesejahteraan dan kebahagian kepada mereka2 ini didunia dan akhirat. ameen


  
 p/s: xda wish apa.wish semoga plan bulan12 berjalan lancar.tu jer

p/s/s: tapi klo dapat lasut lunarglide 6 power gak. nike flyknite ke. hahah

p/s/s/s: gambar hiasan. orangnya kecil tetapi berjiwa besar ingin menakluk dunia. #respect

Friday, July 11, 2014

0 Pray for Gaza

Assalamualaikum. salam 13 ramadhan. alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik. deberi kesempatan untuk berpuasa hingga hari ini. walau injured main futsal, terkedek2 nak berjalan. alaa. sikit je. kalau nak banding dengan saudara kita yang sedang berjuang di Palestin sana. di Gaza mempertahankan tanah suci ke-3 umat islam.

sumber: fb page Aqsa Syarif 


Allahuakbar. sedang kita leka denga piala dunia. israil zionist bangsat meyerang umat islam di gaza. dikala umat islam sedang beribadat dan bersedia menjalani ibadah puasa. wahai umat islam.sedarlah dengan keadaan ini. bangkit berdoa untuk sandara2 kita disana. semoga bertemu syahid disana. bersahur didunia dan iftar di jannah. inshaallah.

Ya Allah, bantulah saudara2 ku dibumi gaza. kuriakan lah kemengangan kepada mereka. kau hancurkan lah tentera2 yahudi. kurniakan lah kekuata kepada tentera2 islam disana. aku pasti ak tak mampu untuk berjuang bersama-sama mereka. namun. doaku sentiasa untuk mujahidin disana. yakinlah saudara2 ku, kemenangan pasti milik kita. milik islam. amin ya rabb.

sumber: fb page Aqsa Syarif 


keadaan dalam shelter Tel Aviv. semua kecut bontot. bangsat pengecut. 


Wahai tentera zionist, ini bukan lah peperangan. ini adalah pembunuhan. kau adalah tentera palin pengecut dan takda telor. sedang rakyat palestin tidak ada apa2 kelengkapan senjata. kau tetap menyerang mereka. tidak kira orang tua, muda atau kanak-kanak. kau tuju rocket2 kau dekat kediaman penduduk awam. sungguh kejam. it is about humanity. kau langsung xda nilai ini. memang bangsat!

Semoga Allah membantu tentera al-Qassam dalam menyerang balas dari tentera zionist. apa peranan kita di Malaysia? doa, doa dan berdoa. jangan boikot bermusim. agak2 isu gaza dah suam2 kuku. kau pergi menapak kat McD. aku tau, aku pun kekadang teringin burger chicken mcdeluxe, namun keinginan tu hanya sementara. baik pergi menapak kat kedai burger uptown. lagi sedak. budak2 melayu lagi buat. lapaq laa pulak hoiii. hahaha. *madam, jom menapak burger uptown*

sumber: fb page Aqsa Syarif 
Siapa  kata boikot tidak memberi kesan. ada pulak ulama muda ni ckp boikot adalah hanya kebodohan kita.tidak membantu apa2. dah tu cakap tiada syahid di Palestin. what a nonsense. tepuk dahi kang baru tahu. boikot tu salah satu cara untuk menekan ekonomi mereka yang meyalurkna bantuan kepada operasi2 yahudi zionist tau tak? ye, memang kecil impaknya, namun kalau berterusan. nama pun istiqamah

apa cerita? oh malaysia ku


p/s: #pray4gaza #gazaunderattack 

p/s: sakit itu sikit sahaja nak banding dengan mereka yang berjuang Palestin

p/s/s: salam ramadhan. semoga cepat sembuh



Friday, July 4, 2014

0 7 Langkah Khusyuk dalam Solat

Assalamualaikum. salam ramadhan. semoga berjaya dan sabar menempuh ramadhan sehingga hari ini. alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk terus hidup bagi mengerjakan ibadah puasa tahun ini. siang nya menahan lapar dan dahaga serta menjaga segala pancaindera. manakala malam nya kita berduyun-duyun solat terawikh berjemaah inshaallah. 

Dalam mengerjakan solat terawikh itu, seharusnya ada pengertian dan khusyuk sepanjang terawikh. apa erti solat yang khusyuk? khusyuk adalah solat yang tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat. semasa solat, seseorang itu berhubung direct dengan Allah. Sepanjang mendirikan solat, seseorang hamba berdoa terus dihadapan-Nya.

Hubungan dengan Allah ini akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di dalam hati yang kemudian membentuk hati itu akur, taat dan patuh kepada Allah.

sumber google ::: credit owner gambar
1. MENCARI PENGERTIAN (FAHAM)
Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan dalam solat. Apabila mengucapkan takbiratulihram dan membaca surah al-Fatihah misalnya, makna setiap kalimahnya perlu diketahui satu per satu.

2. MEMUSATKAN FIKIRAN (FOKUS)
Tahap kedua ialah pemusatan fikiran. Menghindarkan gangguan hal-hal lain, sehingga fikiran, perbuatan dan ucapannya seiring – yakni terfokus sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat. Mungkin kita telah memahami makna bacaan, tetapi oleh sebab tidak fokus, seseorang yang membacanya hanya umpama “orang mengigau” dalam tidur.
Sekiranya seketika kita terfikir juga hal-hal lain, tapi ingatan dan fikiran tetap terikat pada tujuan solat (mengingati Allah)

3. MEMBESARKAN ALLAH (RASA ‘HAIBAH’)
Perlu diingat, pemusatan fikiran bukan ditujukan kepada bacaan itu sahaja tetapi pada makna di sebalik bacaan itu. Apabila orang yang kenal Allah mengucapkan kalimah “Allahuakbar” misalnya, dia bukan sahaja tahu maknanya (Allah Maha Besar) malah hatinya turut merasai betapa hebatnya kuasa Allah yang telah mencipta dirinya, alam semesta, akhirat dan segala makhluk.
Oleh itu pada peringkat permulaan, cubalah untuk merasakan kita sedang berhadapan seorang raja yang sangat berkuasa dan kita perlu fokus dihadapanNya. senang cakap iibarat kau nk present sesuatu benda depan2 bos besar ataupun untuk promote naik pangkat. mesti kau akan buat habis baik. dalam solat, bayangkan Allah hantar malaikat sebelah kau tgh tgk kau solat.

4. KAGUM DAN TAKUT AKAN KEAGUNGAN ALLAH (RASA KHAUF)
Hasil daripada merasai kebesaran Allah, maka timbul pula rasa takut dan kagum kepada-Nya. Rasa takut dan kagum kepada Allah ini tidak sama dengan rasa takut dan kagum kepada perkara-perkara lain. Rasa takut akan timbul apabila seseorang gerun akan kemurkaan Allah dan Neraka-Nya. Rasa takut ini diterjemahkan dalam solat dengan perbuatan berdiri betul, menundukkan kepala, mata melihat ke tempat sujud (tidak berani mendongak), rukuk serta sujud.

5. RASA MENGHARAP KEPADA ALLAH (RASA RAJA’)
Rasa mengharap ialah pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah.
Jika rasa takut sahaja dibiarkan mendominasi jiwa, dikhuatiri akan timbul sangka buruk dan jahat sangka terhadap Allah. Padahal dalam realiti, Allah lebih suka mengampunkan dosa berbanding menyeksa hamba-Nya yang berdosa.
Oleh sebab itu, ulama berpesan dalam keadaan biasa seseorang hendaklah menyeimbangkan rasa  takut dan harapnya umpama dua sayap pada burung yang membolehkannya terbang dengan stabil dan selamat.
Jangan terlalu takut, nanti timbul sangka buruk kepada Allah. Jangan terlalu harap, nanti terjadi sikap sambil lewa serta “berangan-angan” akan keampunan Allah.

6. RASA MALU DAN HINA DIRI (RASA HAYA’) DALAM SOLAT
Rasa malu dan hina diri ialah kemuncak segala rasa yang timbul sebelumnya. Oleh itu PERLU ditimbulkan rasa berdosa kepada Allah. Apabila ada rasa berdosa maka barulah timbul rasa malu. Cara untuk menimbulkan rasa berdosa ialah dengan menimbulkan kesedaran (insaf) akan kelalaian diri, lemah melaksanakan tanggungjawab, kurang ikhlas, banyak prasangka buruk, tidak sabar dan reda dengan takdir dan banyak “berhutang” kepada Allah.
Sewaktu sujud, kita meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa berada “di atas” (sentiasa dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat sujud).
Manakala dubur yang sentiasa disorokkan dibawah, ketika sujud telah dijongketkan ke atas sebagai cara meleburkan kesombongan dan kebesaran diri!

7. MEMAKAI PAKAIAN YANG PALING SELESA DAN PALING CANTIK KETIKA SOLAT
Nampak macam remeh, namun ia juga adalah salah satu langkah yang boleh dipraktikkan untuk mencapai khusyuk di dalam solat. Sebolehnya pilihlah pakaian yang paling selesa, suci dan khas untuk solat. bak kata ustaz, kau nak jumpa makwe pun pakai sebotoi perfume, tak kan nak mengadap pencipta kau, kau pkai singlet dengan kain lusuh. cuba rasa malu sikit. cubalah, pkai baju yang terbaik kau ada, telekung paling bersih kau ada, material tahap tertinggi. yang xda dalam pasaran *hanya leh dapat pree dari th je* hihihi. pkai jubah kain gajah tertunggeng. pkai haruman sultan brunei. perghh. feel like a boss. duduk pulak saf depan sebelah tok siak. bederau darah itu punya feel. meremang bulu tengkuk.hahahah
sumber google
Sebagai manusia biasa, kita tak leh terlepas dari lalai dan tak khusyuk dalam solat. namun kita masih boleh mencari kesempurnaan dalam solat. dan untuk cover perkara yang mencacatkan solat nih, of course perkara-perkara sunat mampu menutup segala kelemahan kita. usah kata oramg, aku sendiri pun kekadang kelaut. masyaallah, sila cepat-cepat beristigfar.

Selamat bertarawikh dan berpuasa. result yang besar dan mapan bermula dengan langkah yang kecil yang bermula dari sekarang. sehingga berjumpa lagi. zasss!

sumber artikal ::: ada olahan sikit2

p/s: kali ini ada sebab ada pesanan. harini bkn lah macam yang selalu. because she's missing in action

p/s/s: hope esok masih seperti sedia kala. miss #madam

Tuesday, July 1, 2014

2 [Part 2] Janji Allah Pada Bakal Pengantin

Assalamualaikum. salam 3 ramadhan. sahur ke tak semalam? haha. jangan lembik2 ye. dugann, baik, sambungan perkongsian untuk artikal yang lepas.


sumber google ::: credit owner gambar

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Peringatan untuk diri sendiri. kadang-kadang kita ni tak yakin dengan janji Allah. tak yakin dengan diri sendiri. harap ini  dapat membantu dalam meneguhkan lagi sifat keyakina dalam diri. kalau sekarang pun dah kurang yakin dengan keputusan yang dibuat, apa tah lagi pada masa-masa yang akan datang. syaiton tu suka membolak balik kan hati dan perassan kita. memohon perlindungan Allah sentiasa hendaknya.amin
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates