Friday, December 27, 2013

0 Breakfast Untuk Hari Ini

Assalamualaikum. nah breakfast untuk hari ini sebelum beroutstation. syarat macai apa kawan2? wajib bodoh!






Macai of the day's

Dia bujang.. blom kawen
Blom ada hutang keta
Blom kena bayar sewa rumah
Blom pikir duit susu anak
Blom pikir duit sekolah anak

Syarat jadi macai - WAJIB BODOH


makhluk ni laa paling menyusahkan masyarakat, kalau laa kau yang mengundi BN tuu dulu.xtau lahh nak cakap. memang spesis macai bangang abadi


credit: king jason

Thursday, December 12, 2013

0 Your Time Is Limited

Assalamualaikum. inspired leader from founder of Apple Inc. start from bottom and leaves good reputation. He has been referred to as "legendary", a "futurist" or simply "visionary",and has been described as the "Father of the Digital Revolution", a "master of innovation","the master evangelist of the digital age" and a "design perfectionist".

The impact of this brand as we can see out of 10 people, 7 of them using Apple product - iPhone, iPad, MacBook, iPod. such a brilliant and genius.  "If you don’t love something, you’re not going to go the extra mile, work the extra weekend, challenge the status quo as much." let's get work this weekend.

steve jobs, 1955-2011




credit: here

Tuesday, December 3, 2013

2 [Post-Convo] 29th IIUM Convocation

Assalamualaikum.mood masih membara.bajet.hahha.last series of convocation moment. let's go for candid. oke what?hahahaha

Banyak moments yang harus dikenang sepanjang pengajian mahupun alam university. sejarah jatuh bangun seorang student juga harus dikenang dan dijadikan modal untuk menghadapi masa2 yang akan datang.be prepared. and last but not least, all the best in future undertaking guys.

Proud to hear that most of us get the jobs as soon as finished our practical or study. paling power sebelum tamat praktikal lagi dah dipanggil interview dan terus dapat jobs. ada jugak yang dah start jump company. that's such a great experience right. while i'm here writing nonsense and do nothing. *sigh*


IIUM Convocation robe

KICT Batch 08

cubaan untuk cilok bear aku. dah leh detech awal lagi.haha

pose of the day

high heels? no problemo

rekaan semata2





p/s: the mood still there but the feel is not here right now - miss every single things, me waiting her

Thursday, November 28, 2013

4 [Hari Jubah - II] 29th IIUM Convocation

Assalamualaikum. sorry readers, mood convo masih segar dalam ingatan. let's make this month as a convo month. alaaa. bukan selalu nak bertema2 ni kan. ada yang tak sempat nak berkongsi cerita convo mereka atas sebab urusan kerja dan sebagainya. aku pun kerja jugak tapi still diberi kelapangan untuk berkongsi kisah convo aku. alhamdulillah.


Bagi post yang kedua untuk Hari Jubah ini, dedicated special untuk rakan2 serta lecturer. tapi kn.... gamba lecturer tak ada laa time convo. mcm mana. just state je laa eh favorite lecturer lah.haha. kau tak leh nak sangkal kalo ko cakap kau leh survive atau lone ranger dekat alam university. kalau laa kehidupan kau macam tu, rugi masa kau sepanjang kau ada dekat alam university. university laa tempat kau cari kawan, berkawan, timba pengalaman, build relationship, untuk kelangsungan hidup kau selepas keluar university.
 
elly - haziq
Ini Elly. orang kanan aku. hahahah. belum pape dah bagi title. kau bagi je title pape, itu semua kami pegang. *perasan* bermula dengan --- group mate, class mate dan merebak pada

crime partner - pedajal orang, sekali jeling dah tau makian apa yang patut dihamburkan.
news partner - memandangkan dia MRC, semua hal uia dalam tangan dia, bayangkan mahalah tu tak pernah2 menang university sport carnival (usc), tetiba tenure yang dia pegang, juara keseluruhan - hamboi ko.hahaha
fyp partner, academic advisor - segala selok belok timetable, susun subject, serahkan pada yang pakar. sampai ke final year, aku tanya dia hal2 berkaitan subject dan sebagainya.

dan yang paling penting - we need each other, apa guna partner kalau tak leh nak sharing moment dan segalah masalah negara. haha. bijak berkata-kata, cakap lepas dan most of the time i got your points. kadang kala bertindak diluar kawalan. biasa lah perempuan. stress lebih sikit jaa. tapi jangan risau, compem kena basuh dengan aku - kadang2 xmakan saman gak budak nih.hahaha. sekali2 ngn aku kna tiaw. elly, alhamdulillah hari ini kita bersama meraikan hari jubah dalam satu dewan yg sama, course yang sama, feel yang sama, preparation yang sama, excited yang sama. dan akhirnya kite berjaya sampai ke tahap ini. mintak maaf segalanya sepanjang pengajian kita. alhamdulillah, syukur pada - Nya yang kurniakan kau pada aku. too many stories to share, too many memories to remember, too many secret to keep - syuhhh. ex-tkc ni baiiii.hahahha *clap*


apik - elly - haziq
Ini Apik. roomate sampai final year. one word - spokoh.hahaha. kami satu kulliyah tapi different concentration. geng2 budak computer science (cs). ngan budak2 cs laki, kami sume geng saja. sebab dari matrik lagi dah kenal diaorang. cumanya kat main camp ni lagi laa kerap jumpa.

cerita aku ngn apik, dulu time masuk main camp, aku xda kawan dari matrik  sebabnya aku masuk awal satu sem dari diaorang. so,cuma aku kenal makluk ni saja. tu pun kenal sebab selalu lepak bilik membe yang apik ni housemate membe ak. budak pandai macam dia mana nak pandang aku nih. hahaha. seyesly, aku tak leh tgk dia study. mesti aku rasa macam aku x study pape. aku ni kalau kat bilik memang keje nak tido aje, tapi dia study. kalau nak tau dia dah abih study ke blom, dia tengah layan movie - haaa, abih study laa tuh. tapi, ingat pesan family "study smart not hard" okay. ex-smaklabu nihhh.


Dalam kita berkawan, pepandai lah dalam memilih kawan. kawan ko malas, malas laa kau. kawan kau akan mencerminkan apa yang akan jadi pada kau. dan untuk kawan2 yang lain, terima kasih aku ucapkan diatas segala pertolongan sepanjang pengajian kita bersama. harapannya kite semua berjaya dunia akhirat.

Oh, lupaaa. lecturer favorite. tak ada istilah baik ka tak baik ka. pada pengamatan aku, lecturer itu diangkat baik apabila dia bagi ko good grade - eleh, tak gitu? madam mira, madam murni, bro zahid fitri, bro yusno - they inspired me.  3 daripadanya adalah lecturer database aku dan sorang supervisor fyp.

Nak cerita pasal lecturer fyp, mula2 lagi dah dapat beberapa feedback yang xberapa menarik dari dia. it's okay, kite try dulu camna. memang ternyata apa yang mereka cakap. dikala student lain fyp1 hanya siap report - memadai dapat A, tetapi bagi kami, fyp1 yang progress nya 60% working still dapat A- .  kami tak persoalkan apa yang diaorg dapat, cuma kami persoalkan dengan progress mcm tu, kau nak berbangga dengan kami. kemon man. aku rasa nak selam je kau dalam air taik. but, seyesly, it's worth it. untuk fyp2, kami hanya concentrate on writing report meanwhile student lain pecah pale tak tido malam siapkan website masing2. then, mula laa wak tebal muka suh check coding. bagus! last2 sendiri malu. thanks madam for great experience. at least we can manage the pressure well. kan partner kan. hahaha 







credit: the clicks : hairee

Sunday, November 24, 2013

2 [Hari Jubah] 29th IIUM Convocation

Assalamualaikum. cerita hari jubah aku adalah minggu lepas. cukup lah memories ini diperam selama seminggu sebelum dikongsi bersama dekat post nih. hehe



17 hb November 2013, alhamdulillah hari yang bermakna buat semua graduasi2 yang berjaya menamatkan pengajian mereka - termasuk aku. kita semua harus sedar, bukan senang untuk berada dan merasai detik2 bersejarah hari ini. 5 tahun setangah termasuk matrik bukan lah suatu jangka masa yang pendek. para graduasi IIUM adalah antara yang duration course nya 4-5 tahun termasuk matriks. lama beb.

Pada post kali nih. jom kita sama2 bercakap pasal keluarga dahulu. Yup, the biggest inspiration and motivator dan segalanya lah. tukang biasiswa, sume bagi kat diaorang. alhamdulillah, tidak pernah lekang dari nasihat dan doa untuk anak yang last nih.

Teringat zaman kejatuhan dimana satu semester tuh, pointer aku drop gila2 punya. walaupun drop, but still alhamdulillah tidak ada subject yang fail and kena repeat. pendekatan yang diambil bukan lah menarik biasiswa mahupun dilarang menjejak kaki ke rumah, tetapi peringatan yang lebih didahulukan. "if you never fail, you'll never learn your mistake" . ayat tu sering melekat kat hati kalau dalam hati ini terasa saat2 kemalasan. wei, jangan hampakan harapan mak bapak hoiii. even diaorang tak show off depan kita, kita still dapat rasa how depressed they are. seriously!

Itu zaman kejatuhan, belum lagi zaman aku yang kuat beraktiviti. sound menyaound adalah perkara biasa. kalau tak kena sound, memang tak sah. zaman tu aku banyak terlibat dengan sports. "kau ni kuat main, kerje umah dah buat belum ". kerje umah dia pesan kat aku. hadoii. lawak. dah tu, orang cuti semester, aku bertapa kat mahallah untuk centralized training. kat situ kena lagi. nasib baik biasiswa ada sedikit sebanyak walau dah start kena potong. hahaha. takpa lah, janji ada. kebetulan pulak, time tu dah masuk 3rd 4th year yang assignment nya taknak menggunung pulak kan. but pesan mereka "lantak ko lah nak main, janji keje siap. work smart not hard" sampai sekarang aku pegang benda tuh. maknanya tak guna ko keja 8pg-5ptg tapi takda pape, kalau nak banding kan dengan masuk kul10-5ptg, tapi hasil superb. which one is better. gomen2. hahaha

Ingat, doa ibu bapa dan family tu sangat mujarab dan diterima Allah, espacially doa si ibu. kau cerita laa pung pang pung pang pasal projek ko, assignment ko, fyp ko. at the end, dia akan cakap, ibu tak tau benda2 tu semua, tapi ibu akan doakan Allah permudahkan segala urusan. that is the best word yang aku selalu tunggu at the end of conversation. masyaallah.

Thank you family - abah, ibu, abgmin, abgtim, abgman (family mmber ckit jaa). no word can describe how i feel, but doa aku untuk diaorang ak tak akan lupa. amin ya rabb. this scroll not for me but for us. your last members of family.











credit: theclick



Saturday, November 16, 2013

2 [Pre - Convo] 29th IIUM Convocation

Assalamualaikum. kurang dari 12jam sahaja lagi upacara grad course kami. seminggu sebelum, memasing busy dengan pre-convo. photoshoot sebelum naik stage katanya. pukul8 dah beratur depan pintu. nak berebut agar saiz available dan tak habis.

Oh, begini rasanya orang nak grad ye. feeling wonderful is everywhere. this is not an easy task. nak2 bagi kami student iium, 4 + 1 1/2 years untuk sampai ke tahap nih. tu pun kalau perjalanannya smooth xda fail. kalau fail? peram jadi pekasam oke. tapi xpe, banyak lagi yang leh belajar. fail is not just a fail, fail make us stronger and more 'senior'. hahaha

After robe collection, bertebaran lah graduasi2 mencari spot untuk photoshoot. ahahah. bukan selalu kan. yang penting we deserve it.


graduation kits - nina hamdan fb


antara manusia yang sampai awal - farah fb


dari langkawi - uia - putrajaya; naqi fb

dari seremban - uia - putrajaya

dari seremban - uia - putrajaya





p/s: gambar kredit pada owner fb

p/s/s: happy convocation guys

Thursday, October 31, 2013

0 Well Said

malaysia now

don't have any comment - just leave this picture for you, me and us. it was happening right now.

4 COMSOL Conference Singapore 2013

Assalamualaikum. post ini perlu ditulis sebelum masuknya bulan Nov. nampak sangat aku malas nk menulis. haha. maafkan hamba. alaa, bukan ada readers pun. kalau ada, terima kasih diucapkan.

Minggu lepas menghadirkan diri ke satu conference di Singapore. conference ini dianjurkan oleh iMath, company yang menguruskan COMSOL software.

COMSOL ini adalah software dimana researcher akan melakukan simulation sebelum mereka buat prototype. means, mereka akan dapatkan result, how it's possible to do dan dari situ mereka akan tahu apa halangan2 yang ada untuk build up sebuah prototype. general idea gituu. haha

Conference diadakan pada 24hb Oktober dan aku join as a exhibitor. since aku currently working on research yang menggunakan software nih. overall, alhamdulillah. segalanya dipermudahkan. untuk workshop pada 25hb, aku xjoin since flight kul4. tak sempat nak attend and it was fine katanya.

Thanks to my consultant yang follow - bapak aku je pun. leh dikatakan trip nih bagi dia jalan2 sikit since penat kerja *penat ke* hahaha. cumanya aku ajak dia pergi Marina Bay, tak mahu katanya. tak mengapa, orang tua, penat maybe.

Tempat penginapan pun senang nak cari berbanding 1st time datang dulu. plus bawak orang tua - kihkih, book hotel paling dekat dengan station Bugis. dalam pada tu, area tu pun dekat dengan masjid sultan dan makanan halal. so senang laa nak cari makan.

Sepanjang perjalanan, trip yang lepas banyak membantu kami. dan jugak banyak pengalaman lalu kembali semula. haha. its was great trip guys (elly - apik). seyesly. tengok big gulp dah cukup buat aku imbas trip yang dulu. hahaha



Bugis street - sempat beli simkad singapore

me bring uia name - haha


Comsol conference


me last exhibitor


pantau site project - haha

masjid sultan

anyone interested?


consultant - tourist

kampong glam

throwback skali - uss singapore - haziq,elly,apik




p/s: counting month of April.gyeahhhh

Saturday, October 12, 2013

0 Cabaran Seorang Guru

Assalamualaikum. tugas seorang guru bukannnya mudah sekarang. aku tau sebab ada diantara kawan aku seorang tenaga pengajar. guru yang aku maksudkan disini mereka yang mengajar sekolah rendah mahupun menegah. kalau dulu,

Seigat aku, dulu cikgu ni pergi mengajar masuk kul730 balik lewat sikit banding dengan anak2 murid diaorang sekitar kul3. kul3 ni adalah paling lewat lah. nak pastikan semua murid2 diaorang dah keluar dari kawasan sekolah. tapi sekarang, pelbagai tugasan yang cikgu kena pegang. aktiviti murid, profile murid, pencapaian murid, semua cikgu kena take responsible.

Nak highlight kan kat sini apa yang membezakan pelajar sekarang dengan zaman kita dulu, tahun 80-an.


hukuman


Antara denda yang pernah aku kena dulu:
column kiri: 3,5,6,7,9,10
column kanan: 1,2,3,11

Sungguh berbeza dengan zaman sekarang. semuanya tak boleh. are you fucking kidding me KPM? kenapa ko limitkan segala bentuk pengajaran yang secara tak langsung nih. ko hanya sakit sekejap je berbanding ko rasa nilai pengajarannya sampai bila2. seriously, aku memang respect cikgu2 hari ini.






p/s: selamat hari raya aidiladha

p/s/s: alhamdulillah hidup ak zaman dulu

p/s/s/s: banyak gak aku kena hukuman fizikal. hahaha.

Sunday, September 29, 2013

2 Menteri Bangang: Bertingket-tingket

Assalamualaikum. tengok, ini buktinya menteri bangang yang kita undi dulu dalam PRU13, *sigh*
Koleksi statement bangang dari menteri2 malaysia.

menteri Barisan Nasional

sumber



p/s: happy weekend!

Wednesday, September 25, 2013

0 Menteri Bangang - No2

Assalamualaikum. ada lagi statement yang tak masuk akal keluar dari mulut menteri minggu nih. isunya " Beri laluan kepada kerabat DiRaja dan VIP ". apa lagi golongan menteri ni nak.tak habis2 nak menyusahkan rakyat.

why so serious - hotak ko!

" Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek menggesa pengguna jalan raya untuk memberi laluan kepada pengawal bermotosikal yang mengiringi keluarga DiRaja atau golongan VIP, kerana ia adalah sebahagian daripada budaya Malaysia, lapor portal The Sun Daily hari ini.

Hasan berkata ini kerana mereka yang diiringi mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan dan perlu tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan.

"Saya telah menerima aduan bahawa apabila Raja-Raja kita menggunakan jalan raya, pengguna tidak memberi laluan.

"Kita mesti menghentikan perkara ini, menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin-pemimpin kita adalah sebahagian daripada budaya kita," katanya dalam satu sidang akhbar.

Walaupun undang-undang menyatakan bahawa pengguna jalan raya hanya perlu memberi laluan kepada ambulan dan kereta bomba, Hasan menegaskan bahawa memberi laluan kepada pengawal bermotosikal harus menjadi sebahagian daripada budaya tempatan "
[Link]

Seriously, memang aku tak paham ada apa dalam kepala otak dia sampai dia keluarkan statement sebegini. adakah dia tengak mabuk ketum time dia keluar statement nih? hoi, budaya celah mana ko refer ni makhluk!

Aku masih lagi boleh terima kalau kau gesa rakyat bari laluan kepada ambulans, bomba dan sewaktu dengannya. aku tau itu tugas mereka untuk sampai ke tempat kejadian dengan secepat mungkin.  yes, itu memang perlu dan salah satu attitude yang penguna jalan raya harus ada.

Tetapi kalau untuk golongan VVIP or menteri, F word please for them. mana-mana majlis pun, kalau ada special guest dari menteri or vvip, confirm majlis delay, start lambat dan drag masa.  itu masalah ko. manage laa masa kau. jangan nak berharap dengan pengguna beri laluan ~ at the end, pengguna still bagi laluan dekat korang jugak kan, nape dah tak reti nak bersyukur. kalau tak nak bersyukur, buat jalan baru untuk vvip sahaja.

Menteri-menteri sekalian, sampai bila kami rakyat mahu beri laluan pada kamu? dan sampai bila juga kamu tak akan memahami perasaan pengguna jalan raya yang terpaksa berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya setiap hari. itu belum masuk bab keadaan lalu lintas pada musim perayaan. oke, fine korang naik flight! tapi kami rakyat marhean?

Kadang-kadang, memang saja kami buat-buat tak nak beri laluan. biar abang polis tu bagi lampu tinggi supaya beri laluan ~ satu keseronokan jugak. hahaha



p/s: ni laa menteri yang bagi statement pasal harga ayam naik sebelum musim perayaan haritu. harga ayam mahal ~ jangan makan ayam . celaka punya solution

Tuesday, September 24, 2013

2 Menteri Bangang - No1

Assalamualaikum. tajuk entri pun dah bangang. haha. bulan ni saja (September) macam-macam dah statement bangang dari menteri - menteri kabinet malaysia nih. baru 4 bulan parti tu memerintah, ko agak dah berapak kali kenaikan harga barangan di negara nih?

anne, itu gula cikit puunya hal - naik cikit saja


Dan yang terbaru, harga gula ak naik disebabkan subsidi gula dikurangkan . alasan - as usual, nak kawal penyakit diabetes. insane gila!

" Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.
  
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. 
  
"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini. 
  
Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.
  
Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.
  
Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. " - Bernama

Alahai, kenapa laa malaysia ada menteri - menteri camni. diaorang ni aku suspect otak dah tepu dah. kelodak dah tak leh nak cuci. menteri, ko tau tak yang penyakit diabetes ni tak semestinya dari makanan yang gula berlebihan, penyakit ini pun dari gen jugak, means penyakit keturunan. daripada ko pegi naikkan harga gula, baik laa ko pergi upgrade pusat2 kesihatan dan macam2 kesedaran yang boleh ko buat.

But then, kau jamin ke dengan kenaikan harga gula ni, ko dapat kurangkan penyakit diabetes? mana lagi berkesan? naik kan harga gula dengan menigkatkan kesedaran bahaya gula berlebihan. ko jawab sekarang. eieiei. cari pasal betullah.

At the end. menteri ni jawap - jangan mkn gula. ini sume salah pengundi BN dengan orang yang tak mengundi.





Thursday, September 5, 2013

0 Jom naik harga bersama

Assalamualaikum! meletup kat malaysia minggu ni pasal harga minyak naik. yup, naik dengan mencanaknya sekali. good job Jibby. engkau ni memang laa kan!

Kebetulan malam tu baru sampai KL dari outstation, dapat berita harga minyak RON95 naik 20sen berkuat kuasa 12 malam. terus pergi isi minyak full tank - hahaha. padahal leh tahan berapa hari je. ni mmg dah budaya rakyat malaysia, minyak naik kul12 malam, masing-masing berhimpun kat stesen minyak. ada gathering semalaysia anjuran kerajaan malaysia. dan selang 2 hari, RON97 naik 15sen.


macai-macai



Statement orang politik

 DSN :
"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat"

"Mungkin peningkatannya tidak begitu tinggi," (respond PM terhadap kemungkinan kenaikan inflasi. Macam tak yakin je bunyi nye?)

"Apa sahaja berkaitan GST akan diumumkan dalam ucapan belanjawan."

DSAI :
"Amalan boros BN bebankan rakyat"

"Malaysia eksport minyak!

Ketua Penerangan Pas:
"Apakah kerajaan BN, terutamanya Perdana Menteri menjamin inflasi boleh dikekalkan pada paras yang selesa dengan keputusannya menaikkan harga minyak?"

MP Kinabatangan :
"Minyak petrol naik (harga), pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung ada tidak berkereta"

MP Batu Gajah :
"Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari  Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13"



Pedih oiii keadaan camniii. reason tak leh pakai langsung. ko ni Jibby, nak kurangkan subsidi, hanya untuk nak naikkan BRIM yang setaun sekali dapat. tu pun untuk golongan bawahan. minyak ni semua rakyat guna laaa. ~sigh

"alaaa, naik 20sen je pun, nak bising. rokok naik harga boleh pulak beli" - macai. macai yang cakap macam ni ak ase nak tampar je. rokok tu bukan semua orang beli. ini minyak, semua orang beli. hadoiii bangang bertingket-tingket.

nak salah kan sapa? salah kan orang yang undi BN dengan orang yang xdaftar untuk mengundi PRU haritu.



sumber: malaysian gag, bloggers


p/s: dah laaa outstation every week! cam celaka

p/s: #mymdm baru nk beli kereta, dah lari budget ~ aishh

Thursday, August 29, 2013

2 Men vs Women - Problem?

Assalamualaikum! ehem2.testing2 satu dua tiga. back to back fight between man and women. banyak jugak yang leh pakai sebenarnya dari sumber nihh.



Time to settle this down. Men and Women have been fighting since the beginning of time. Someone needs to break things down and clarify some of the differences. we'll never learn if we don't experience any kind of situation.

It's time to go through some experiences and learn how to handle the situation. it's not time to judge our success or fail, but it's time to tell ourselves how to counter any kind of problem, argument and situation.


Bab kasut, hygiene, unspoken communication - is soo trueee. hahahaha.



Sebab tu Allah tu Maha Adil. dia ciptakan makhluk ini hidup berpasangan dan menggalakkan perkahwinan. sebab apa? sebab ia akan saling melengkapi antara satu sama lain. lelaki ada kekurangan, perempuan leh lengkapkan, perempuan ada lompong sana sini, lelaki tolong tutupkan. how sweet Islam it is right? me half + other half = perfect




p/s: #mymdm

3 [Infographic] Selfie Phenomena

Assalamualaikum. fuhhhh-fuhhhh (bunyi tiup2 habuk). lama tidak mengupdate ini blog. lepas raya, need to kick start some pending project and resesarch. you know what i mean.

some infographic. ni fenomena nih. tidak kira umur, jantina mahupun kulit warna, semua pon tibai. dari artis, budak baru nak up, baru kawin, semua skali. hahaha

aku selfie ngn dslr lance tele je




Yang photo retouching tu paling penting dalam mekanism selfie. hahaha. kulit mau halusss gebu mehhh. baru dapat likers paling tinggi. tapi kan, kenapa lelaki paling tinggi percent dia dalam retouch gambar ni? wonders ak. hahaha. oke paham, adakah puan ni natural beauty? OMG. hahahahh. i did it too, but for special person only #mymdm

Post ini saja2 untuk yang dah lama tak update. why so serious....chaw!


Sumber


p/s: nak letak gambar selfie. try laa google. xsenonh punya selfie. hadoiiii
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates