Wednesday, September 25, 2013

0 Menteri Bangang - No2

Assalamualaikum. ada lagi statement yang tak masuk akal keluar dari mulut menteri minggu nih. isunya " Beri laluan kepada kerabat DiRaja dan VIP ". apa lagi golongan menteri ni nak.tak habis2 nak menyusahkan rakyat.

why so serious - hotak ko!

" Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek menggesa pengguna jalan raya untuk memberi laluan kepada pengawal bermotosikal yang mengiringi keluarga DiRaja atau golongan VIP, kerana ia adalah sebahagian daripada budaya Malaysia, lapor portal The Sun Daily hari ini.

Hasan berkata ini kerana mereka yang diiringi mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan dan perlu tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan.

"Saya telah menerima aduan bahawa apabila Raja-Raja kita menggunakan jalan raya, pengguna tidak memberi laluan.

"Kita mesti menghentikan perkara ini, menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin-pemimpin kita adalah sebahagian daripada budaya kita," katanya dalam satu sidang akhbar.

Walaupun undang-undang menyatakan bahawa pengguna jalan raya hanya perlu memberi laluan kepada ambulan dan kereta bomba, Hasan menegaskan bahawa memberi laluan kepada pengawal bermotosikal harus menjadi sebahagian daripada budaya tempatan "
[Link]

Seriously, memang aku tak paham ada apa dalam kepala otak dia sampai dia keluarkan statement sebegini. adakah dia tengak mabuk ketum time dia keluar statement nih? hoi, budaya celah mana ko refer ni makhluk!

Aku masih lagi boleh terima kalau kau gesa rakyat bari laluan kepada ambulans, bomba dan sewaktu dengannya. aku tau itu tugas mereka untuk sampai ke tempat kejadian dengan secepat mungkin.  yes, itu memang perlu dan salah satu attitude yang penguna jalan raya harus ada.

Tetapi kalau untuk golongan VVIP or menteri, F word please for them. mana-mana majlis pun, kalau ada special guest dari menteri or vvip, confirm majlis delay, start lambat dan drag masa.  itu masalah ko. manage laa masa kau. jangan nak berharap dengan pengguna beri laluan ~ at the end, pengguna still bagi laluan dekat korang jugak kan, nape dah tak reti nak bersyukur. kalau tak nak bersyukur, buat jalan baru untuk vvip sahaja.

Menteri-menteri sekalian, sampai bila kami rakyat mahu beri laluan pada kamu? dan sampai bila juga kamu tak akan memahami perasaan pengguna jalan raya yang terpaksa berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya setiap hari. itu belum masuk bab keadaan lalu lintas pada musim perayaan. oke, fine korang naik flight! tapi kami rakyat marhean?

Kadang-kadang, memang saja kami buat-buat tak nak beri laluan. biar abang polis tu bagi lampu tinggi supaya beri laluan ~ satu keseronokan jugak. hahaha



p/s: ni laa menteri yang bagi statement pasal harga ayam naik sebelum musim perayaan haritu. harga ayam mahal ~ jangan makan ayam . celaka punya solution

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates