Sunday, September 29, 2013

2 Menteri Bangang: Bertingket-tingket

Assalamualaikum. tengok, ini buktinya menteri bangang yang kita undi dulu dalam PRU13, *sigh*
Koleksi statement bangang dari menteri2 malaysia.

menteri Barisan Nasional

sumber



p/s: happy weekend!

Wednesday, September 25, 2013

0 Menteri Bangang - No2

Assalamualaikum. ada lagi statement yang tak masuk akal keluar dari mulut menteri minggu nih. isunya " Beri laluan kepada kerabat DiRaja dan VIP ". apa lagi golongan menteri ni nak.tak habis2 nak menyusahkan rakyat.

why so serious - hotak ko!

" Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek menggesa pengguna jalan raya untuk memberi laluan kepada pengawal bermotosikal yang mengiringi keluarga DiRaja atau golongan VIP, kerana ia adalah sebahagian daripada budaya Malaysia, lapor portal The Sun Daily hari ini.

Hasan berkata ini kerana mereka yang diiringi mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan dan perlu tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan.

"Saya telah menerima aduan bahawa apabila Raja-Raja kita menggunakan jalan raya, pengguna tidak memberi laluan.

"Kita mesti menghentikan perkara ini, menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin-pemimpin kita adalah sebahagian daripada budaya kita," katanya dalam satu sidang akhbar.

Walaupun undang-undang menyatakan bahawa pengguna jalan raya hanya perlu memberi laluan kepada ambulan dan kereta bomba, Hasan menegaskan bahawa memberi laluan kepada pengawal bermotosikal harus menjadi sebahagian daripada budaya tempatan "
[Link]

Seriously, memang aku tak paham ada apa dalam kepala otak dia sampai dia keluarkan statement sebegini. adakah dia tengak mabuk ketum time dia keluar statement nih? hoi, budaya celah mana ko refer ni makhluk!

Aku masih lagi boleh terima kalau kau gesa rakyat bari laluan kepada ambulans, bomba dan sewaktu dengannya. aku tau itu tugas mereka untuk sampai ke tempat kejadian dengan secepat mungkin.  yes, itu memang perlu dan salah satu attitude yang penguna jalan raya harus ada.

Tetapi kalau untuk golongan VVIP or menteri, F word please for them. mana-mana majlis pun, kalau ada special guest dari menteri or vvip, confirm majlis delay, start lambat dan drag masa.  itu masalah ko. manage laa masa kau. jangan nak berharap dengan pengguna beri laluan ~ at the end, pengguna still bagi laluan dekat korang jugak kan, nape dah tak reti nak bersyukur. kalau tak nak bersyukur, buat jalan baru untuk vvip sahaja.

Menteri-menteri sekalian, sampai bila kami rakyat mahu beri laluan pada kamu? dan sampai bila juga kamu tak akan memahami perasaan pengguna jalan raya yang terpaksa berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya setiap hari. itu belum masuk bab keadaan lalu lintas pada musim perayaan. oke, fine korang naik flight! tapi kami rakyat marhean?

Kadang-kadang, memang saja kami buat-buat tak nak beri laluan. biar abang polis tu bagi lampu tinggi supaya beri laluan ~ satu keseronokan jugak. hahaha



p/s: ni laa menteri yang bagi statement pasal harga ayam naik sebelum musim perayaan haritu. harga ayam mahal ~ jangan makan ayam . celaka punya solution

Tuesday, September 24, 2013

2 Menteri Bangang - No1

Assalamualaikum. tajuk entri pun dah bangang. haha. bulan ni saja (September) macam-macam dah statement bangang dari menteri - menteri kabinet malaysia nih. baru 4 bulan parti tu memerintah, ko agak dah berapak kali kenaikan harga barangan di negara nih?

anne, itu gula cikit puunya hal - naik cikit saja


Dan yang terbaru, harga gula ak naik disebabkan subsidi gula dikurangkan . alasan - as usual, nak kawal penyakit diabetes. insane gila!

" Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.
  
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. 
  
"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini. 
  
Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.
  
Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.
  
Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. " - Bernama

Alahai, kenapa laa malaysia ada menteri - menteri camni. diaorang ni aku suspect otak dah tepu dah. kelodak dah tak leh nak cuci. menteri, ko tau tak yang penyakit diabetes ni tak semestinya dari makanan yang gula berlebihan, penyakit ini pun dari gen jugak, means penyakit keturunan. daripada ko pegi naikkan harga gula, baik laa ko pergi upgrade pusat2 kesihatan dan macam2 kesedaran yang boleh ko buat.

But then, kau jamin ke dengan kenaikan harga gula ni, ko dapat kurangkan penyakit diabetes? mana lagi berkesan? naik kan harga gula dengan menigkatkan kesedaran bahaya gula berlebihan. ko jawab sekarang. eieiei. cari pasal betullah.

At the end. menteri ni jawap - jangan mkn gula. ini sume salah pengundi BN dengan orang yang tak mengundi.





Thursday, September 5, 2013

0 Jom naik harga bersama

Assalamualaikum! meletup kat malaysia minggu ni pasal harga minyak naik. yup, naik dengan mencanaknya sekali. good job Jibby. engkau ni memang laa kan!

Kebetulan malam tu baru sampai KL dari outstation, dapat berita harga minyak RON95 naik 20sen berkuat kuasa 12 malam. terus pergi isi minyak full tank - hahaha. padahal leh tahan berapa hari je. ni mmg dah budaya rakyat malaysia, minyak naik kul12 malam, masing-masing berhimpun kat stesen minyak. ada gathering semalaysia anjuran kerajaan malaysia. dan selang 2 hari, RON97 naik 15sen.


macai-macai



Statement orang politik

 DSN :
"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat"

"Mungkin peningkatannya tidak begitu tinggi," (respond PM terhadap kemungkinan kenaikan inflasi. Macam tak yakin je bunyi nye?)

"Apa sahaja berkaitan GST akan diumumkan dalam ucapan belanjawan."

DSAI :
"Amalan boros BN bebankan rakyat"

"Malaysia eksport minyak!

Ketua Penerangan Pas:
"Apakah kerajaan BN, terutamanya Perdana Menteri menjamin inflasi boleh dikekalkan pada paras yang selesa dengan keputusannya menaikkan harga minyak?"

MP Kinabatangan :
"Minyak petrol naik (harga), pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung ada tidak berkereta"

MP Batu Gajah :
"Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari  Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13"



Pedih oiii keadaan camniii. reason tak leh pakai langsung. ko ni Jibby, nak kurangkan subsidi, hanya untuk nak naikkan BRIM yang setaun sekali dapat. tu pun untuk golongan bawahan. minyak ni semua rakyat guna laaa. ~sigh

"alaaa, naik 20sen je pun, nak bising. rokok naik harga boleh pulak beli" - macai. macai yang cakap macam ni ak ase nak tampar je. rokok tu bukan semua orang beli. ini minyak, semua orang beli. hadoiii bangang bertingket-tingket.

nak salah kan sapa? salah kan orang yang undi BN dengan orang yang xdaftar untuk mengundi PRU haritu.



sumber: malaysian gag, bloggers


p/s: dah laaa outstation every week! cam celaka

p/s: #mymdm baru nk beli kereta, dah lari budget ~ aishh
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates