Monday, March 21, 2022

0 New Journey - School

 Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, setelah pulang dari bercuti. masing sudah recharge energy. Maka hari ini hari pertama Adam masuk sekolah untuk Tahun 1. 

Wah, dah besar ye awak Muhammad Adam. lain betul feel dia. yelah kan. tiba-tiba kau pergi cari dan siapkan keperluan mereka untuk ke sekolah. cari baju sekolah. aku cakap dekat Madam 'kalau kita rasa Adam tu dah besar, kita ni pulak dah makin tua tau" hahahaha. awak je rasa tua. saya awer muda. Madam tek pernah kalau gaisss.hahahaha

Ummi Abah doakan awak berjaya dan boelh menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ye. be a good boy. Jaga diri jaga akhlak. berbuat baik kepada semua. pesan Madam pada Adam. wah, banyak betul pesanan dia.

Habistu abah nak pesan apa? Madam tanya. simple je Dam pesan abah. dengar nasihat Ummi. hihihihi


seluar tak muat gaiss. hahaha

masuk sendiri. beratur sendiri. cari nama sendiri. masuk kelas sendiri.
you're independent boy






p/s: syukur alhamdulillah dikurniakan Adam dan Nuh

p/s/s: walaupun kadang-kadang buas melebihi segalanya

Friday, March 18, 2022

0 Desaru Waterpark

 Assalamualaikum WBT

Lagi beberapa hari Adam akan masuk sekolah Tahun 1. makna kata tiada lagi percutian ad-hoc yang selalu kami lakukan. manakan tidak, kadang-kadang tengah-tengah minggu pun vacation on. hahahah. staycation on. 

Setelah riki beberapa tempat dan destinasi. serta juga kos-kos tersembunyi. pada percutian kali ini, kami memilih untuk ke Desaru Waterpark, Johor Bharu.

Desaru Waterpark memang sudah tidak asing lagi namanya dekat Malaysia ni. Percutian mengambil masa selama 3H2M sudah cukup menyematkan segala memori indah untuk kami sekeluarga terutama Adam Nuh.

Pantai buatan Desaru Waterpark. Nampak belakang tu?
Adam ajak aku naik 3x. memang surrender laa cerita diaa.....
 

Day 1

Kami gerak dari rumah seawal 9pagi. perjalanan yang santai dan tidak 'rushing' untuk tiba disana. santai-santai menikmati perjalanan. walaupun perjalanan yang agak jauh serta 80% pemandangan yang sekitarnya hutan.

Untuk malam pertama, kami check in OYO sahaja 10km dari Desaru Waterpark. sungguhpun hotel ini hotel OYO. sememangnya tidak boleh 'judge by its cover'. alhamdulillah OYO yang sangat luas dan selesa untuk kami berempat.

Okay je tau duduk OYO ni sebenarnya. janji luas, selesa dan bersih. Kalau dapat yang sempit dan bilik berbau tu. memang tiada rezeki laa untuk kami. By far alhamdulillah, sekali dua je dapat OYO yang tak best.

Pirate Ship - lambung kau bagai tiada hari esok

Day 2

Adam Nuh seawal 7pagi dah siap. kau nak ke mana nak? waterpark tu tak buka pun lagi. dah nama pun budak. excited adalah segalanya. maka ummi abah pun terpaksa lah bersiap awal juga. breakfast disekitar OYO hotel. kami memilih untuk mengambil sarapan yang berat. nasi lemak roti canai sudah cukup bekalan buat perut yang nak masuk waterpark nanti

Pukul 10 pagi kami dah pacak disana. untuk malam ini, kami bercadang untuk stay 1 malam di Hard Rock Hotel Desaru. bersebelahan dengan waterpark.

Pihak hotel memberi 2 tiket free untuk guest mereka. maka kami hanya membayar 2 tiket dewasa sahaja. alhamdulillah. pada sesiapa yang bercadang untuk datang sini dan nak masuk waterpark, boleh memilih option untuk bermalam di Hard Rock Hotel.

Seperti biasa, semua permainan kami main, kecuali slide yang Adam Nuh tak cukup ketinggian. kalau anak-anak anda lebih 120cm keatas, rasanya sangat berbaloi. sebab kebanyakan untuk main disini anda perlu menepati syarat ketinggian mengikut permainan masing-masing. Apa yang aku ingat Adam sangat beraniuntuk cuba semua permainan. Nuh pulak tak cukup tinggi. maka aku yang penakut ni lah yang jadi mangsa kena naik roller coster, pirate ship dan sebagainya. rasain loooo

Bagi pemegang pass guest hotel. anda boleh keluar masuk sepanjang hari. apa yang kami buat? kluar untuk lunch pukul 3 petang dan masuk balik pukul 4.30 petang untuk sambung main. sehinggalah tutup pukul 6 petang.

Sungai yang mengelilingi waterpark

Day 3

Pagi ni santai-santai sambil layan breakfast dekat hotel. makanan banyak pilihan. datang awal berebut dengan konsai seperti biasa. hahahah.bingai.

Selesai breakfast sempat layan pool hotel plak sampai kecut. tak puas gamaknya seharian main waterpark semalam.

Tengah hari siap-siap untuk check out dan pulang ke reality. hahaha

Overall, alhamdulillah dan terima kasih atas nikmat rezeki, masa dan wang ringgit. kalau tiada semua tu, mingkin trip kali ini tidak akan berhasil.

Semoga ingatan ini kekal selamanya buat Adam dan Nuh










p/s: selamat bersekolah Abg Adam

Sunday, March 6, 2022

0 Covid - Man Down

 Assalamualaikum WBT

Setelah sekian lama terhindar dari Covid. finally 'dia sampai' dekat keluarga kami. Kisah nya bermula dengan Nuh. deman hanya pada sebelah malam. suhu mencecah 39'C. malam memang tak tidur terutama Madam.

Kami suspect 'dia' dari event konvo Nuh tempoh hari. tapi benda dah berjaga-jaga. tapi masih lagi kena. jadi kita redha je lah.

Terima kasih jiran depan, Man dan Maryam tolong bantu sepanjang kami kuarantin. tolong topap segala barang keperluan.

Alhamdulillah atas rezeki dan kelancaran sepanjang kuarantin.


time ni sakit tekak, batuk dan sakit urat



p/s: Adam sorang je terhindar dari Covid dikala Ummi Abah dan Nuh semua berjangkit. Allah lindungi nya Alhamdulillah

Thursday, March 3, 2022

0 Roti Maria

Assalamualaikum WBT

Wei, kami jumpa port baik untuk daily picnic, hahaha. air laju tapi masih paras buku lali. apa lagi, terus start kereta memandangkan hanya 20minit dari rumah kami. Lokasi antara Pajam ke Nilai. Boleh search Roti Maria.

Disana mereka sediakan menu yang menarik. kalau nak picnic kena order tanda support okay. menu seperti pizza, roti sarang tebuan dan sebagainya. terdapat juga mee kari. mee sup dan laksa. boleh cuba, not bad untuk tekak ini.

Lena dalam sungai sebenar

Apa yang penting, budak-budak main tak ingat dunia. hahaha. lantak kamu laa kawan. sesuai untuk anak-anak kecil.

Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki yang diberikan


bukan air buangan ye. dia recycle dari sungai


 p/s: port baik. weekend confirm penuh


p/s/s: alhamdulillah kembali sihat. recovery dari covid. back to nature

Wednesday, March 2, 2022

0 Kuala Lumpur (KL) Bird Park

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, selesai Majilis Graduasi Permata Genius, sebelum pulang ke rumah, sempat kami bawa mereka ke KL Bird Park. memandangkan kami masih lagi di KL pagi ni, jadi mari lah kita berjalan sekejap bagi meraikan meraka.

Kawasan yang luas dan pelbagai jenis burung. baik yang liar mahupun jinak. bagi yang ada anak kecik. sangat sesuai bawa stroller. kalau tak jenuhhh.....

Jangan lupa bawa air minum yang cukup. kawasan agak panas. al-maklumlah cuaca Malaysia dan jauh berjalan. nak beli ice-cream? boleh je. kalau ahli keluarga ramai, boleh laaa singgah McD dekat luar sana. hahaha

burung kakak tua

Aish, berapa kali laa mau meraikan? hahaha. bagi kami meraikan tu biarlah beberpa kali pun. yang penting bonding time dan pengalaman sepanjang berjalan ni kekal da;am benak fikiran mereka.

Mungkin satu hari nanti, "Oh, kami pernah datang sini dengan ummi abah", "Ooo, disinilah saya kena kejar dengan peacock". hahaha

That kind of memories and experience yang kami mahukan depa rasa.

Alhamdulillah untuk segala rezeki masa, kesihatan dan juga kewangan.






 

p/s: plan asal nak singgah Planetrium. tapi masih dalam renovasi. inshaallah next time.

Tuesday, March 1, 2022

0 Genius Convocation

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah dan tahniah Muhammad Nuh diatas Majlid Graduasi Genius awak haritu. walaupun class online (yup, online sbb covid), awak tetap bersemangat untuk hadir biarpun sekadar online.

Terima kasih juga pada cikgu-cikgu yang terlibat terutama cikgu Nuh - Teacher Ju. walau masih berumur 5 tahun. tetap bersemangat mengadakan class online seminggu sekali ~ dedikasi seorang guru memang tak boleh challenge kan?


Majlis Graduasi diadakan di Restoran Rebung - Kuala Lumpur.yakni sama tempat graduasi Adam dulu. semoga Nuh lebih berjaya dan berakhlak tinggi dimasa hadapan. ini adalah permulaan bagi awak. okay.

Memandangkan kami jauh dari KL, maka kami ambil kesempatan untuk check in satu malam di Tamu Hotel disamping bercuti bersama-sama. 

Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki.




Ketua bacaan Ikrar rukun negara

Ketua Ibu Bapa


Teacher Azie - favorite Adam Nuh

No.1 overall utk 5 tahun

Yup, surprise untuk mereka

 

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates