Assalamualaikum WBT
Lagi beberapa hari Adam akan masuk sekolah Tahun 1. makna kata tiada lagi percutian ad-hoc yang selalu kami lakukan. manakan tidak, kadang-kadang tengah-tengah minggu pun vacation on. hahahah. staycation on.
Setelah riki beberapa tempat dan destinasi. serta juga kos-kos tersembunyi. pada percutian kali ini, kami memilih untuk ke Desaru Waterpark, Johor Bharu.
Desaru Waterpark memang sudah tidak asing lagi namanya dekat Malaysia ni. Percutian mengambil masa selama 3H2M sudah cukup menyematkan segala memori indah untuk kami sekeluarga terutama Adam Nuh.
Pantai buatan Desaru Waterpark. Nampak belakang tu? Adam ajak aku naik 3x. memang surrender laa cerita diaa..... |
Kami gerak dari rumah seawal 9pagi. perjalanan yang santai dan tidak 'rushing' untuk tiba disana. santai-santai menikmati perjalanan. walaupun perjalanan yang agak jauh serta 80% pemandangan yang sekitarnya hutan.
Untuk malam pertama, kami check in OYO sahaja 10km dari Desaru Waterpark. sungguhpun hotel ini hotel OYO. sememangnya tidak boleh 'judge by its cover'. alhamdulillah OYO yang sangat luas dan selesa untuk kami berempat.
Okay je tau duduk OYO ni sebenarnya. janji luas, selesa dan bersih. Kalau dapat yang sempit dan bilik berbau tu. memang tiada rezeki laa untuk kami. By far alhamdulillah, sekali dua je dapat OYO yang tak best.
Pirate Ship - lambung kau bagai tiada hari esok |
Day 2
Adam Nuh seawal 7pagi dah siap. kau nak ke mana nak? waterpark tu tak buka pun lagi. dah nama pun budak. excited adalah segalanya. maka ummi abah pun terpaksa lah bersiap awal juga. breakfast disekitar OYO hotel. kami memilih untuk mengambil sarapan yang berat. nasi lemak roti canai sudah cukup bekalan buat perut yang nak masuk waterpark nanti
Pukul 10 pagi kami dah pacak disana. untuk malam ini, kami bercadang untuk stay 1 malam di Hard Rock Hotel Desaru. bersebelahan dengan waterpark.
Pihak hotel memberi 2 tiket free untuk guest mereka. maka kami hanya membayar 2 tiket dewasa sahaja. alhamdulillah. pada sesiapa yang bercadang untuk datang sini dan nak masuk waterpark, boleh memilih option untuk bermalam di Hard Rock Hotel.
Seperti biasa, semua permainan kami main, kecuali slide yang Adam Nuh tak cukup ketinggian. kalau anak-anak anda lebih 120cm keatas, rasanya sangat berbaloi. sebab kebanyakan untuk main disini anda perlu menepati syarat ketinggian mengikut permainan masing-masing. Apa yang aku ingat Adam sangat beraniuntuk cuba semua permainan. Nuh pulak tak cukup tinggi. maka aku yang penakut ni lah yang jadi mangsa kena naik roller coster, pirate ship dan sebagainya. rasain loooo
Bagi pemegang pass guest hotel. anda boleh keluar masuk sepanjang hari. apa yang kami buat? kluar untuk lunch pukul 3 petang dan masuk balik pukul 4.30 petang untuk sambung main. sehinggalah tutup pukul 6 petang.
Sungai yang mengelilingi waterpark |
Day 3
Pagi ni santai-santai sambil layan breakfast dekat hotel. makanan banyak pilihan. datang awal berebut dengan konsai seperti biasa. hahahah.bingai.
Selesai breakfast sempat layan pool hotel plak sampai kecut. tak puas gamaknya seharian main waterpark semalam.
Tengah hari siap-siap untuk check out dan pulang ke reality. hahaha
Overall, alhamdulillah dan terima kasih atas nikmat rezeki, masa dan wang ringgit. kalau tiada semua tu, mingkin trip kali ini tidak akan berhasil.
Semoga ingatan ini kekal selamanya buat Adam dan Nuh
0 comments:
Post a Comment