Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah, selesai Majilis Graduasi Permata Genius, sebelum pulang ke rumah, sempat kami bawa mereka ke KL Bird Park. memandangkan kami masih lagi di KL pagi ni, jadi mari lah kita berjalan sekejap bagi meraikan meraka.
Kawasan yang luas dan pelbagai jenis burung. baik yang liar mahupun jinak. bagi yang ada anak kecik. sangat sesuai bawa stroller. kalau tak jenuhhh.....
Jangan lupa bawa air minum yang cukup. kawasan agak panas. al-maklumlah cuaca Malaysia dan jauh berjalan. nak beli ice-cream? boleh je. kalau ahli keluarga ramai, boleh laaa singgah McD dekat luar sana. hahaha
Aish, berapa kali laa mau meraikan? hahaha. bagi kami meraikan tu biarlah beberpa kali pun. yang penting bonding time dan pengalaman sepanjang berjalan ni kekal da;am benak fikiran mereka.
Mungkin satu hari nanti, "Oh, kami pernah datang sini dengan ummi abah", "Ooo, disinilah saya kena kejar dengan peacock". hahaha
That kind of memories and experience yang kami mahukan depa rasa.
Alhamdulillah untuk segala rezeki masa, kesihatan dan juga kewangan.
p/s: plan asal nak singgah Planetrium. tapi masih dalam renovasi. inshaallah next time.
0 comments:
Post a Comment