air sungai terbaik |
Friday, February 18, 2022
0 [Camping] - Kalumpang
Sunday, February 13, 2022
0 Lata Lenggeng - Jelatok
Assalamualaikum WBT
Hah korang, buat apa harini. cuti - cuti bawak laa keluarga jalan-jalan okay. halaa, tak jauh pun takpe, dekat-dekat pun okay. janji isi masa mereka dengan aktiviti.
Ye tahu kamu sibuk. ambil masa sehari je dari 7 hari seminggu. atau pun 1-3 hari sebulan. itu pun dah memadai.
Harini kami picnic dekat Lata Lenggeng N.Sembilan. sungai cetek dan sangat sesuai untuk anak-anak kecil. tapi untuk Adam Nuh. sedikit mengecewakan. sebab tak dapat nak berenang pun. sungai paras buku lali je.
Memandangkan kami bersama Amna, boleh laa kalau nak layan main air. Lepas berpicnic kita singgah pula dekat Jelatok Cafe.
Untuk ke sana, jalan agak sempit. lokasi berada atas bukit. jadi layan view memang superb. bagi harga makanan standard harga kafe-kafe hipster.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah untuk rezekiNya.
Saturday, February 12, 2022
0 Ipoh
adam nuh |
Next location? Victoria Bridge
Jambatan Victoria atau lebih dikenali sebagai Victoria Bridge di Seberang Karai, dibina merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Kuala Kangsar.Dua orang jurutera yang bertanggungjawab mereka cipta jambatan ini ialah G.W Fryer dan C.R Hanson. Pembinaan jambatan ini bertujuan untuk memudahkan pengangkutan bijih timah pada ketika itu.Semasa Perang Dunia Kedua, jambatan ini pernah dibom dan menurut cerita penduduk setempat, jambatan ini terbelah dua. Betapa pentingnya jambatan ini sebagai laluan pengangkutan suatu ketika dahulu.
Menara Jam Memorial Birch yang terletak di sebelah Masjid Negeri Perak dibina pada tahun 1909 sempena memperingati ulang tahun kematian ke 34 Residen British Perak yang pertama iaitu J.W.W Birch.Beliau juga merupakan anak sulung kepada J.W.W Birch dan menjadi Residen Perak dari tahun 1904 hingga 1910. Sir Ernest Woodford Birch juga mengingatkan Sultan dan pembesar-pembesar Melayu diketika itu agar tidak melupakan kisah pembunuhan bapanya itu dan berharap agar hubungan baik diantara pihak British dengan Perak selepas peristiwa tersebut dapat diteruskan demi pembangunan pesat negeri Perak.Disekeliling menara jam tersebut diletakkan 4 patung terakota yang mengambarkan 4 prinsip pentadbiran British iaitu Kesetiaan (digambarkan dengan patung yang memegang pedang dan perisai), Keadilan (digambarkan dengan patung buta yang memegang neraca), Kesabaran (digambarkan dengan patung yang tiada senjata) dan Ketabahan (digambarkan dengan patung dengan riak muka tenang dan memegang tombak).
Friday, February 4, 2022
0 Picnic - Felda Lawin, Gerik
bukan hero. hahahahah |