Assalamualaikum WBT
Hah korang, buat apa harini. cuti - cuti bawak laa keluarga jalan-jalan okay. halaa, tak jauh pun takpe, dekat-dekat pun okay. janji isi masa mereka dengan aktiviti.
Ye tahu kamu sibuk. ambil masa sehari je dari 7 hari seminggu. atau pun 1-3 hari sebulan. itu pun dah memadai.
Harini kami picnic dekat Lata Lenggeng N.Sembilan. sungai cetek dan sangat sesuai untuk anak-anak kecil. tapi untuk Adam Nuh. sedikit mengecewakan. sebab tak dapat nak berenang pun. sungai paras buku lali je.
Memandangkan kami bersama Amna, boleh laa kalau nak layan main air. Lepas berpicnic kita singgah pula dekat Jelatok Cafe.
Untuk ke sana, jalan agak sempit. lokasi berada atas bukit. jadi layan view memang superb. bagi harga makanan standard harga kafe-kafe hipster.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah untuk rezekiNya.
0 comments:
Post a Comment