Assalamualaikum WBT
Untuk camping kali ini. kami ke Kalumpang Campsite. teletak di Tanjung Malim Perak. Kami tidak keseorangan. kerana kali ini kami bersama-sama dengan DJ dan Nina Shauqi Family.
DJ muka yang tidak asing lagi. sentiasa camping bersama. selalu bergerak secara solo. dan kadang-kadang akan join kami bercamping. role as a chef bersama Madam.
Bagi Nina dan Shauqi pula, ini adalah pengalaman camping mereka yang pertama. dah lama sebenarnya mereka plan untuk follow. jadi untuk trip camping kali ini. kasi jadi. dan alhamdulillah untuk ruang dan peluang, mereka hadir bersama.
Campsite ini bagi kami boleh rate 4/5 star untuk facilities. masih banyak facilities yang sedang dibangunkan untuk kemudahan campers pada masa akan datang. Bagi kebersihan pula, untuk musim ini, lalat super banyak. owner campsite dah siap pesan sebelum datang, sila bawa segala peralatan untuk membasmi lalat.
Antara sebeb hal ini berlaku adalah dalam radius 5km dari campsite ni, ada ladang ternakan ayam. kebetulan musim ini, penternak melepaskan ayam-ayam mereka keluar reban ~ menurut owner campsite. Kalau musim lain inshaallah isu ini tiada.
air sungai terbaik |
Air sungai yang superb bersih, laju dan sesuai untuk anak-anak. tebing sungai yang tidak terlalu tinggi dan juga tidak jauh dari tapak campsite.
Mudah-mudahan keluarga Nina dan Syauqi dapat pengalaman berharga dan tidak berhenti disini sahaja aktiviti ini. selain back to nature, camping juga dapat rapatkan hubungan keluarga (gaduh dgn anak-anak je). hahahaha
Alhamdulillah untuk nikmat rezeki masa, wang dan kesihatan.
0 comments:
Post a Comment