Saturday, July 18, 2015

2 Gilir Balik Raya ?

Assalamualaikum. bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. persoalan yang selalu bermain di minda. orang yang tak kawin lagi. kau bersedia sekarang. amik pengajaran. jangan terhantuk baru nak dipadan kan muka. hahahaha

Jom baca perkongsian brader kita nih...


Yup, betul juga apa yang dikongsi kan. itu antara pendapat beliau. apa-apa pun terpulang atas budi bicara pasangan masing-masing. memang benar, sekarang kita sudah berada di fasa anak dan suami. inshaallah nanti menjadi bapa pula. maka tanggungjawab itu berterusan selagi mana kita masih lagi diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini.

Paling penting, tiap pada kita ada tanggungjawab masing - masing. dan setiap pada kita juga perlu memahami keadaan orang sekeliling. jangan mudah melatah dan jump to conclusion. the best way is to discuss. kan bahagia tuu. baru ada toleransi. hihihi.

Selamat Hari Raya semua, tak kira bujang kaa, dah berkahwin kaa, juga tak kira dimana kita semua berada.

Chawww!!

credit: owner fb


Thursday, July 16, 2015

2 Pre - Raya

Assalamualaikum. short post. kau orang semua. dah siap preparation belom. hadoiii kalau tak siap lagi.hahahaha. selamat sampai pada mereka yang pulang ke kampung. kami raya di KL dulu. then baru shoot ke utara.

Apa boleh buat, madam tak dapat cuti pulak kan. tapi tak mengapa, slow and steady and follow the flow. hahaha. dan apa yang penting tahun ini, it's gonna be different raya for us then before. hahaha. dulu masing-masing bujang. dan sekarang we have our commitment. poyo kauu! hhahaha

Dah, tak payah nak bebel dah. cuma nak bagi tahu, lemang dan ketupat sudah siap. lemang dah siap bakar, ketupat sudah siap anyam, rebus dan ready nak ngap dengan rendang. settle. hahaha.







p/s: selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir & batin dari kami sekeluarga

p/s/s: biskut 'batang buruk' madam sedap hoiiii . hahaha

3 29th of Ramadhan

Assalamualaikum. dah 29 hari kita berpuasa. malam ini merupakan malam terakhir untuk ramadhan tahun ini. sungguh. bila habis terawikh, perasaan sayu itu hadir tanpa dijemput. sayu bila kita tahu 'tetamu' ini akan meninggalkan kita. panjang umur, bertemulah kita tahun hadapan. kalau tidak dipanjangkan umur, sudah pasti ini adalah yang terakhir buat kita kan.

Apa yang paling penting, istiqamah dengan apa yang ditarbiahkan oleh 'tetamu' kita disepanjang bulan mulia ini. titik tolak nya adalah bulan-bulan yang seterusnya. bagi mengekalkan momentum ibadah kita.

Kalau disemak semula setiap genap ibadah kita bulan ini. adakah kita berpuas hati dengan amalan yang telah dilakukan? justeru itu, harus berdoa pada Allah, agar Dia menerima segala amalan yang kita lakukan. ameen


Alhamdulillah, bagi pecutan yang terakhir ini, kami sempat bertarawikh di Masjid Wilayah Jln Duta. walaupun tiba agak lewat. namun sempat menghabiskan terawikh bersama imam. kemudiannya tidak lupa juga untuk menunaikan tanggungjawab sebagai suami: zakat fitrah untuk keluarga. alhamdulillah. syukur juga kerana Allah memberi kesihatan yang baik kepada madam. berupaya untuk bersama-sama bertarawikh. bukan kome tak tau, berperang dengan budak dalam tuu. boleh tahan aktif katanya. berombak perut. hahahah.

Inshaallah, tahun depan jumpa lagi ye 'tetamu'. harap dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta kelapangan masa untuk berjumpa semula dengan ramadhan.

Ameen.




 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates