Saturday, August 30, 2014

2 Dup Dap

Assalamualaikum. rasa lama pulak tak travel. and then nervous menyelubungi minda dan badan. apakah ini. mendoakankan semoga dipermudahkan urusan inshaallah. amin


here we goooooo

Bismillah

3 Selamat Mendirikan Masjid [3]

Assalamualaikum. ramai pulak member2 kawin tarikh harini. 30 Ogos 2014. alhamdulillah. semoga segalanya berjalan lancar hendak nya. untuk korang. ini adalah permulaan hidup sebagai sepasang suami isteri ye. sorang kawan dari sekolah menegah dan 2 orang kawan lagi dari UIA.


sumber: fb fatin safwanah
Normi: kenal zaman sekolah rendah. namun dia sedikit pandai dari aku. hahaha. so kau kelas sebelah bajet poyo. hahahah. namun, bila sekolah menegah. sesama berada kelas yang sama. sama ada ak makin pandai atau sebaliknya. hahahah. xda lah. kelas sama sebab amik arab jaa.hahhaha. zaman dia garang macam nak telan orang. sokmo 'aiman xkisah' jadi mangsa. hahahah. so dah kawin ni jangan garang2 dengan cik abag yaaa. choii!
sumber: fb elly

Syauqi + Nina = dua-dua pun kawan dari zaman belajar universiti. tapi majoring lain2 dengan aku. sorang gila gadget dan sorang lagi gila melancong. elok sangat laa tu kome. sebelum diaorang turun untuk bersanding. kami dah serbu awal dah dan berselpiee dalam lift dluuu dengan pengantin. so xheran kome kome bergambo dekat pelamin. kenkonon nak kena asing gambar sebab ramai sangat. hahahaha

Anyway. congratulation guys!



p/s: dah start umum tarikh dah tuuuu. hahaha. *excited*

Friday, August 22, 2014

0 #MH17

Assalamualaikum. salam jumaat. harini negara berkabung. sempena menyambut ketibaan jenazah dan mayat-mayat mangsa MH17 yang ditembak jatuh oleh militan ukrain atau pun russia. semua conflik politik itu harus ditangani segera oleh kerajaan sekarang

Namun, kita harus mengucap tahniah kepada pemimpin kita serta petugas-petugas yang bertungkus lumus untuk membawa balik seberapa ramai mangsa nahas MH17. tidak dapat dinafikan perlbagai usaha mereka serta pengorbanan untuk membawa pulang mayat serta beberapa negotiation dengan pihak pemisah harus diberi pujian. masakan tidak, agak sukar untuk membawa pulang jenazah-jenazah mangsa MH17. petugas-petugas dikalangan forensik serta polis yang bertugas bagi proses pengecaman mayat-mayat yang terlibat juga menjalankan tugas dengan cemerlang. tahniah diucapkan.




salam takziah buat keluarga mangsa. semoga damai disana.

Thursday, August 7, 2014

0 Test Power

Assalamualaikum. saja nak test power hasil dari tutorial camna nak protect post kat blogger. hahaha. harap nya menjadi lah ye. hahaha. see below as long as you can see. ~weeee

gambar hiasan :: sumber google


komen drMaza berkenaan dengan isu boikot

Friday, August 1, 2014

0 Salam Syawal

Assalamualaikum. salam 4syawal. Bulan Ramadhan yang baru saja berlalu selain banyak membentuk dan mendidik kita, memberi peluang bagi kita merebut pahala berlipat ganda sekaligus meningkatkan keimanan serta ketaqwaan.

selamat hari raya dari kami


Sekarang berada di kampung untuk beraya. as always, setiap tahun pun beraya kat kampung. selagi ada nenek disana. selagi itu lah kita ada tujuan untuk berkumpul. selagi ada orang tua. itu lah sepatutnya yang kita perlu buat. pulang dan berjumpa dengan mereka. bertanya khabar dan menjenguk mereka. berkongsi rezeki yang kita dapat kat KL sana.

Namun dewasa ini. untuk mengumpulkan semua saudara mara memang agar sukar. memasing sudah mempunyai keluarga memasing. anak2 of course beraya dengan parents mereka. tapi tak mengapa. raya kan sebulan. inshaallah lepas balik nanti. cuba untuk ziarah mereka2 kira ada kesempatan.

Untuk syawal ini. aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. kepada semua. jika ada salah silap yang sengaja mahupun tak disengajakan. aku manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan dan dosa. nikmatilah saat terindah ini. nikmat yang Allah bagi dekat kita. family kita dan seluruh seisi keluarga kita.

Namun jangan pula kita lupa pada yang mereka kurang bernasib baik macam kita. terutama saudara2 kita yang berada di Gaza. mahupun keluarga2 mangsa MH17 dan MH370.  mereka menerima ujian lebih hebat dari kita. doakan mereka sentiasa. inshaallah.

Kepada awak. cheff jemputan. selamat hari raya. please maintain until that day okay. hahahaha. diet jangan kelaut macam aku. dah berapa banyak ketupat kuah kacang + lodeh dah aku telan. hahaha. nikmat dunia betul. maaf segala salah silap terkasar bahasa mengguris hati dan not be a real men okay.

Ayuh sahabat2 semua. lepas ni. kita sambung puasa 6 pulak. jangan lupaa. banyak hikmahnya.

diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.” (Hadits Riwayat Imam Muslim)





p/s: #pray4gaza #prayforMH17 #pray4MH370

p/s/s: dem diet dah kelauttt.....

p/s/s/s: cepat lahh nak beraya ngn love love plakkk



 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates