Friday, March 5, 2021

0 Brotherhood

 Assalamualaikum Wbt. semoga yang membaca dilindungi dan dirahmati selalu. jaga diri dan terus patuh kepada SOP ye dikala musim-musim covid ni.

Brotherhood - benda yang aku sangat rindukan sebelum masing-masing berkahwin. aku pasti setiap dari kita ada moment-moment yang sentiasa kita akan ingat. macam aku yang datang dari keluarga yang semuanya lelaki, pastinya moment brotherhood yang akan aku kenang dan i wish we can do more.

Ibu aku pernah pesan. time ni laa korang akan bergaduh bagai nak rak. rasa macam nak pukul sungguh-sungguh. nak lari rumah. kenapa kau ada abang-abang macam gini perangainya. hahaha. kelakar kan rasa nak lari rumah. habistu kau nak duduk mana? bawah jambatan. hahaha. jahil betul.

Berbalik pada pesanan Ibu tadi. Ibu cakap moment bergaduh ni la yang korang akan kenang bila dewasa dan espacially bila dah kawin. kami macam amenda laa Ibu aku ni merepek? time gaduh tu geram kaw-kaw kot. takkan laa nak kenang-kenang kan? logik kan. hahahah

Tapi bila kita dah dewasa, memang betul. moment gaduh laa paling kita rindu. hahaha. terutama aku sangat bermusuh dengan abang aku no 3. hahahha. well, bila dah dewasa ni, masing-masing dah sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing. dan alhamdulillah, setiap kali pertemuan pastinya borak sampai lebam.

Percaya atau tidak? kau tanya madam. dia adik beradik ramai. hahahah. lagi banyak moment susah senang mereka ketika kanak-kanak dulu. hahah. Al-fatihah untuk arwah mak - kagum dengan beliau jaga anak yang ramai. ~ salute

sweet dream adam nuh


Kau tahu kenapa aku tiba-tiba cakap pasal brotherhood? kau tengok laa gambar tu. actually, rumah ni lately banyak sangat nyamuk. boleh dikatakan setiap malam budak-budak ni akan terjaga dengan kesan gigitan nyamuk. ni tak boleh jadi ni. mengganggu kualiti tido madam (aku tidur mampos woi - hahaha) kami beli kelambu besar.

Alhamdulillah kualiti tidur kembali untuk madam. hahaha. "adam nuh, korang tengok laa macam mana korang tidur sama-sama dulu" bisik hatiku. semoga ini moment yang kalian akan rindui bila dewasa nanti.

Ok, nanti kita jumpa lagi. Kbye



p/s: siang hari bukan main bergaduh. malam tidur sama-sama. hahaha

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates