Wednesday, January 25, 2017

0 Lil Bro Name

Assalamualaikum. apa habaq ampa semua. sihat ka. baguih nooo. hahahaha. alhamdulillah. pejam celik, mandi makan berak. dah seminggu rupanya usia lil bro. masyaallah. sungguh masa pantas berlalu. apa tidaknya. baru semalan rasaya madam dan lil bro discharge. hahaha. dan hari ni hari ke-7 untuk lil bro. alhamdulillah.



Maka bersempena hari ke-7 ini. adalah disunatkan untuk ibu bapa menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang baik kan. alhamdulillah semua bersetuju dan "bersepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat selamat dunia akhirat". hahahaha. ni kalau madam baca ini. harus dia menyanyi ini. hahaha. inshaallah kami nama kan kamu lil bro dengan nama Muhammad Nuh Bin Mohd Haziq. bersempena nama Nabi yang ke-3 dan membawa maksud Nuh: Rehat ; Selesa. boleh juga panggil Noah. baru english sikit.hahaha.

Pada pendapat aku, tak payah la kau nak susah-susah letak nama anak kau panjang-panjang. kesian dekat anak tu nak bawak nama yang kamu bagi. kalau perepmuan, nama raisha umairah aweera: panggil Mai. kalau lelaki pulak nama bakhtiar jamalluilai kamal badri: panggil jamal. tak ke sedih anak tu. nama panjang-panjang, last-last panggil Mat je. hahahaha. kalau boleh letak simple dan bermakna. Muhammad Mikael sebagai contoh. kan sedap tuu.hahaha

Kalau adam dulu. hari ke-7 jatuh pada hari Jumaat. boleh lah bercukur terus. tapi kalau nuh ni. kita tunggu laa dulu. kau siap nuh.hahaha

Kbai

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates