Monday, December 15, 2014

3 [Part 2 - Big Day] Kenduri.Keluarga.Sahabat

Assalamualaikum. haaa. kenduri kami adalah sama dengan hari dimana kami di ijab kabulkan. setelah selesai majlis akad nikah di masjid jamek gerik, sedikit acara bergambar bersama keluarga dan sahabat2. kemudian kami terus ke butik pengantin kak syela area pekan gerik. untuk persiapan acara seterusnya yakni kenduri pula.

Alhamdulillah, kami sampai di butik pengantin dalam pukul11 tengah hari. pasangan yang awal tiba untuk persalinan. alhamdulillah, tak lama selepas itu, 2-3 pasangan sampai untuk di make up kan dekat butik tuhh. memandangkan kami sampai awal, maka tak perlu nak tunggu turn baru boleh make up. aku siap salin baju semua. pengantin puan pulak half way make up. tanam bulu mata katanya. hahahah. tak payah laa panjang2. ingat nak kenduri padang pasir macam unta ke nak panjang-panjang. hahahaha.

Family pula balik ke hotel untuk berehat selepas majlis akad nikah. sementara nak menunggu kenduri pukul12. sempat laa mereka-mereka yang datang direct dari ipoh mahupun KL untuk bersiap dan segarkan diri masing-masing.

Rombongan lelaki agak delay untuk tiba di rumah pihak perempuan. namun segala berjalan lancar. disambut oleh pengantin perempuan dan pengapit serta satu lagi pasangan yakni abang kepada pengantin perempuan.

Selepas acara makan beradap, aturcara seterusnya bergambar bersama rombongan dari pihak lelaki. tak bergambar tak sah pulak kan. dah bertanjang dan berbulu mata lip lap lip lap. cun habiss. hahaha. setelah selesai bergambar, pengantin sama-sama menyambut dan menyapa para tetamu yang hadir. ramai dan meriah.

Selesai kenduri, pengantin diajak untuk beroutdoor. dan hasil nya akan aku kongsi pada post yang seterusnya. baru aku leh qada post yang dulu. iyedokk. hahaha.

Terima kasih tidak terhingga untuk ibu-abah, mak-abah, abang2 kakak2 ipar duai, sepuput sepapat, anak saudara tok imam masjid.tanpa redha Allah dan pertolongan kalian, mungkin kami tak dapat disatukan malah majlis pun belum tentu ada. terima kasih untuk segalanya. kalau nak ungkap pun, terlalu banyak. kami sayang anda semua. muaahh cikedd. sudahh. layan gamba untuk family dulu yer. chaww

to be continued . . . . .

abah | pakanjang | pengantin

mak | abah | pengantin

kak erni | pengantin

family | pengantin | kawan 
sarah | sumayyah



p/s: mesti tetunggu nak baca nota kaki kan?hahahahah

p/s/s: dah agak dah agak dah.

p/s/s/s: kita merancang, Allah menentukan. alhamdulillah

3 comments:

@isHaH@but@lib said...

Gambar gambar gambar..

Hahahaha. outdoor tu bg banyak sikit letak.

ejasmi said...

bencinya part nota kaki tu

Haziq said...

cici: sabooo.lam tapisan. kang kuar yg mesra2 muntah pulak.hahaha

ejasmi: awak ke yg tunggu nota kaki?muahh ckit.ahahah

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates