Monday, June 30, 2014

2 Ramadhan Kareem

Assalamualaikum. alhamdulillah, syukur sangat2 kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi ramadhan tahun ini. ini bermakna Allah masih memeberi kita peluang untuk terus beribadat kepadanya dan terus menyiapkan diri untuk hari akhirat sana. ketahui lah bilamana mereka yang menantikan bulan ramadhan ini adalah mereka dikalangan orang2 yang beriman yang pastinya tidak akan mensia-siakan peluang bertemu bulan mulia ini.

sumber: google
Walaupun hari ini sudah 2 Ramadan, aku mahu pengucapkan selamat berpuasa kepada semua. sudahkah kita mengatur strategi sepanjang bulan ramadhan ini dengan pelbagai ibadah. bulan dimana Allah menggandakan semua ganjaran amalan hambanya yang beribadah. khatam alquran dan bertadarus, bersedekah, solat sunat tarawikh, qiammullai dan sebagainya. menjauhi perkara yang mengurangkan pahala puasa

Tidak tahu ini kebetulan atau sengaja diaturkan - fifa world cup 2014 vs ramadhan kareem. tak salah kalau nak melayan bola pukul 2-3 pagi. tp make sure ibadah itu seiring dengan duniawi. alahh, bukannya susah pun, masa Half time tuh, hangpa p amik wudhuk dan dirikan solat sunat 2 rakaat. sunat tahajjud ke, taubat ka, terpulang pada sedagha sedaghi. pepandai lah amik kesempatan rakan2. let's recharge our iman inshaallah.

sumber: google
Bulan ini juga ada target masing-masing. dengana amalannya, dengan proses nyak lemak nya. hahaha. harap bulan ini membantu hendaknya. hahahah. 

Oke, selamat berpuasa. selamat menjalani ibadah puasa. jom sama-sama tingkatkan amalan bulan nihh. dan agar ia berterusan hendaknya. amin.


Thursday, June 12, 2014

0 [Part 1] Janji Allah Pada Bakal Pengantin

Assalamualaikum. apa khabar rodong-rodong sakalian. haaa. tukar dialet sekali sekala. hahaha. semoga hari2 kita sentiasa diberkati dan ihklas dalam melakukan sebarang pekerjaan. kalau kerja stress tu, biasalaa kan. lumrah hidup. that is how we manage ourselves oke. ada yang jenis sharing, ada yang jenis menyendiri, ada yang jenis makan2. tidur. terpulang pada individu sendiri lah macam mana.

Aku tau artikal yang aku nak kongsi ni a little bit long to read, but it worth it to read. selamat membaca. untuk panduan kita bersama. tak kira kau bakal ke, sudah ke, sedang ke. ini boleh dijadikan guideline untuk diri dan masyarakat.

sumber google ::: credit owner gambar


10 JANJI ALLAH KEPADA MEREKA YANG BAKAL BERKAHWIN | Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

Kesimpulannya, jangan takut dengan masa-masa yang mendatang. percaya dengan janji allah sbb janji allah itu pasti. No2 boleh memberi kelegaan aku rasa. rezeki khawin dia lain macam cikit. hahah, member2 yang dah kawin pun banyak berkongsi perihal ni. rezeki selepas khawin.

Ye, tidak ada dalam dunia ni orang yang perfect, pasangan kita adalah reflect dari diri kite sendiri. kita nak pasangan yang baik, it should be start from us not them. berubahlah jadi orang yang lebih baik. hahaha. sampai jumpa untuk sedikit lagi sambungan artikal ini.

Chaww!!


p/s: post ini special request dari dia yang bosan kat office.hahahah

p/s/s: harap ia dapat membantu dan memberi keyakinan utk dia dan aku. aminn
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates