Thursday, October 4, 2012

4 Tiada yang Mampu Menbayarnya kecuali..



DOA!yup.doa dari anak2 yg soleh dan solehah. selitkan doa untuk ibu dan ayah kamu setiap kali doa selepas solat. insyaAllah, mereka selamat dunia dan akhirat.





Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. -


sumber: sini

p/s: rindu sangat dia.walaupun tiap kali klo jmpa msti 'gaduh'..hahahha

4 comments:

ejasmi said...

p/s: rindu sangat dia.walaupun tiap kali klo jmpa msti 'gaduh'..hahahha

ko rindu 'dia' masak kan....sbb ko mls masak..itu sebenarnya...cait

Haziq said...

hoihoi..dia yg cari gaduh ngn ak..hahah

ejasmi said...

ko tu sapa jumpe pun rasa nk gaduh....kalau aku jadi dia..aku siku2kan kepala ko..eieiei

Haziq said...

xmgkin...siku ak smpai dulu..hahaha

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates