Assalamualaikum w.b.t
Kalau rejab bulan Allah, Syaaban bulan nabi dan ramadhan bulan untuk umatnya. alhamdulillah, saat ini kita sudah pun berada dalam bulan Syaaban. dan ramadhan on counting. less than a month right.
Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini selain di bulan ramadhan. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan tak lama lagi.
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.”dan tadi, alhamdulillah kami sekeluarga diberi kesempatan untuk ke masjid bagi sama2 megimarahkan amalan dibulan Syaaban nih. kat masjid negeri tadi, orang2 besar seperti sultan, tengku muda dan tok guru sendiri hadir bersama-sama rakyat untuk majlis malam nisfu syaaban nih. dan tadi bacaan Yasin sebanyak 3x dan diselang seli dengan doa dilakukan.
Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.credit: denaihati