Sunday, February 28, 2010

3 Apa yang Penting....

KERJASAMA...!!








finally

-

--

---

----

-----

die together





p/s : binatang pon pandai berkerjasama.kenapa manusia tak pandai nak berkerjasama??sibuk nk jatuhkan sesama sendiri.dengki dgn kejayaan org lain.yang jadi mangsa,rakyat yg tak bersalah..

*sigh*

0 10 WASIAT ASSYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA

1) Apabila saudara/saudari mendengar azan, maka bangunlah bersembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan saudara sekalipun

2) Bacalah al-quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir, jangan sama sekali membuang masa dengan perkara sia-sia.

3) Berusaha sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab fusha kerana ia merupakan salah satu syiar islam.

4) Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

5) Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Janganlah bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7) Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana ia menjemukan dan boleh menyakiti pendengar.

8) Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan - pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.

9) Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara/saudari temui sekalipun saudara/saudari tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10) Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu bantulah rakan mu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara/saudari berurusan maka singkatlah masa pelaksanaannya.

p/s : amalan yg sedikit tetapi berpanjangan lebih baik dari amal yg banyak tetapi dilakukan hanya utk certain2 time..

Tuesday, February 16, 2010

3 Toilet oh toilet~

Tag dari erli. GooD!

takda bnda lain ka ko nk tnya soalan kat ak nih..??haha

jangan terkejut sudah aa pe yg ak bawak pergi toilet ok.hee~~


1)Situasi di kolej:
-bwk sabun dan kelengkapan mandian
-kunci bilik ~ bdk bilik ak suka kunci bilik bila kluar.ada satu ketika,member bilik ak kna panjat tingkap nk masuk bilik.nasbk baik bilik kitaorg ground floor.
-mesti pergi toilet dgn berkain tuala,kecuali membuang air kecil.


2)Situasi di rumah:
-just berkain tuala dan masa yang diambil 15minit sharp!


3)Situasi di tandas awam:
-nk bwk ape ag,melulu dgn lajunya sambil menanti saat kelegaan dikala selesai menyelesaikan hajat.~aahhh~





p/s : tak suka bwk bahan bacaan ke tandas.menggangu konsentrasi ak je.haha

Sunday, February 7, 2010

6 Dia dan Telurnya

Assalamualaikum...An-nyeong-ha-saeyo (Hello)!! haha

Post kali ini ak nak berkongsi cerita dengan korang semua..cerita ini member ak forward kat ak..so harap korang dapat amalkan ye..haha..bak kata fasi leadership ak,statement mesti kena panas..haha

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan tinggal bersama isteri aku. Kami duduk berdua sahaja kerana sebab masih belum dikurniakan anak.Aku ni ada satu kegemaran - iaitu makan telur rebus.Aku pon tak tau kenapa aku suka makan telur rebus , sedap agaknya.Sebelum ak kahwin,ak memang gila telur rebus.Pagi, petang, siang malam makan telur rebus.Tapi semenjak ak kahwin nih, ak terpaksalah
berkorban iaitu dengan meniggalkan tabiat tabiat ak.Lama juga ak dah tak pekena telur rebus nih..sebab orang rumah ak masak sedap-sedap..so ak dah tak kisal lagilah.

Ceritanya begini, bulan lepas masa ak balik kerja,tiba-tiba kereta ak buat hal..ak pon telefon bini ak katakan ak balik lambat sebab kena menapak.Oleh kerana lapar,ak pon singgah satu kedai makan tu..ada telur rebus laah..ak pon order nasi dengan telur rebus..fuh,nikmatnya..!!Lepastu ak order lagi telur rebus utk diratah.Sebelum balik,ak bungkus lagi 10biji telur rebus utk makan semasa dalam perjalanan balik nanti,Tiba sahaja dirumah ak rasa amatlah kenyang..maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena tel
ur rebus.Sebelum ak masuk rumah, isteri ak tiba-tiba cakap dia ada suprise utk ak malam ni..jeng2,ak dah mula excited..

Dia suruh ak tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku.Dan dipimpinnya ak sampai ke kmeja makan.Ak duduk dikerusi dan isteriku memesan supaya jangan buka ikatan penutup mataku.Ak menunggu dengan penuh sabar dan tawadduk..

Tetapi ak terasa mahu ke toilet kerana perut ku mula buat hal, tp malaslah nk spoilkan suprise isteriku ini.Aku pon tahan lah semahu-mahunya..Tetiba telefon berbunyi,isteriku pergi mengagkatnya.Apa lagi ada chance ak pon melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..Fuuuuuhhhh lega rasanya...bau boleh tahan...maklumlah berapa biji telur nth ak bedal kat kedai tadi..Alamak..ada satu lagi laaa..ak pon angkat angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..bunyinya PROOOTTT!!!...fuhbau jangan cakap beb
..ak pon tak tahan baunya dia..ak kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit baunya...adalah macam bau telur tembelang cikit...Tetiba ak dengar telefon berdering lagi....hai lamanya tunggu isteri ak ni menjawap telefon ...tak sabar nk tahu apa suprise dia nih...Aku terasa ada lagi laah...kali ni memang ak rasa power punyalah..ak kumpul dulu kasi padu-padu...lepastu ak bangun,tonggeng sikit dan lepaskan angin tsunami tu..PPPROOOOooTTT!!!..fuh,lega rasanya...bergegar sikit meja makan dibuatnya...perkh!tak tahan ak bau dia power gila..ak tutup hidung ak..ak rasa bau dia ada sikit-sikit bau bangkai laa..sambil tu ak sebut "aahhhh..."sebagai tanda nikmatnya kentut ini..Adalah dekat 5minit baru hilang bau bangkai tuh...

Lepas tu isteri ak kembali dan minta maaf sebab lambat..lalu dia kata "SUPRISE,HAPPY BIRTHDAY..." dan suruh ak buka kain penutup mata ak...laaa,macam mana ak boleh lupa hari ni hari jadi ak...camna leh lupa nih..ak buka kain penutup mata perlahan-lahan..

Tiba-tiba,ak terus terlopong dan terdiam..ALAMAK!!Benda pertama yang ak lihat..muka merah padam pak mertua ak,mak mertua ak,adik ipar ak 2 org,dudk keliling meja m
akan.Bos ak dengan jiran sebelah ruamh-rumah ak pon ada..??!!Jadi untuk mengCover ma;u,ak tanya laa kat mak mertua ak.."Dah lama sampai..??" dan mak mertua ak pon jawap.."Dah lama dah,sebelum kentut pertama lagi...!!!"





- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


p/s : klo laa korang dah kantoi camtu buat je muka tak bersalah..then,korang carry on dgn makan tanpa mengagkat kepala memandang diaorg..settle masalah..haha.


p/s/s : pernah tak org yg tak dikenali kentut sesuka hati dpn korang sambil buat muka tak salah..??confirm org tu muka mintak penampar.


 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates