Assalamualaikum WBT
![]() |
| sumber: google |
Rumahtangga itu macam orang membuka ladang.Bermula daripada meneroka hutan belantara.Setengah orang setakat mampu berangan, hendak membuka hutan tidak mampu mencuba.Setengah orang sudah sampai peringkat menebang tapi memerun pula dia tidak sanggup, keluar pula meninggalkan usaha-usaha.Setengah orang sudah sampai peringkat memerun tapi tidak mampu pula membajak, berhenti pula setakat itu.Setengah orang sudah siap membajak dan menggemburkan tanah, tidak sabar pula untuk menanam, mereka meninggalkan pula ladang.Setengah orang sanggup sampai menanam, hendak menjaga dan mengawal tanaman itu pula tidak sanggup, keluar pula meninggalkan ladang.Akhir sekali, tinggal golongan sedikit yang sanggup menjaga dan mengawal serta menunggu hasilnya.Sebab itu rumahtangga itu adalah perjuangan.Akan ada yang namanya berkorban. Akan ada namanya lebih memberi dan meminta.Dan akan ada yang setia atau pergi meninggalkannya.Rumahtangga tidak boleh di galas oleh lelaki dan perempuan yang manja. Yang tidak punya cita-cita. Yang tidak ada hati dan jiwa.Selamatkanlah rumahtangga dengan taqwa.Dan juga dengan hati yang takut serta cintakan Allah setiap masa.







