Sunday, March 29, 2015

2 [UK Series] Stonehenge

Assalamualaikum. untuk entry kali ini. aku akan bercerita pasal satu tempat yang kami lawati ketika beeada di Bristol. alhamdulillah, tak sangka berkesempatan untuk kesana. dengan bantuan abg Hafeez&Kasma. sampai juga kami disana. this is Stonehenge brodahh!! hahahaha

Stonehenge

Stonehenge merupakan monumen prasejarah yang terletak di Wiltshire, England, kira-kira 2 batu (3 km) barat Amesbury dan 8 batu (13 km) utara Salisbury. untuk ke Stonehenge yang terletak di Wiltshire, ia mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 1jam30minit dari Bristol. kami gerak dari penginapan tepat jam 9pagi waktu tempatan. melalui beberapa kawasan seperti Bath. lokasi Stonehenge ini boleh digambarkan terletak ditengah-tengah kawasan lapang. so seperti sedia kita maklum, salah satu historic mengapa stonehange ini dibini adalah bagi tujuan untuk pencerapan mahupun sesetengah mengatakan tempat untuk ritual agama mereka disana.

Stonehenge adalah sudah semestinya ikon negara terbesar di Britain, yang melambangkan misteri, kuasa dan daya tahan. Tujuan asalnya pembinaan ikon ini adalah tidak jelas kepada aku, namun ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah kuil yang dibuat untuk penyembahan dewa-dewa bumi purba. atau juga dikenali sebagai tempat pencerapan bulan dalam bidang astronimi mengikut kepercayaan agama purbakala.





Batu-batu yang kita lihat hari ini yang mana sudah banyak berubah dari bentuk asal. banyak batu telah terhakis sama ada berubah bentuk disebabkan oleh kejadian semula jadi mahupun buatan tangan-tangan manusia. oleh kerana terlalu banyak kerosakan, dan jugan mahu memelihara dari terus rosak, mereka telah menutup kawasan berhampiran batu-batu tersebut. they build some barrier from people to enter near the stone. maka pelancong hanya dapat lihat dari jauh sekitar dalam 10 meter dari kawasan berhampiran. jika dulunya kita masih boleh memegang dan merasai stuktur batu tersebut. namun sekarang kita hanya dapat lihat dari kawasan yang dibenarkan. which is good for protect their iconic history.

ternakan biri-biri penduduk setempat
panorama Stonehenge

Tiba kami di Stonehenge center, tiket harus dibeli. fees sebanyak 15 pound  per person. kita juga diberikan pamphlet Stonehenge untuk informasi dan wireless audio sebagai guide sepanjang lawatan. dari center ke kawasan batu, kami harus menaiki shutter bas. nak jalan pun boleh, tapi jauhh bhai! jarak lebih kurang 5 km. cirit kau kat sana nanti. don't waste your energy. disana terdapat 7 batu dimana setiap satunya terdapat sejarah yang berlainan, sama ada bila ianya dibina dan langkah-langkah pembinaan batu berkenaan. alahh, tak dengar pun padahal. sibuk dengan ambil gambar. sapa yang nak terlepas dari capture the moment kan. kebetulan cuaca mentari yang terik serta berangin malah langit yang biru. alhmadulillah, so perfect. suhu ketika itu 5'C. sejuk telinga macam telinga kambing. hahaha.

Pengalaman kami sendiri ketika berada disana amat mengagumkan. masyarakat purba semestinya mempunyai teknologi nya tersendiri dalam menghasilkan monumen ini. dalam pada yang sama, kebesaran Allah itu berada dimana-mana. hanya dengan dua mata ini yang mampu menafsirkan sendiri bagaimana kewujudan sebegini monumen atas muka bumi ini. tanpa ketentuanNya, mana mungkin keajaiban ini mampu berlaku. wahh, masih tak percaya mata ini menjadi saksi apa yang dilihat ketika berada disana. alhamdulillah.

tourist amik gambar
me & wife ~ heee
center dia - tempat beli tiket


p/s: sejuk mengigit telinga

p/s/s: one of wonders of the world. great!

p/s/s/s: alhamdulillah, sampai juga tempat ini bersama teman travel

p/s/s/s/s: taknak pergi dah, pergi tempat lain pulak. hahaha

2 comments:

ejasmi said...

hahaha kita suka gambar biri biri

Haziq said...

biri-biri jugak yang jadi perhatian yee.hahahah

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates