Assalamualaikum WBT
Aku nak cerita pengalaman aku zaman sekolah dulu. aku ada seorang ustazah. tapi ustazah ni mengajar bahasa arab. bukan pendidikan islam. okay clear.
sumber: google |
Aku mula belajar dengan dia sejak tingkatan 1 lah. macam mana akuu boleh belajar dengan dia? aku nak kata minta Arab memang jauh sekali lah. pada awalnya. aku masuk class dia sebab aku berminat dengan pilihan yang sekolah bagi saja.
Okay. apa pilihannya yang menarik tu? okay. sekolah aku ada dua sesi. pagi dan petang. tingkatan 1 dan 2 semua sesi petang. sesi pagi pula dari tingkatan 3 - 6. aku ni pulak takminat sesi petang. nak tak nak aku paksa laa diri aku ambil arab. semata-mata nak bersekolah sesi pagi. Jauh betul niat tu saudara. hahaha
Tiba tingkatan 3, kami semua sesi pagi dan sibuk persediaan dengan PMR waktu itu. sekarang PMR dah mansih kan. okay ustazah pilih siapa yang berpotensi untuk cemerlang dalam Bahasa Arab. sekali nama aku naik. ahh sudah aku kata.
Belajar bahasa ni satu je tips dia. kau kena faham dan hafal tatabahasa dan perkataan dia. aku ni jenis payah menghafal. ini kira satu cabaran untuk aku. dan kalau boleh aku tak mahu ambil pun subjek tu dalam PMR. apakan dayaa. budak target kan. hahahaha
Ustazah ni rajin buat class tambahan dekat rumah dia. setiap jumaat pukul 4-5. dia akan adakan kelas tambahan. maka kau kena lah datang rumah untuk kelas tambahan. terima kasih ibu abah tolong hantar. jauh juga dari rumah tu. dalam 20-30minit perjalanan.
Nak dijadikan cerita, setiap kali aku tinggal kelas. setiap kali tu lah ustazah ni akan cari kau dekat sekolah keesokkannya. tak jumpa dekat kelas,kena panggil masuk bilik guru. dan sehingga satu masa, aku cakap dalam hati
"aku tak datang kelas kau cari, orang lain tak datang rilek je. selekkkk doooo (ayat budak-budak sekarag)"
Tapi aku kata dalam hati je lah. respect tetap respect ye kawan. kena panggil macam mana sekali pun. hahaha.
Dan hari ini. baru aku boleh sedar kenapa ustazah tu cari aku setiap kali aku tak datang kelas. bila aku dah melalui situasi yang sama macam ustazah aku. ohhh. macam ni perasaannya. maafkan saya ustazah mengata dalam hati.
Rupanya. bila aku ada student. ada sesetengah student yang tak datang, kau akan rasa "eh, kenapa kau tak datang. esok aku kena cari"
Bila dalam kelas. student ni boleh aku katakan memberi sedikit semangat untuk kau terus mengajar dan mengajar. aku harapa kehadiran aku dalam kelas ustazah tu dulu pun memberi semangat untuk dia lah. ameen.
Aku doakan ustazah tu dalam keadaah sihat walaafiyat bersama keluarga. ameen
Terima kasih. jumpa lagi.
p/s: result arab? faham- faham je laa result budak terget macam mana. hahahaha
0 comments:
Post a Comment