Wednesday, January 12, 2022

0 Genting Day Out - New Year

Assalamualaikum WBT

Selamat tahun baru 2022. know know dah tahun baru ye. hahahaha. kenapa aku masih menulis sedangkan dah berapa lama aku break dari menulis disini?

Aku pun tak tahu weh kenapa aku masih lagi mempunyai keinginan untuk menulis dan share gambar disini. walau aku tahu aku dengan madam je yang akan baca coretan ni. hahaha

Dia gini. ada dua situasi kenapa aku kena gagah kan diri untuk menulis. pertama, dikala madam bosan dan kehabisan bahan bacaan. dia mesti akan bukak blog ni. malangnya tiada update yang terbaru. hahaha. jadi posting posting lama menjadi teman bahan bacaan nya. pada hemat aku, apa salahnya aku update blog ini kan? why not. pada masa yang sama dapat mengimbau kenangan-kenangan zaman remaja kami. hahahaha

Aku juga sedar aku lebih banyak upload gambar disini berbanding media sosial yang lain. tambah tambah lagi gambar adam dan nuh. kiranya gambar yang aku upload disini aku tak pernah share di tempat lain. mostly. jadi aku harap ini adalah tempat untuk aku dan family mengimbau kenangan pada masa yang akan datang. 

Mana tahu adam dan nuh juga ada sumber cerita untuk mereka hayati pada masa hadapan. korang tengok apa kenangan yang ummi abah pahatkan dalam perjalanan hidup korang nanti. aaa gituuuu.

Mohon diberi kekuatan untuk terus update disini. aku juga berpendapat apa salahnya aku suruh madam turut sama menulis disini. mungkin menambah the variety of the stories with different perspective. hihihi.

Okay done with that.

Aku nak ceritanya kami sekeluarga ke GENTING. wah, adam nuh tak pernah jejak kaki kesini lagi. katanya ada tarikan terbaru yakni indoor&outdoor park yang baru. best sangat ke?

Perjalanan dia simple je. kami park kereta di GPO. naik cable car untuk ke puncak. bayaran boleh usha di website mereka. Cable car? ia juga pengalaman pertama bagi adam dan nuh. aku tengok mereka rilek je. hahaha. okay tak gayat macam abah dia. hahaha

Tiba di Genting, outdoor park dia masih tutup. dan opening soon. ah, tak kuasa kami nak datang lagi. hahahaha. indoor park dia menarik juga. tapi bayak juga mainan dia nuh tak boleh naik. tak cukup tinggi. member dah excited dah. tapi tak mengapa, tunggu 2-3 tahun lagi kita repeat ye gaiss.

Berbaloi? buat masa sekarang, masih tak berbaloi. sebab apa? banyak mainan yang tak boleh main sebab tak cukup ketinggian. inshaallah ada rezeki kita sampai lagi.

Oh yaa. kami pergi weekdays. so orang tak ramai dan tak perlu beratur untuk naik cable car. baik naik mahu pun turun dari Genting. hahahah

See you in next post. see yaaa.








 

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates