Saturday, January 22, 2022

0 [Day 2] Family Day - Laman Tamara

Assalamualaikum WBT

Selamat pagi untuk hari kedua dari Laman Tamara. hahaha. selesai solat subuh berjemaah, masing-masing sudah bersedia memulakan aktiviti. 

Ada yang dah siap-siap untuk morning walk sekitar Laman Tamara, ada juga bersiap sedia dengan senjata untuk mancing.

Anak - anak jangan cerita lah, pagi-pagi lagi dah terjun kolam. kolam tak besar tak kecil, just nice je untuk family kecil macam kami.

Oh ya, Laman Tamara ni ada kolam memancing tau. haaa, mereka yang kaki pancing memang seronok lah. aku yang tak reti nak mancing ni pun ambil kesempatan untuk belajar sikit-sikit pasal memancing. memandangkan baman dan abah kaki pancing. lagi pulak, abang-abang ipar aku semua kaki pancing. jadi tak salah la aku nak cuba dekat sini.

Selain memancing, dia juga sediakan kayak untul berkayak. haa, budak-budak pun boleh naik dengan pengawasan orang dewasa.

Sebelah petang, kami adakan acara sukaneka untuk anak. yang dikendalikan oleh Paknjang. haa, budak-budak kalau dengan Paknjang memang hype lah. macam - macam game diaorang adakan. dan juga macam - macam hadiah yang mereka sediakan. wah, yang penting masing-masing seronok dan enjoy the moment.

Sebelum menjelang magrib, seperti kebiasaan - bakar bakar lah kita. hahahah. menu simple je dari perapan ahli-ahli wanita.

Sambil - sambil makan malam dan anak-anak tengok tv, kami mengambil kesempatan untuk bersembang sesama dewasa. 

Esok hari terakhir, kita sambung kemudian. chaw .. . . . . 


sukaneka untuk anak-anak



masing-masing dengan hadiah




bakar-bakar




eh, raya ke?






p/s: peristiwa malam yang tak dapat dilupakan. semoga adam menjadi anak soleh. amin

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates