Assalamualaikum WBT
Acara tahun ni dibuka dengan family gathering belah aku. wicaksana clan.(entah amenda nama. haha). kami dah plan dari tahun lepas lagi. dan semestinya event ini sangat kami tunggu-tunggu. sebab apa?
Haaa. sebab apa? untuk rekod, kalau event ni berjaya, ini adalah kali pertama kami berkumpul bersama keluarga besar sepanjang tempoh perkahwinan masing-masing. pelik dan ajaib kan.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sepanjang 3 hari 2 malam.
Untk hari pertama - Jumaat, masing-masing bergerak dari tempat masing-masing dari pelbagai lokasi. dan tiba pukul 5 petang.
Lokasi Laman Tamara - bertempat di Kuala Pilah. homestay yang sangat lengkap untuk berkumpul bagi mereka yang terdiri dari 4-6 buah keluarga.
Pada sesi malam. selepas makan malam, kami ada kan acara 'exchange gift' . bagi anak-anak, meraka akan menerima hadiah dari bapa-bapa saudara. manakala orang dewasa saling bertukar hadiah yang telah diundi 3 bulan sebelum event.
Wei, teruja wei, ada yang dapat apa yang diingini. sebab dapat apa wishlist yang telah diberi. anak-anak pula masing-masing dapat paling kurang 5 hadiah yang berbeza-beza.
Nanti kita sambung lagi, chaw. . . .
0 comments:
Post a Comment