Wednesday, August 7, 2019

0 Setelah Terlafaznya Akad

Assalamualaikum. aku minta maaf. aku rasa ini adalah tempoh paling lama aku tak menulis dekat sini. dan tiba - tiba muncul dengan menulis pasal drama. tak ke 'gila'tuu?? hahahah

First of all, sepanjang aku menulis blog, aku tak pernah review atau share apa - apa pasal drama melayu ni. tapi kali ni, aku nak share dengan menulis diruangan blog ini. betul - betul buang tabiat aku ni. hahahahha.


sumber: google


Kenapa dengan drama ni - Setelah Terlafaznya Akad?

Ini yang perlu aku beritahu kenapa aku buant tabiat dengan share drama ni. sejujurnya aku ni bukan lah penggemar drama. kalau terjebak pun disebabkan 'menemani' madam layan drama. apa salahnya aku teman kan. tapi kali ini aku yang 'racun' madam untuk layan sekali. hahahaha

Pada aku latar belakang cerita ini sangat kena dengan situasi masyarakat sekarang. tiada lagi 'starter pack' drama melayu seperti kebiasaannya. kau tahu kan typical cerita melayu? anak dato, kereta mewah pada umur 20 tahun, kerja dengan syarikat besar mak bapak, projek billion and so on. but this time it's totally different like i said earlier. hahahaha

Selain keserasian pelakon utama dan unsur - unsur jenaka diawal perkembangan cerita ni, aku lebih tertumpu apa value yang cuba disampaikan dalam drama ni.

1) macam mana Nawal berusaha menawan hati Hanan walau dia tahu suatu hari dia pasti akan dilepaskan

2) macam mana kecewa nya hati seorang wanita. once wanita ni dah kecewa, datang la pujuk rayu, dia takkan cair der

3) macam mana Hanan nak please janda dia, at last dia yang kehilangan orang yang paling dia sayang - Nawal

4) sahabat baik Hanan, Roslan. kau kena ada sahabat yang selalu ada jatuh bangun kau selain dari isteri dan family. yang selalu menasihati Hanan.


sumber: google



Aku rasa berbaloi laa kalau korang nak layan drama ni. puas hati. dan paling penting ending tuu. Nawal got balls you know. hahahaha

Habis layan drama ni 28 episod, aku rasa aku lebih menghargai dan sayang dengan isteri aku. dia adalah amanah dan anugrah Allah yang bagi dekat aku. inshaallah aku akan jaga seeloknya dan tak mensia-siakan apa yang Allah dah anugrah pada aku. i love you wife.

Sekian . . .







p/s: OST dia kena gila bhaii - Hari Ini by Hael Husaini

p/s/s: pelakon natural gila. part sedih skip - skip. part lawak ulang sampai abag jamil mampos. hahahahaha

p/s/s/s: alhamdulillah YaAllah atas anugrah  isteri ini. = )

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates