Friday, May 22, 2015

0 [Day 1] Kota Darul Naim

Assalamualaikum. awal bulan yang lalu. alhamdulillah diberi kesempatan untuk bawak madam berjalan. this is Kota Bharu yaw. hahah. dia punya excited nih, berbaki seminggu lagi nak ke Kota Bharu, dia punya liat nak pergi kerja aku saja yang tahu. hahaha

Memandangkan hari jummat dia cuti, hari khamis malam dah berlepas ke Kuantan. lepak sana semalaman untuk mengelakkan jem orang pantai timur berpusu-pusu menggunakan lebuhraya. tahu-tahu laa kan, orang pantai timur ini macam mana. dapat cuti lebih dari 2hari, confirm jem Karak tuh. dalam padam jem tu, janji dapat balik jumpa family. apa ada hal kan.

Makanya kami tidak terperangkap dalam jem hari jumaat di Karak. alhamdulillah. kami gerak ke Kota Bharu pada hari jumaat pagi. melalui LPT, memakan masa 2 jam untuk sampai ke Kuala Terengganu. ini dah kira cepat beb. kalau dulu, sebelum siapnya highway nih, it's takes 3-4 hours travelling. mau kebatu bontot kau.

Sebaik sahaja sampai Kuala Terengganu, exit Tepoh, kami memilih untuk melaui jalan pantai untuk ke Kota Bharu. alhamdulillah, sempat untuk memunaikan solat jumaat di masjid Mangkuk. eh, memang nama tempat tu mangkuk. tak percaya pulak.hahaha. selesai solat jumaat, singgah kedai makan. sotong goreng celop tepung. hoiii. ni kedai paberet family nih. especially abah. ini kira kenangan la kan. kalu tak kejar masa, kedai ini pit stop utk kitaorang. so bawak madam untuk kongsi kenangan ini. harap ia dapat mengingatinya. hahaha



Sebelum sampai kota bharu, kami melaui kawasan Tok Bali. dimana kawasan ini yang terkenal dengan tempat pelabuhan kecil bagi nelayan menjual hasil lautan. tahap kesegaran hasil laut disini usah diragui. aku juga sempat menyinggah 'permai chalet' kenangan bersama 5 sahabat dan kekal sehingga hari ini. start dari wilayah ini. madam dengan penuh tawadduk mendengar setiap celotehan dan penarangan dari aku. hahaha. tidak lupa juga untuk bawak madam singgah 'rumah legendary' hahaha. it's called 'home' . tetiba flashback cerita fast&furious 7. hahahah.

Khalifa Suite Kota Bharu
Sampai bilik penginapan kami kira-kira pukul 5 petang. hampir 9 jam masa perjalanan kami dari Kuantan termasuk berhenti sana-sini dan tour sana-sini. tempat penginapan kami betul-betil berhadapan masjid negeri yakni Masjid Muhammadi. memandangkan hari jumaat, dari bilik kami dapat kedengaran ustaz sedang memberi tazkirah selepas asar.

Pada malamnya, hajat dihati untuk bawak madam ke tempat tumpuan Wakaf Che Yeh. apa kan daya, kami tiba agak lewat. parking penuh. jalan sesak. tak mengapa. esok masih ada. maka pulang ke penginapan. esok hari yang panjang. banyak perkara yang nak bawak madam jenjalan.

Badan pun dah penat. mata pun dah mengantuk. perut pun dah kenyang. esok sambung lagi perjalanan. inshaallah

sunset cover album. hahaha

See you next time. continue . . . . .




p/s: entri untuk special request dan silent reader

p/s/s: you know who you are. hihihi. say hai to them

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates