Monday, October 13, 2014

2 Pulau Sayak

Assalamualaikum. alhamdulillah. outstation kali ini sempat untuk melawat satu tempat yang aku tak pernah pergi. even nama pun tak pernah dengaq. cakap utaaghaa aihh! hahahah. hang pasai paaa. this is Pulau Sayak. Kedah

sumber google - Pulau Sayak from top view

Pada pemerhatian aku, pulau sayak ini masih belum diterokai. jalan untuk sampai ke destinasi pun masih jalan sempit. yakni jalan2 kampung. nak layan lap pun 50km/h jer, tapi baguihhh laa noo. masih ada tempat yang indah untuk kita lawati tanpa sebarang pencemaran mahupun pembangunan lagi. kawasan dia pun orang2 sekitar je yang majukan.

Alhamdulillah. dengan bantuan dari member bos. kami bergerak dari kepala batas. melalui jalan bendang untuk ke pulau sayak. jalan ni tidak lah sesibuk mana jika banding dengan jalan melaui tikam batu. tapi still kena berhati-hati. since jalan ini adalah jalan kampung. dari kepala batas, ia mengambil masa lebih kurang 30minit untuk sampai.

Pulau Sayak ini sebenarnya satu hala je nak ke Pantai Merdeka. kita akan jumpa simpang pulau sayak dulu. dan kalau pantai merdeka, dia lagi straight kedepan. actually, beberapa bulan lepas pernah ke pantai merdeka. tempat tumpuan rakyat untuk bercuti. tapi kami pergi bukan untuk bercuti, tapi atas urusan kerja. site visit tempat orang repair bot. area tu pun menarik jugak. enjin bot bersepah kat situ. mercury lah, yamaha lah. macam2 ada.

Pulau Sayak juga dikenali tempat untuk mencerap bulan. dia punya posisi pantai yang direct dapat tengok sunset. salah satu tarikan tempat ini. powerr! hahahah.

sunset - Pulau Sayak

Mana-mana tempat mesti ada makanan terkenal dia. dan kat sini, mee udang. kau singgah laa mana-mana kedai kat sini. main menu dia mee udang. pehh! udang besar penumbukk. standard harga sepinggan rm8 untuk mee udang biasa. yang luar biasa tak sempat torai. next time bawak madam pulak. senang dia nak kupas kulit udang untuk aku. hahahahaha. hang pasai paa. pastu balik google pulau sayak. jumpa gambaq nasi goreng udang. pehhh. lagi kecurr air liuqq. apa yang pastu. udang dia fresh amat. u can feel it!

mee udang - Pulau Sayak

Cuaca elok. mendung sekejap ja. pomm. menjelma sunset. puas hati dapat shoot sunset. hahahah. inshaallah next time sampai lagi sini. mee udang thorrbaikk hoiiii!

Nak sampai sini. google saja. lalu jalan dari kepala batas bulihhh. lalu exit sg petani (s) - kota kuala muda pun bulihhh aihh. then ada direction pulau sayak, pantai merdeka. kompem puaihhh hatii. hahaha


 

p/s: madam dah book dah suh bawak dia. powerr PA. hahaha

2 comments:

ejasmi said...

sembang,...xbawa siap hang.....

haziq said...

bawakk.mesti bawak punyeeee

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates