Saturday, June 25, 2016

2 40 Times

Assalamualaikum. alhamdulillah. hari ini genap 40 kali adam bercukur. maka tercapailah hasrat ummi dan abah untuk melaksanakan niat kami dari mula-mula adam lahir lagi.

Alhamdulillah juga dapat sokongan dari keluarga. malah ada kalanya mereka tak sabar untuk menunggu adam habis bercukur 40x. excited nak tengok adam ada rambut pulak. asyik botak je katanya. hahaha. it's okay. adam is cool je.

Adam says thank you to Opah Yah kerana merasmikan cukur yang pertama. dan tidak lupa juga kepada Tok Bah yang setiap minggu tidak akan miss untuk cukur kepala adam.

Untuk pengetahuan. adam akan bercukur setiap minggu pada hari jumaat. Since adam lahir jatuh pada hari jumaat. cukup umur adam seminggu. kami terus decided untuk start cukur adam. sehingga lah ke hari ini. alhamdulillah. Allah permudahkan urusan bercukur dan tak pernah miss untuk bercukur. walau sesekali Tok Bah akan berperang dengan adam. maklum lah. makin besar. bukannya nak duduk diam budak nih. *haiyak*



botak is ohsem

Actualy. ummi dan abah pun tak sabar nak tengok rambut adam. kerinting ke. luruih ke. atau tersekat disekala 3.hahahaha




Thursday, June 23, 2016

0 Ramadhan - Nuzul Quran

Assalamualaikum. salam 17 ramadhan. sudah separuh perjalanan kita dibulan ramadhan nih. hopefully amalan yang kita kerjakan diterima Allah SWT. ini juga bermakna kita sudah masuk fasa kedua untuk bulan ini, dimana Allah menganugerahkan keampunan kepada hamba-hambanya yang berusaha memohon keampunan.

sumber: google
Fasa kedua bulan ramadhan atau fasa 10 hari pertengahan ramadhan dimana keutamannya adalah Allah banyak memberikan maghfirah atau ampunan kepada hambanya. Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita yang telah dilakukan dengan memperbanyak zikir dan meminta ampunan kepadaNya, meminta agar semua dosa-dosa kita di maafkan dan diterima taubat kita.

Nuzul Quran pula dimana turunnya Al-Quran sebagai petunjuk kepada umat islam. Nabi Muhammad menerima wahyu Allah secara berperingkat melalui malaikat Jibril. maka setiap kali ramadhan. menurut kebanyakkan hadis. Nabi Muhammad akan bertadarus dengan malaikat Jibril bertujuan untuk 'memeriksa' bacaan nabi serta segala isi kandungan Al-Quran.

Allahuakhbar. sungguh teliti perancangan Allah. sudah-sudah. jom sambung bertadarus. dan jangan lupa untuk bersedekah tak kira berapa pun nilai nya. semoga dipermudahkan. ameen





Tuesday, June 7, 2016

0 Ramadhan 1437

Assalamualaikum. alhamdulillah. tahun ini Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah lagi rahmah. kami mensyukuri kerana diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk sekali lagi bertemu bulan ramadhan tahun ini.



Apa perancangan kita sepanjang bulan ramadhan ini? strategi mesti diatur. bulan ini seharusnya diisi dengan ibadah-ibadah. alim ulamak berpesan. jangan dipersiakan bulan ramadhan ini. ini kerana Allah menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda. Kalau solat harian dicatat oleh malaikat. namun puasa ni Allah sendiri yang akan nilai dan beri ganjaran kepada kita. tak ke special tu untuk hambaNya.

Jangan nak susun jadual juadah berbuka pulak. membazir je. nak jelajah pasar ramadhan. kalau boleh setiap hari berbeza lokasi. masak kau.

Pada 10 hari pertama ramadhan telah diriwayatkan sebagai turun nya rahmat dari Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini kita akan banyak mendapatkan limpahan pahala dari berbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.

Jom perbanyakkan amalan kita pada bulan ini. dan seterusnya konsisten untuk bulan-bulan seterusnya. ameen





p/s: lama gila tak post. hahahah

p/s/s: bukannya lama tak menulis. cuma tulis sikit lepastu simpan kat draft. tak mengapa. nanti aku keluarkan sikit-sikit post tu yee. harap bersabar

p/s/s/s: madam takzabar nak membaca ni hoiii. hahahaha


Tuesday, January 26, 2016

1 Sweet Older

Assalamualaikum. pembuka bicara untuk tahun ini. this post were dedicated to the only special one in my life. Isteri saya Erlizawani Bt Jasmi. ummi kepada muhammad adam.

Happy Birthday love. sweet seventeen plus ten.hahahahahahah

Semoga Allah sentiasa bersama mu. membuka pintu rezeki mu  seluas-luasnya. mendapat keberkatan diatas segala pengorbanan yang dilakukan untuk keluarga. diberikah kesihatan yang terbaik agar dapat beribadat kepada Nya. mempermudahkan segala urusan harian. ditempatkan bersama-sama orang yang beriiman. dan juga sentiasa bersedia untuk 'next generation' ehemm-ehemmameen.

Consider this post as a birthday surprise for you okay. hahahaha

Stonehenge, UK - 2014


Inshaallah. doakan kita dimurahkan rezeki. then i'll bring you to the new world of perspective. next destination please. hahahah

i'm appreciate and proud what have you been done through this journey. go madam go. love you - husband







p/s: yeay ps4.hahahahha

p/s/s: adam tetap abg jaga. jangan risau.hahahah


Friday, January 1, 2016

0 [Part 2] Recap 2015

Assalamualaikum. mungkin post yang terakhir utnuk tahun nih. alhamdulillah. 2015 dah pun sampai ke penghujungnya kan. sekejap tak sekejap. setiap permulaan ada pengakhiranya. dan ini lah pengakhirannya. hahaha. syukur alhamdulillah dengan setiap yang berlaku sepanjang tahun ini. naik turun kehidupan ini, ada lah ujian dari Nya.

Alhamdulillah, madam disisi, family yang supportive. jatuh bangun pun inshaallah boleh jalani lagi kehidupan ini. dan tahun ini juga Allah kurniakan amanah Nya untuk kami. Muhammad Adam. adam pun sekarang sudah pun berumur 3bulan. menangis meraung tu biasa. menghiburkan hati pun selalu. boleh dikatakan balance akan perkembangan adam



Bercerita sedikit pengalaman menjadi seorang bapa. semestinya kehidupan itu sudah berubah. dari segi pembahagian masa mahupun keutamaan. sudah semestinya segala perkara harus didahului dengan anak dulu. nak buat apa-apa sekalipun, mesti fikir dulu untuk anak. nak kata knowledge dalam hal-hal anak, madam sentiasa membantu. sungguh, ilmu ini cetek je. dengan kehadiran ahli keluarga semua. inshaallah sentiasa perbaiki diri untuk jadi bapa yang terbaik. sesiapa pun mahukan yang terbaik kan? hahahaha.

Itu baru pasal baby. belum hal-hal kewangan semua. hahaha. tak dinafikan perlu ada saving untuk menyambut kelahiran anak kita. bagi mereka yang masih bujang dan masih tiada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata, better start saving sekarang. untuk kebaikan bersama. mudah-mudahan seglanya dalam keadaan terkawal dan terancang. ameen

Thansks madam and the whole family. See you next year. Selamat Tahun Baru 2016



p/s: madam dah habis tugasan awal pagi.hihihi.

p/s/s: tak sabar untuk jana pendapatan untuk tahun 2016. semoga Allah berkati dan permudahkan urusan.ameen



Wednesday, December 30, 2015

0 [Part 1] Recap 2015

Assalamualaikum. recap ini lebih kurang theowback laa. gittuu. hahaha. kira-kira bulan February lalu. alhamdulillah dimurahkan rezeki untuk bawak madam berjalan oversea. ekeleh, macam tak pernah fly oversea madam nih. dia lagi banyak fly dari aku sebenarnya. tetapi ini lagi special dari yang lain kot. hahahaha. rindunya travel....



Memang seronok dan harus repeat lagi nih. namun masih belum ada rezeki lagi. tambahan pula sudah bertambah ahli keluarga baru. 2x ganda la perancangan yang lebih details perlu dilakukan. bagi memastikan segalanya berjalan lancar. inshaallah.

As a recap, boleh baca balik di link ini:

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4




p/s: adam tido terkankang.hahahahha

p/s/s: madam bangun menyusu adam. no sacrifice no victory



Saturday, December 26, 2015

0 PS4

Assalamualaikum. beberapa hari lepas baru saja keluar sequel Star Wars yang ke-7 - The Force a Awakens. kalau tak silap aku. namun tak berkesempatan lagi nak pergi tengok. lagipun kurang minat dah sekarang kalau nak jenguk panggung nih. mungkin sebab dah ada anak kot. kau tunggu lah dalam beberapa bulan lagi. keluar laa tu blue-ray punya.hahaha

Bukan pasal movie ini yang nak diketengahkan. tetapi nak cenghita PS4 ada buat limited edition (LE) dart vader untuk console mereka. dem aku jatuh hati dengan design dia. kebetualan ada keluar berita unifi ada buat promo untuk this limited edition console. tapi tak amik port pun.



Namun aku try approach madam kot-kot dia sudi sponsor PS4 LE seketul kan. hahahah. tapi hampa.

"apa yang lawa sangat ps tu" tanya madam.

aku dengan semangat explain kat dia siap tunjuk gambar. "tengok ada darth vader, control dia ada merah-merah. lawa wooo". dia reply sangat win. aku checkmate terus.

"setakat stiker je ada? nanti saya print kat internet, then gam kat ps tuuu" dem aku spechless.hahahahaha

tetapi tak mengapa, PS tu kehendak je.  tak payah nak membazir. banyak benda lain lagi boleh beli. kalau ada rezeki lebih. kite grab that ass oke. just wait for a while. weeee ~




p/s: madam is financial controller saya. saya sayang dia.hehehe

p/s/s: mohon madam baca sambil lulus permohonan ini. hahahahahaha


 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates