Saturday, November 15, 2025

0 Rumah Tangga || Perjuangan

 Assalamualaikum WBT


sumber: google


Rumahtangga itu macam orang membuka ladang.
Bermula daripada meneroka hutan belantara.
Setengah orang setakat mampu berangan, hendak membuka hutan tidak mampu mencuba.
Setengah orang setakat sanggup masuk ke hutan, bila melihat semak samun, kayu besar-besar pula, banyak perkara yang merbahaya, tidak sanggup menebang dan terus meninggalkan hutan.
Setengah orang sudah sampai peringkat menebang tapi memerun pula dia tidak sanggup, keluar pula meninggalkan usaha-usaha.
Setengah orang sudah sampai peringkat memerun tapi tidak mampu pula membajak, berhenti pula setakat itu.
Setengah orang sudah siap membajak dan menggemburkan tanah, tidak sabar pula untuk menanam, mereka meninggalkan pula ladang.
Setengah orang sanggup sampai menanam, hendak menjaga dan mengawal tanaman itu pula tidak sanggup, keluar pula meninggalkan ladang.
Akhir sekali, tinggal golongan sedikit yang sanggup menjaga dan mengawal serta menunggu hasilnya.
Sebab itu rumahtangga itu adalah perjuangan.
Akan ada yang namanya berkorban. Akan ada namanya lebih memberi dan meminta.
Dan akan ada yang setia atau pergi meninggalkannya.
Rumahtangga tidak boleh di galas oleh lelaki dan perempuan yang manja. Yang tidak punya cita-cita. Yang tidak ada hati dan jiwa.
Selamatkanlah rumahtangga dengan taqwa.
Dan juga dengan hati yang takut serta cintakan Allah setiap masa.

FB: Abu Hurairah Roslan


Dikala scroll FB, terjumpa laa satu perkongisan dari saudara kita ni. sangat menarik perkongsian ini pada aku. jadi aku share laa dekat ruangan ini.

Nabi kita pesan, cari lah pasangan yang sekufu dengan kita. apa maksud sekufu yang Nabi kita pesan ni?

Maksudnya kita dan pasangan kita berada dalam satu gelombang yang sama. in the same wavelength. Contoh, sama dari segi tahap pendidikan, tahap kewangan individu dan keluarga dan juga tahap kesefahaman yang mampu dibina bersama.

Maka, pasangan kita adalah cerminan diri kita sendiri. kalau ceminan orang lain, itulah benda yang bukan sekufu dengan kita.

Ingat nabi pesan ni tau. bukan orang lain yang pesan. Nabi kita yang pesan. maka, sekiranya kita ikut dasar nasihat dari Nabi kita - ini juga adalah sebahagian dari sunnah Nabi.


 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates