Friday, June 30, 2017

2 Car Wash

Assalamualaikum. bukan selalu bawak anak bujang p mana-mana berdua je. mesti ditemani umminya. kami memang seronok kalau pergi mana-mana bersama. sebarang aktiviti pun jarang sangat lah tinggal salah sorang.

sumber google

Tapi harini, lepas hantar ummi p office, ajak adam singgah car wash. kebetulan kereta haram kotor nya. tahik burung bersepah atas bonet kereta. kau ingat kereta aku lubang jamban depa agaknya. nak hantar car wash yang jenis pandu lalu pun, anney tu tak mau nak terima. sebab apa? sebab even kalau kereta kau masuk dalam terowong cucian automatik tu pun. belum tentu tahik-tahik tu hilang. hahaha. demi menjaga kepuasan pelanggan, anney tu suggest pergi saja car wash yang biasa punya. dari kau membazir rm5 tapi tahik tak hilang. baik abang pergi terus ke car wash biasa.

Good anney. suggest dengan point yang betul. aku sebagai pelanggan. point itu adalah releven dengan keadaan kereta aku sekarang. terus pecut bersama adam pergi car wash area Setapak. nasib tak banyak kereta awal-awal pagi ni.

Dapat spent masa dengan budak cenoet nih. melayan kerenah dia yang leka tengok anney tu basuh kereta. pada masa tu. rasa masa keluar dengan member pulak. wahh! rasa dewasa dah adam ni. boleh ajak teman pergi sana sini. bila lagi kan kau nak teman abah kan nak? nanti dah besar, belum tentu dia rajin nak follow kita kan. so amik peluang time dia tengah sibuk nak follow kita pergi mana-mana nih.

adam terima amanat sambil kehairanan

Pada masa yang sama, aku ada berpesan dekat adam.

"Dam, jangan kita sesekali pandang rendah pada apa-apa pekerjaan pun. asalkan ianya sumber yang halal. pekerjaan tu sudah cukup bagus dan berjaya" aku harap dia faham walaupun umur dia baru nak masuk 2 tahun. hahahahah. 

akan tetapi jauh disudut hati adam, dia berkata " berat sungguh pesanan khidmat masyarakat abah harini " 

lantas adam terus merenung masa depannya

"belajar rajin-rajin ye dam, agar kau dapat membantu mereka-meraka ini dalam mencari rezeki yang halal. sesekali dengan menghantar kereta kau basuh di car wash ini. give and take in society"

Dalam aku nak sambung khidmat pesanan masyarakat aku pada adam untuk beberapa perenggan lagi, anney tu panggil. "bos kereta suda siap. kasi alih taruk belah sana". dem anney. tak menyempat aku nak sambung. maka aku dengan adam berlalu dari car wash berkenaan.

Inshaallah, next time kita datang lagi ye dam. that time abah bawak kau pergi kedai anney makan vadey pulak oke. tp shhhuuuh! jangan bagitahu ummi oke. masak aku nanti kena bebel. hahahahaha

Sekian. bai







p/s: adam geng mengeteh. next time okay.

p/s/s: ummi boikot kedai anney. hahahahah




2 comments:

erlizawani said...

hahahaha ini lawak.. ko berani ye nk bawa adam p kedai anney makan vadey..vadey tok ibu sedap..xpyh p aney....

hahahah lawak je adam dgr nasihat abah betui2 nak.

Deko said...

kantoi plak dengan ummi

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates