Showing posts with label bff. Show all posts
Showing posts with label bff. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

3 Pray for MH370

Assalamualaikum. masuk hari ini dah hari ke-4 kisah kehilangan pesawat MAS MH370. tidak ada sebarang petanda mahupun bukti yang menunjukkan dimana pesawat tu berada. masyaallah, semua kejadian ini adalah kuasa Allah semuanya. tidak ada mustahil bagiNya.

cloud in the morning


Betul. dengan segala teknologi yang umat manusia ini ada. masih belum mampu untuk mencari dan menjumpai mahaupun merungkai misteri kehilangan pesawat ini. disaat ini, kita hanya mampu mengeluarkan teori masing-masing, dengan kepakaran masing2. sedar atau tak, kita ini hanya hamba Allah yang perlu berusaha. segala kejadian itu cuma terletak diatas kehendak Nya. secanggih mana pun sistem kita. kalau tiada redha Aallah. tak jalan beb!

Aku xsalahkan mereka2 yang sedaya upaya membantu dan mencari misteri kehilangan pesawat ini. respect go to them. tapi aku tidak setuju sekiranya mereka hanya berusaha tanpa meminta bantuan dan pertolongan dari Pencipta kita. dan dalam banyak2 ulasan di media. aku rasa tetamu yang bernama bekas captain norudin ni paling aku respect. apa dia kata?

http://www.youtube.com/watch?v=t3K57t_PzPE

http://www.youtube.com/watch?v=qu-alEFu2zA



ulasan kapten norudin abd majid


Takziah aku ucapkan kepada keluarga2 mangsa. kite xtau perasaan diaorang menunggu berita setiap masa. you don't know until you put yourself into their shoes. tapi, aku pernah rasa macam mana risaunya bff aku travel ke sana. alhamdulillah, tiada sebarang perkara x diingini berlaku. selamat pergi dan pulang.same route, same flight and same time. alhamdulillah.

He knows everythings

Jangan pernah berhenti berdoa. inshaallah. Allah tu nak tengok sejauh mana kita ingat pada Nya dan sejauh mana kebergantungan kita pada Nya dan sejauh mana pengharapan kita pada Nya. Allah knows everythings.


#prayformh370 

Tuesday, March 11, 2014

3 E-Day

Assalamualikum!ini cerita bulan February. bulan 2. xsempat nak menulis lah pasal nih. maklum lah, bulan 2 kan ada 28hari je. xpasal salahkan bulan febuari. kau yang malas, lagi nk salahkan bulan. *sign* padan muka kena marah dengan diri sendiri.enough.

Ini kisah bff aku. alhamdulillah. selamat bertunang. bertunang plak dengan bff dia jugak yang dia kenal dari matrik lagi sampai laa diaorg tamat belajar. alhamdulillah, tahniah ye elly. kalau sudah jodoh tu tak kemana kan. kau campak laa bff kau tu sampai UK pun, dia tetap akan kembali dan bersatu di suatu hari nanti inshaallah. dia ni kalau nk cerita kisah dia dengan bff dia nih, 3jilid belum tentu habis. aku yang tau ckit2 tu, nk cerita pun panjang berjela. tapi pada aku, apa yang membuatkan diaorg ni sampai ketahap ni ialah keserasian dan paling utama saling memerlukan.

Majlis nya yang cukup simple. inshaallah membawa keberkatan hendaknya. elly, kau dah tunang orang sekarang. tunang merupakan tempoh berkenalan. aku pastu, tempoh ni korang lagi akan kenal antara satu sama lain. tidak ada rahsia lagi aku harapkan antara tunang kau dengan kau. segala permasalahan moga dapat diselesai dengan baik. jangan buat keputusan bersandarkan emosi. emosi ni mainan syaitan. kena waras dan berfakta orang kata. setakat gaduh argue sana sini tu biasa lah kan. tp kalau dh gaduh tu, kejap2 dah lahh. aku tau kau jenis cool. sure pnya tunang ko boleh hadap punya. *memandai je aku. hahaha

Mesti tunang kau berasa sangat untung kan. yelah, kau ni hot stuff kot. masa belaja mahupun dekat office. beratur ustaz lineup nak risik kau. untung2. tunang kau jugak jadi pilihan. aku percaya, tunang kau mesti xkan sia-sia kan kau macam tu je. hahaha. harap tunang kau dapat jaga kau dan aku doa kan korang cecepat dapat tarikh dan melangsung kan hari bersejarah korang oke.

Peace yaw, dari aku yang selalu cari pasal dengan kau - deko

alhamdulillah


member2 dia yg supportive - aziah,cici,wawa



 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates