Saturday, July 23, 2022

0 Sg Pauh Campsite - Cameron Highland (CH)

 Assalamualaikum WBT

Tak pernah aku terfikir yang kami akan bercamping di tempat sejuk begini. suasana begini. hadoii. tapi kan. pengalaman ini sangat lain dari yang lain tau. kau akan dapat rasa perbezaan pengalaman bercamping dengan sebelum-sebulum ini. sudah semestinya berbeza ketara dari segi cuaca.

Okay, bercamping di Sg Pauh adalah idaman semua para campers di Malaysia. kau tahu kenapa? sebab ianya bersifat selected. maksud aku kau kena memohon dekat website Jabatan Hutan N.Pahang. Boleh booking disini

panorama cantik sini

Untuk buat kau terpilih adalah bergantung kepada nasib. ada campers yang memohon 3-4bulan sebelum tarikh camping. ada juga yang memohon beberapa minggu sebelum tarikh camping. secara lazimnya, mereka akan book slot untuk camping 2-3bulan sebelum.

Kalau rezeki, dapat laa slot yang kita mahukan. kalau tarikh kau tu waktu cuti sekolah, maka tipis laa peluang nak dapat slot. tetapi semua bergantung kepada nasib juga.

Campsite ni dia tak tetapkan site mana-mana. first come first serve. campsite ni terbahagi kepada 2 bahagian. atas dan bawah. dekat atas, sesuai untuk big group, sebab deck dia cukup besar untuk pacak group besar. untuk bahagian bawah pula, sesuai untuk solo atau small group.


Site atas: 

Advantage - view sangat cantik

Disadvantage - kena naik tangga. bawak barang banyak, menapak laa kome, sinki hanya dekat bawah

Site bawah:

Advantage - tak payah angkut barang tinggi-tinggi, sinki dekat. surau dekat

Disadvantage - view khemah orang lain.

Bayaran:

RM10/pax (tapak khemah)

Entrance Fee: RM3 (dewasa), RM1.50 (kanak kanak 3-12 , warga emas 60+)
Parking: RM5


Hari pertama kami sampai disambut dengan hujan. pasang flysheet dan khemah pun dalam hujan. Adam Nuh dikerah berteduh didalam surau untuk seketika. Apa kau harapkan pasang khemah dan flysheet dalam hujan? mandi hujan laa cerita dia. suhu drop 15'C masa tuu. 

Selesai hujan, Adam Nuh sambung mandi sungai. anak sungai je. air tak laju. tapi memandangkan selepas hujan, seronok lah. walau sejuk. kebiasaan kalau camping, budak-budak mandi sungai lebih sejam. namun kali ni setengah jam sudah kecut tangan. 

cover album pose kata Adam

Hari kedua cuaca cerah dipagi hari. yess, boleh beraktiviti harini. keluar cari bahan untuk masak. maklum laa, sejuk-sejuk ni cepat lapar. rupanya hujan ditengah hari bawa ke petang. bergumpal lah kami dalam khemah tu. nak buat apa lagi. tidur je lah.

Tak lama selepas hujan, kami jalan-jalan sekitar pasar malam cameron. cari dinner. senang tak payah Madam nak kena prepare dinner. selesai

Hari ketiga sebelum pulang, kami berkemas seawal mungkin. takut-takut hujan datang kembali waktu tengah hari. tak larat wei kalau kenas kemas dalam hujan. khemah basah, flysheet basah, ground sheet basah. semua nak kena berjemur tuuu. tak larat.

Singgah makan scone kegemaran Madam, Nasi lemak Strawberry pilihan Adam dan Nuh. boleh laa untuk buat raso-raso.

Inshaallah Sg Pauh Campsite tidak akan kami repeat. hahaha. kau dah kenapa? orang lain sampai berkali-kali setahun repeat camping dekat sini.dapat dekat kau, kau tak nak pula. begini, faktor utama adalah suhu di sana. tidak sesuai dengan kegemaran kami. terlalu sejuk walau dah baju 2-3 lapis. takpe lah. bagi laa peluang dekat mereka yang gemar dengan suhu sedemikian. hahahah

Alhamdulillah untuk rezeki masa, tenaga dan pengalaman ini.



view dari site atas




0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates