Monday, September 9, 2019

0 All The Best

Assalamualaikum wbt. alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada hambanya. dan harini hari pertama untuk madam disini. setelah beberapa lama merancang, Allah membuka pintu rezekinya untuk madam.

Maka bermula lah routine yang lain untuk kami. tapi madam jangan risau, you got full support from us okay. dont worry. just follow the flow. we wish you all the best and achieve you dream. betulkan niat. niat kerana Allah dan seterusnya Allah will take care of the rest. inshaAllah. Setiap permulaan pastinya ada pengakhirannya. semoga g.o.t hendaknya.


"Don't be a afraid of failure, fall 10 times, wake up 11 times. " Denzel Washington 











p/s: from now,  tak boleh panggil madam dah. kita panggil 'sistur'

p/s/s: hai sisturrrr..... hahahah

Wednesday, August 7, 2019

0 Setelah Terlafaznya Akad

Assalamualaikum. aku minta maaf. aku rasa ini adalah tempoh paling lama aku tak menulis dekat sini. dan tiba - tiba muncul dengan menulis pasal drama. tak ke 'gila'tuu?? hahahah

First of all, sepanjang aku menulis blog, aku tak pernah review atau share apa - apa pasal drama melayu ni. tapi kali ni, aku nak share dengan menulis diruangan blog ini. betul - betul buang tabiat aku ni. hahahahha.


sumber: google


Kenapa dengan drama ni - Setelah Terlafaznya Akad?

Ini yang perlu aku beritahu kenapa aku buant tabiat dengan share drama ni. sejujurnya aku ni bukan lah penggemar drama. kalau terjebak pun disebabkan 'menemani' madam layan drama. apa salahnya aku teman kan. tapi kali ini aku yang 'racun' madam untuk layan sekali. hahahaha

Pada aku latar belakang cerita ini sangat kena dengan situasi masyarakat sekarang. tiada lagi 'starter pack' drama melayu seperti kebiasaannya. kau tahu kan typical cerita melayu? anak dato, kereta mewah pada umur 20 tahun, kerja dengan syarikat besar mak bapak, projek billion and so on. but this time it's totally different like i said earlier. hahahaha

Selain keserasian pelakon utama dan unsur - unsur jenaka diawal perkembangan cerita ni, aku lebih tertumpu apa value yang cuba disampaikan dalam drama ni.

1) macam mana Nawal berusaha menawan hati Hanan walau dia tahu suatu hari dia pasti akan dilepaskan

2) macam mana kecewa nya hati seorang wanita. once wanita ni dah kecewa, datang la pujuk rayu, dia takkan cair der

3) macam mana Hanan nak please janda dia, at last dia yang kehilangan orang yang paling dia sayang - Nawal

4) sahabat baik Hanan, Roslan. kau kena ada sahabat yang selalu ada jatuh bangun kau selain dari isteri dan family. yang selalu menasihati Hanan.


sumber: google



Aku rasa berbaloi laa kalau korang nak layan drama ni. puas hati. dan paling penting ending tuu. Nawal got balls you know. hahahaha

Habis layan drama ni 28 episod, aku rasa aku lebih menghargai dan sayang dengan isteri aku. dia adalah amanah dan anugrah Allah yang bagi dekat aku. inshaallah aku akan jaga seeloknya dan tak mensia-siakan apa yang Allah dah anugrah pada aku. i love you wife.

Sekian . . .







p/s: OST dia kena gila bhaii - Hari Ini by Hael Husaini

p/s/s: pelakon natural gila. part sedih skip - skip. part lawak ulang sampai abag jamil mampos. hahahahaha

p/s/s/s: alhamdulillah YaAllah atas anugrah  isteri ini. = )

Friday, January 25, 2019

0 Bermalam di Colombia

Assalamualaikum. bunyi macam melancong ke negara Africa sana. hahahha. tetai mengertilah. ini adalah sebahagian ujian buat kami sekeluarga. anak - anak dah seminggu demam tak kebah. akhirnya terpaksa ditahan wad untuk dimonitor oleh doctor. adam dan nuh warded di hospital Colombia Asia Setapak.




2-3 hari sebelum warded, adam muntah - muntah dengan kerap. nak kata pemakanan pun bukan. sebab apa yang kami makan. makanan tu lah yang dia makan. nuh pulak cirit - birit. bila pergi klinik. doctor nasihat kan supaya warded. atas sebab nuh payah makan ubat. untuk elakkan dehydrate dan nak dapatkan rehar yang cukup.

Bila check up dekat hospital. dapat sample najis anak - anak. doctor suspect kena rota virus. antara symptom nya cirit - birit dan muntah - muntah. virus ni mudah berjangkit pada kanak - kanak melalui pemakanan atau air.

Bila flashback. kami dapat recall seminggu sebelum this things happen. kami sekeluarga pergi bercuti ke Palm Garden Putrajaya. mungkin berjangkit dari swimming pool hotel berkenaan.





Apa pun. alhamdulillah segala proses pemulihan berjalan dengan lancar. kiranya kami sekeluarga berkampung di Colombia. janji anak - anak sihat. tu yang paling penting.
.
Terima kasih ummi, tok ibu dan tak bah yang banyak membantu. alhamdulillah.

Sekian . . . Peace






p/s: celebrate birthday ummi di hospital. kesian

Friday, January 18, 2019

0 Noah - 2

Assalamualaikum. selamat ulang tahun yang ke-2 Noah. semoga Allah sentiasa melindungi kamu didunia serta diakhirat. kami berdoa semoga kamu menjadi anak yang soleh, berjya dunia akhirat.

Noah sekarang dah jadi best friend abang adam. dalam suka ada duka nya. bermaksud kalau time baik, bukan main mesra lagi. kalau gaduh, masyaallah. selagi salah sorang tak menangis, memang takkan nak berhenti. hai laa anak kuu.

Setakat pemerhatian kami. noah ni seorang independent. wah, dia punya independent tu memang kadang - kadang tak leh bawak bincang. abang adam nak tolong pun dijawabnya tak payah. hati kau kental roy. hahahah. dah nampak dah ciri - ciri anak lahir bulan january. sebijik macam ummi nya.

Kepada noah. jangan laa garang - garang sangat dengan abang adam ye. walau dengan ummi sekali pun ye. sebabnya kami sangat sayangkan noah.

Peace yaw. Sekian . . .





p/s: we love you noah
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates