Thursday, April 3, 2014

3 [Part 4] Bandung Trip - Pasar baru

Assalamualaikum. masih lagi bercerita tentang kami punya trip ke Bandung. untuk hari ke-4, aktiviti kami hanyalah tertumpu kepada sopping di Pasar Baru. memandangkan 2nd team kami akan berangkat pulang ke tanah air jam 200 pm, maka pagi nya aktiviti kami hanya tertumpu dekat Pasar Baru sahaja.

Pasar Baru Trade Center - sumber google

Jarak antara hotel kami ke Pasar Baru tidak lah berapa jauh. lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki. anggaran dalam 500m je. oh, sebelum tuh. hampir terlupa nak perkenalkan penginapan hotel yang kami menginap sepanjang tip kami. nama hotel Zodiak, Kebon Jati. zodiak hotel ni banyak sekitar bandung. hotel yang sangat selesa dan leh dikatakan berpatutan. servis pun oke dan receptionist dia sangat membantu kami.

peta hotel kami

ruang bilik - sangat selesa

Zodiak Hotel

Seriously, disini memang syurga shopping. barang boleh dapat murah dan still leh nego. tu yang best tuh. nak nega, pargi pasar tu pagi2. orang sana panggil 'harga pecah telur' . pecah tak pecah, memang aku nego skali dengan tokey dia sampai lembik. hahaha. pada aku, barang yang patut beli kat sini macam kain2 meter, telekung semayang and baju kain jeans. hahah. tapi lain orang lain laa taste nya kan. pada aku, 2-3 perkara tu laa yang menarik perhatian aku kat Pasar Baru nih.

nego beli baju batik

Sepanjang berada disini, haruslah beringat. sentiasa berwaspada dengan sekeliling. sudah banyak kejadiah pick pocket kat sini. untuk tips, sentiasa letak beg dihadapan. kalau ada camera dslr tu, dinasihatkan tak perlu laa nak membawanya. tinggal dan sorok dalam bilik hotel. tapi aku haritu pun bawak jugak. tapi make sure camera tu sentiasa dalam pengawasan kita. kang xpasal2 camera nth kemana, kita pun nganga nth kemana. oke!

dah rambang mata dah - kihkihkih

boleh tahan pilih

Tidak lama pun kami kat sini. dari jam10am-2pm je pun. oleh kerana 2nd team sudah mau pulang ke tanah air. sempat laa borong apa yang patut. hajatnya petang tu mau laa pergi skali lagi. beli barang2 orang kirim. tapi cuaca mendung dan hujan rintik2. melepak laa kami dalam bilik.

2nd team check out

Keesokkan harinya dimana hari ke-5, pagi2 lagi kami dah bersiap sekali lagi ke Pasar Baru. misi kali ini adalah untuk mencari barang2 yang dipesan dari Malaysia. since tour leader kami dah mahir walaupun baru kali ke-2 datang sini. dapat cari barang yang dipesan. alhamdulillah. segala berjalan lancar.

Balik hotel tepat jam 12pm dan bersiap2 untuk check out. kemas2 apa yang patut dan terus ke airport. walaupun flight kami 430pm, harus bertolak awal dari hotel. bimbang keadaan traffic disini. flight kami delay 15minit. menunggu di hall dia agk lama. then, sebelum flight departure pun delay lagi 15minit. due to heavy rain.

1st team check out

on we go

Alhamdulillah. safely landed jam 700pm waktu tempatan. another successful trip this year. setelah setahun merancang. dan apa yang paling penting, dapat bersama awak dan rakan2 untuk trip ini. betol orang cakap, travel is the best university. banyak benda yang kita bolek belajar dari tempat orang. dan tak lupa jugak erti syukur dengan apa yang kita ada, negara kita ada. but, malaysian people deserve more than this. terima kasih atas sokongan dan tolak ansur sepanjang trip ini. segala terlebih terkurang, mintak dihalalkan. panjang umur kita set lagi another trip to ( . . . . . ) - feel free to fill in the blank!


3 comments:

misselco said...

next trip..... vietnam...krabi....JEPUN!!

Haziq said...

Jepun pliss Jepunnn!!!hahaha

cari laa pakej tuhhh. nak p sendiri pun lehh. lagi seronok.hahaha

Unknown said...

PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
Insya Allah, driver & tour guide kami yang profesional, santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer.


Rate per Kereta per Day :

# Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
Rate: IDR 400.000 or RM 115

# Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
Rate: IDR 550.000 or RM 160

# Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
Rate: IDR 650.000 or RM 185

# Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
Rate: IDR 850.000 or RM 245

# Toyota Hiace commuter (12 seat)
Rate: IDR 850.000 or RM 245

*Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
*Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
*Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
*Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
*Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

Terimakasih,
Bimo Mekarwangi Tour

Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
Email : bimomekarwangi@gmail.com
Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates