Assalamualaikum. bersambung kita Bandung trip tempoh hari. aktiviti kami hari kedua merupakan aktiviti ke Trans Studio. masing-masing sudah kembali bertenaga dan fully recharge selepas semalam sehari berjalan di Tengkuban perahu. dan 2nd team kami juga yang sahaja baru tiba di Bandung. alhamdulillah, semuanya kembali bertenaga dan bersedia untuk rock and roll Trans Studio hari ini.
Seawal jam 830am, kami sudah bersiap2 untuk ke Trans Studio. untuk kesana, kami hanya meminta pertolongan dari receptionist hotel kami untuk book teksi. tidak lama menunggu, teksi tiba untuk membawa kami terus ke Trans Studio. 1st + 2nd team bergabung satu teksi. rabak teksi tu bawak kami. hahaha. ada kami kisah? charge pun lebih. nasib leh kautim dengan driver taksi. hahaha. makasish yaa pak (baca nada cici). hahah
Trans Studio ini ada dua kat Indonesia, satu kat Bandung dan satu lagi dekat Makassar. sampai sana lebih kurang jam 10am. alhamdulillah, orang masih belum ramai. sememangnya kami sampai awal dan tak perlu beratur panjang. * memang xberatur langsung pun haritu. terus masuk dan beli tiket. hahah. harga tiket Rp 25,000 untuk dewasa dan hujung minggu. dia akan bagi access kad. dengan kad access ni, kita leh beli makan dan minum di dalam Trans Studio. tapi sebulum tu kena topup terlebih dahulu. konsepnya sama lah denga touch 'n' go. 25,000 tu hanya untuk semua permainan. untuk membeli, kena lah topup sendiri. maknanya spent duit asing dari harga tiket. ngerti kamu! ekeke
Tengok bawah untuk plan dan permainan yang ada dalam Trans Studio nih
Kalau dilihatkan plan diatas, semua jenis permainan kami lenjan. cuma aku dengan tour leader tak main Vertigo dan Negeri Rasaksa. dan xmasuk tempat permainan kanak2. yang lain sume kami lenjan. for me, favorite tu macam Giant Swing dengan Special effect live action show. tu memang stuntman terbaik ah. dengan ada nyah lam tu yang menceriakan. serta mc dia mencairkan budak tuh. ekelehhh. slack aku buncit je. kalau x, mmg dah tinggal 8 tiang dah mc tuhh. hahahaha. kami juga xsempat nak merasai dia pnya backward Yamaha Racing roller coaster. disebabkan cuaca hujan. * dalam hati alhamdulillah xnaik. tapi rasa rugi pun ada jugak. alang2 dah sampai kan. hahaha. aku rasa paling seswai dengan jiwa aku Dragon Riders. hahaha. kanak2 habis!
Kami juga sempat tgk dia pnya show2 yang ada. macam biasa saja tiada yang menarik. cuma gymnast dia cool. hahaha. sudah puas melepak dalam Trans Studio, sempat jenjalan sekitar Trans Studio Mall. just normal shopping mall je. setelah penat berjalan. pulang ke hotel jam 700pm.
Malamnya sempat melepak kat Bangi kopitiam. sementara nak tunggu mengantuk. lagi pun malam masih muda. sambil menadah telinga macik2 sambut birthday dengan nayayi2. dah laa sume stock2 umur mak aku. hahaha. dunia2. dan alhamdulillah, aktiviti hari ini berjalan lancar dan diberi keselamatan dan pelindungan dari Nya.
Dan kami bersedia untuk esok hari untuk ke next destinasi. ke mana? to be continued...
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
2 years ago
3 comments:
ada org tahan punci kencing naik GIANT apa ntah nama benda tuh...dia enjoy terbang2 naik dragon je..sampai 2 kali plak tuh..
abang emcee tuh mmg hensem..sampai termimpi2
laaa.awak laa yang dikatakan usha emcee tuhh.kihkihkih..tau dahhh
dragon tu best bangattt.hahaha
niceeerer
kejadah susah sangat perkataan aku kena taip utk verify aku bukan robot.
Post a Comment